Ingatan yang kuat menjadi aspek terpenting dalam sepanjang kehidupan manusia. tanpa ingatan yang baik bagaimana hendak belajar, bekerja atau menjalani rutin harian. Kalau cepat lupa, agak sukar untuk mengaplikasikan kefahaman yang dipelajari selama ini atau ia akan menggangu menyelesaikan urusan dalam hal-hal tertentu.

Dalam mitologi Yunani Kuno, wujud dewa yang dikatakan bersifat ‘memori dan ingatan’ iaitu Dewa Mnemosyne.

Istilah Mnemosyne berasal dari perkataan ‘mnemonic yang membawa erti “peringatan atau ingatan”.

Gambaran Dewi Mnemosyne

Mitologi Yunani menceritakan bahawa Mnemosyne adalah anak kepada Dewa Langit, Uranus dan Gaia, Dewa Penjelmaan yang dilihat sebagai induk melahirkan semua hidupan di Bumi.

Menurut mitologi Yunani, Zeus yang merupakan anak saudara Mnemosyne telah tidur bersama Mnemosyne selama sembilan hari berturut-turut. Hasil daripada penyatuan ini, Muses dilahirkan.

Maka wujudlah sembilan dewa-dewi yang bertanggungjawab memberi inspirasi kepada mereka yang terlibat dalam Sastera, Sains, dan Seni.

Sembilan Muses dengan sifat dan peranan masing-masing adalah seperti berikut: Calliope (puisi epik), Clio (sejarah), Euterpe (muzik), Erato (puisi dan lirik), Melpomene (tragedi), Polyhymnia (nyanyian), Terpsichore (tarian), Thalia ( penglipur lara) dan Urania (astronomi).

Sembilan Muses

Menisbatkan bentuk dewa ini kepada sumber memori dan ingatan menjadi hal terpenting suatu ketika dahulu di zaman Yunani kuno kerana memiliki ingatan dan memori yang kuat memainkan peranan utama dalam kehidupan seorang penglipur lara dan penyair, kerana mereka menyampaikan pelbagai kisah cerita, syair dan sebagainya untuk mencantikkan penceritaan kepada khayalak ramai.

Oleh itu tidak menghairankan kenapa konsep memori diberi dalam bentuk Dewa Mnemosyne sebagai ‘divine status’ bagi menzahirkan sifat memori dan ingatan.

Air Sungai Yang Menghapus Memori

Selain itu, Dikatakan Dewi Mnemosyne adalah nama yang diberikan kepada sebatang sungai di Dunia Bawah Tanah (underworld).

Orang Yunani kuno percaya bahawa sebelum jiwa orang mati melalui proses reinkarnasi/kelahiran semula, mereka akan diminta untuk minum air dari sungai yang dikenali sebagai Lethe. Nama sungai ini bermaksud ‘kealpaan’, dan meminumnya akan menyebabkan jiwa melupakan kehidupan masa lalu mereka.

Kaedah Ingatan Loci

Orang Yunani juga mencipta kaedah untuk meningkatkan ingatan mereka..

Salah satu kaedah yang dicipta oleh orang Yunani kuno untuk meningkatkan ingatan mereka adalah melalui kaedah Loci.

Teknik ini dikenali sebagai Memory Journey, Memory Palace, atau Mind Palace Technique. Menurut Ahli Falsafah Empayar Rom, Cicero. teknik ini ditemui pernah dipraktikan penyair Yunani bernama Simonides of Ceos.

Bagi memahami konsep ini, Cicero kemudian mengisahkan satu peristiwa di mana penyair diundang untuk menyampaikan sajak di sebuah jamuan makan di Thessaly.

Ceciro

Tidak lama ketika berada dalam majlis itu, berlaku satu tragedi berdar4h apabila bumbung kompleks tersebut tiba-tiba runtuh, mengakibatkan para tetamu m4ti dan tubuh hancur menyebabkan kesukaran untuk mengecam identiti mangsa.

Logiknya, Zaman Sebelum Masihi belum ada teknologi atau unit forensik untuk mengecam identiti mangsa ekoran tragedi terbabit.

Dengan merujuk kepada daya ingatan visualnya mengenai tempat para tetamu duduk, Simonides dapat mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat kemalangan tersebut.

Dari pengalaman inilah Simonides menyedari bahawa mungkin untuk mengingat sesuatu dengan mengaitkannya perlu membina ingatan visual bagi menentukan gambaran dari suatu lokasi.

Penyair Greek Kuno, Simonides of Ceos

Visualisasi Meningkatkan Memori

Cara ini lalu dikembangkan menjadi kaedah Loci kerana kaedah Loci bergantung pada visualisasi sesuatu perkara yang seseorang perlukan untuk mengingatnya.

Letakkan objek-objek imej ingatan dalam susunan tertentu mengikut tempat yang anda sudah terbiasa dengannya sebagai contoh seperti Sekolah, Rumah, Bandar, Pusat Membeli Belah dsb.

Oleh itu, apabila anda ingin mengingati misalnya senarai membeli-belah atau teks ucapan, anda hanya perlu menjalani mental of journey ini untuk mengingati setiap elemen.

Mental of Journey membayangkan sesuatu konsep, keadaan, atau gagasan dalam minda kerana proses mental yang melibatkan penemuan, menganalisis mampu menyelesaikan masalah.

Teknik hafalan ini dapat ditingkatkan dengan menjadikan gambaran lebih jelas.

Teknik menghafal Kaedah Loci sangat popular di dunia kuno dan digunakan hingga pertengahan abad ke-17.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.