Kita seringkali berbicara bagaimana untuk menambah pendapatan. Tetapi kita kadang-kala terlupa untuk mengurangkan perbelanjaan dan menambah penjimatan dengan menjadi pengguna yang bijak.

Berikut adalah peringatan bagaimana untuk mengurangkan penggunaan petrol:

1) Kurangkan Bebanan Kereta
Bersihkan kereta anda dari barangan yang tidak perlu. Pastikan bonet anda tidak membawa bebanan lebih. Setiap tambahan 50kg di dalam kereta anda menyumbang kepada 2% kenaikkan penggunaan petrol.

2) Pastikan Tayar Cukup Angin
Dianggarkan tayar kehilangan 1psi dalam masa lebih kurang sebulan. Mana-mana tayar yang kehilangan 2psi akan menambah 1% kenaikkan penggunaan petrol.

Selain itu tayar yang kempis juga menambah kepada cepatnya kehausan bunga.

3) Memandu Pada Kelajuan ‘Cruising’

Penggunaan petrol meningkat pada kelajuan di bawah 50km/h dan di atas 90km/h.

4) Bersihkan ‘Air-Filter’ Selalu

‘Air-filter’ yang kotor dan tersumbat boleh menambah penggunaan minyak sebanyak 10%.

5) Kekalkan Tayar Yang Kecil

Tayar yang lebar akan menambah kepada kawalan kenderaan tetapi pada masa yang sama menambah geseran. Jika kenderaan anda hanya untuk ‘moderate use’, maka disarankan gunakan tayar yang kecil / standard.

6) Persiapkan Enjin Untuk Perjalanan
Enjin cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat ke 1 minit untuk berada pada tahap optimum bergerak. Enjin akan lebih mudah panas apabila di jalan raya.

7) Pastikan Rev Rendah (1,500rpm – 2,500rpm)
Rev yang efisien adalah diantara 1,500 rpm – 2,500 rpm. Latih diri untuk menukar gear di bawah 2,500 rpm.

Untuk kereta auto-transmission, gunakan overdrive. Overdrive akan membantu enjin menukar gear pada rev rendah.

8) Amalkan Pemanduan Berhemah

Dengan mejarakkan kenderaan anda dari kereta hadapan, anda akan dapat mengelakkan kekerapan menekan brek dan menekan minyak secara mengejut.

Aktiviti ‘start stop’ ini menambah kepada penggunaan minyak.

9) Tambah Kelajuan Berkadaran

Menekan minyak secara untuk menambah kelajuan secara mengejut akan menambah pengunaan petrol yang tinggi. Cuba untuk menambah kelajuan pada momentum yang berkadaran.

10) Kurangkan Aksesori Tambahan

Aksesori tambahan kadangkala menambah kepada geseran angin. Ini akan menambah beban kereta dan menambah penggunaan petrol.

Memandu dengan membuka tingkap pada kelajuan 80km/h ke atas juga menambah penggunaan minyak.

11) Matikan Enjin Kenderaan Semasa Menunggu

Jika kita menunggu di dalam tempoh yang lama (1 minit dan ke atas), matikan enjin. Enjin yang hidup menggunakan lebih banyak petrol daripada penggunaan semasa menghidupkan ia kembali.

12) Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin

Apabila keadaan mengizinkan, contohnya malam, kurangkan menggunakan penghawa dingin.

Tetapi jika kelajuan melebihi 80km/h, memandu dengan menurunkan tingkap menambah pada pembaziran petrol. Sesuaikan.

———-

Berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan perbelanjaan petrol bulanan kita. Kongsikan bersama tips-tips lain jika ada.

Saya sarankan print info-grafik di bawah ini untuk peringatan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Leave A Reply