Pasti anda rasa ‘syok’ betul kalau dapat bercakap dalam bahasa Arab kan? Ya. Lagi-lagi semasa anda membaca Quran, pasti akan rasa bahagia bila dapat memahami Qalam Allah swt ‘on the spot’. Belajar bahasa Arab tidaklah sesusah mana jikalau kita rajin membaca Quran setiap hari. Ianya pasti lebih mudah. Di sini saya akan kongsikan tips bagaimana belajar bercakap bahasa Arab tanpa perlu latihan menulis. Tetapi jika anda mahu melatih kemahiran menulis tulisan Arab ianya amat digalakkan lagi kerana dapat meningkatkan lagi ‘skill’ kita dalam mengetahui bentuk ‘mufrod, mutsanna dan jama’.
1. HAFAL 5 MUFRODHAT SETIAP HARI.
Mufrodhat iaitu perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Disarankan untuk membeli kamus Arab-Melayu & Melayu-Arab. Untuk tips pertama ini hanya mudah sahaja. Kalau boleh, dimulakan hafalan mufrodhat dengan menghafal segala objek persekitaran harian kita seperti ‘babun’ iaitu pintu, ‘kursiyyun’ iaitu kerusi dan sebagainya. Ini memudahkan otak kita dilatih dengan santai untuk mengenalpasti segala bentuk objek dalam bahasa Arab. Jika kita melihat pintu, maka kita sudah tahu namanya di dalam bahasa Arab. Pastikan setiap hari anda menghafal hanya 5 mufrodhat sahaja jikakalau anda tidak mampu menghafal banyak kalimat Arab. Ingat, ‘sikit-sikit lama-lama jadi gunung Everest’.
2. CUBA GABUNGKAN PERKATAAN-PERKATAAN ARAB DALAM SATU KALIMAT.
Contoh:
a) Kau menghafal perkataan objek – ‘Babun’ iaitu pintu.
b) Menghafal perkataan gelaran diri -‘Ana’ iaitu saya.
c) Menghafal perkataan kerja (fi’ul amri) – ‘Fathun’ iaitu buka.
Cuba gabungkan ketiga-tiga ayat di atas.
Jadinya : “Ana fathun babun”.
Tetapi ayat sebetulnya: “Ana aftahul babu”.
Walaupun dari segi penyampaian dalam bahasa Arab ianya ternyata salah, tetapi tidak mengapa kerana kita sudah ada perasaan berani untuk menggabungkan perkataan-perkataan Arab dalam satu kalimat yang mudah. Jangan takut salah. ‘Salah sekali, bukan salah sampai Kiamat’.
3. MELATIH HIWAR DEPAN CERMIN ATAU SECARA SEORANG DIRI.
Hiwar macam bersembang dalam bahasa Arab. Bukan sembang sampai cucuk langit. Ni sembang dalam bahasa Arab. Hiwar ini melatih kita untuk berani bercakap dalam bahasa Arab setelah kita berani menghafal mufrodhat dan menggabungkan perkataan-perkataan Arab. Duduk seorang diri dalam bilik, cuba kita latih diri bercakap dengan dinding atau depan cermin. Orang nak kata gila lantak la, janji kau tengah bina diri nak memahami segala isi Quran. Nak improve diri bersembang dalam bahasa Arab? Cari member kau yang pandai bercakap bahasa Arab la. Jangan cari member yang tak tahu bersembang Arab. Nanti dua-dua ke laut Antartika.
4. BELAJAR JUGA ILMU NAHU, SOROF, MANTIQ DAN BALAGHAH (PRO VERSION).
Kalau anda sudah melepasi level ketiga-tiga di atas maka anda boleh bermula mempelajari apa itu ilmu Nahu, Sorof, Mantiq dan Balaghah. Buat permulaan pelajari dahulu ilmu Nahu dan Sorof. Kedua ilmu ini penting dipelajari kerana ianya merupakan salah satu tiang utama menguasai bahasa Arab. Nahu bagaikan ‘grammar’ dan Sorof bagaikan membetulkan apa yang ada di dalam Nahu. Dalam kata lain, Nahu itu mengubah suatu perkataan dalam sebuah ayat berdasarkan huruf atau harakat serta ianya mempengaruhi makna ayat tersebut. Dan bahagian-bahagian ini memerlukan untuk kita berguru dengan mualim.
Jadi, itu sahaja tips yang dapat saya kongsikan. Alhamdulillah tips ini saya sudah lakukan dan dapat menguasai bahasa Arab secara lancar hanya mengambil masa selama 3 bulan sahaja. Daripada semua ini, penting juga untuk kita berguru. Kerana dengan berguru kita akan dapat lebih memahami menyusun perkataan Arab dalam satu kalimat yang lengkap dan betul mengikut kaedah yang akan diajari oleh guru masing-masing.
Sekian terima kasih.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih