Bercakap pasal “negara maju”, pasti semua membayangkan Amerika Syarikat. Buatlah apa pun – Malaysia takkan mampu mengecapi nilai kemajuan diamalkan Amerika Syarikat. Kedua-dua negara ini sangat berbeza. Amerika Syarikat sampai hari ini mengamalkan identiti kenegaraan “a nation of immigrants”. Walaupun ada dasar imigrasi, Malaysia tidak aktif macam Amerika Syarikat. Malah binaan negara ini lebih cenderung macam identiti Jerman dan Rusia – pelbagai bangsa dan etnik, tetapi ikut bangsa identiti.
Susah juga untuk gandingkan Malaysia dengan Jerman dan Rusia. Pertama sekali, Jerman hanya dijajah Soviet selama 44 tahun sahaja, tidak cukup untuk melunturkan kerohanian bangsa. Rusia pula tidak pernah dijajah. Jadi identitinya kekal dari dulu sampai sekarang. Oleh yang demikian, suka atau tidak, kena tengok Israel sebagai contoh. Israel diwujudkan pada tahun 1945 selepas percaturan secara diplomasi yang sememangnya luar biasa.
Dalam tempoh 10 tahun pertama, Israel tiada ekonomi. Pergi luar negara kena gelak habis. Israel hanya mampu mengeksport barangan asas seperti gigi palsu misalnya. Jauh sekali pemain industri berteknologi tinggi macam sekarang. Tetapi apa yang Israel buat dalam masa 10 tahun tersebut? Pembinaan identiti.
Mengumpul Balik Apa Yang Hancur
Tidak boleh dinafikan yang Tanah Palestin pernah didiami Bani Israil suatu masa dahulu. Terdapat 12 suku dalam kalangan Bani Israil. Yahudi adalah salah satu daripada 12 suku ini, yakni Suku Yehudah yang hancur pada tahun 587 S.M. dimamah Neo-Babylonia. Selepas kejatuhan ini, Yahudi hidup secara berpindah randah. Ada yang masih tinggal dalam Tanah Yehudah. Macam-macam kerajaan naungan dan jajahan berdiri di atas tanah ini – Yehud, Coele-Syria, Hasmonean, Herodian, Judea (Rom),…, dan sekarang Israel.
Namun antara Yehudah dan Israel, ada kerajaan-kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Islam seperti yang boleh bayang membawa identiti ala-ala Arab untuk mengabsahkan pegangan mereka. Jadi apabila Israel ambil alih, identiti ini ditempuhi secara berkala.
Ini adalah peta kawasan semasa dipegang Uthmaniyah. Banyak bandar dinamakan dalam ras Arab. Jadi selepas mengambil alih, semua nama bandar diubah ikut ras Ibrani. “Akka” menjadi “Akko” secara rasmi. Kota Jaffa pula digelar “Yafo”, diserap sampai jadi sebahagian daripada Tel Aviv. Banyak bandar lain dibangun untuk mengukuhkan identiti baharu ini seperti Bat Yam, Bnei Brak dan Givatayim misalnya. Pendekatan ini akhirnya memaksa bahasa Arab untuk menuruti ras Ibrani. Tengok saja “Herzliya” – lidah Arab sekarang panggil “هرتسليا”.
Kalau bandar-bandar baharu diasaskan sebagai kuasa pengaruh, bandar-bandar lama bagaimana? “Bir as-Sab” (Perigi Tujuh) diubah menjadi “Be’er Sheva”. Banyak kemajuan dibina keliling Bayt al-Maqdis untuk mengasaskan “Jerusalem” sebagai nama dominan. Sekarang semua mesti guna nama Jerusalem.
Padahal ikut sempadan rasmi, Bayt al-Maqdis (Old City) tidak masuk pun dalam Jerusalem. Di pinggir saja.
Pengajaran Bagi Orang Yang Alpa
Kegigihan Israel mengangkat Ibrani telah mengukuhkan identiti kenegaraan. Malaysia ada cita-cita untuk kukuhkan bahasa Melayu… katanya. Tetapi pelik, nama-nama bandar tidak ikut ras tempatan. Masih ada bandar Georgetown dan Butterworth, walhal lidah tempatan memanggil “Tanjong” (Tanjung Penaga) dan Bagan. Katanya nama asal Slim River pula adalah Sungai Sempit. Katanya nak bagi “glamour” untuk pelancongan. Sembang. Thailand tidak letak “Bidentown” pun untuk tarik pelancongnya ke Krabi, Pattaya atau Ko Samui.
Kalau ingin cakap “nama glamour”, kalian rasa Givatayim ada unsur “glamour”? Mana ada. Givatayim bermaksud “(di antara) Dua Bukit” sempena Bukit Borochov dan Bukit Kozlovsky. Punya mudah nama Givatayim.
Barangkali ada yang cakap, “banyak bandar nama tempatan”. Betul. Kerana bandar-bandar yang dikatakan banyak sudah lama wujud. Sungai Petani misalnya sudah tertanam dalam minda orang Kedah sejak lahir. Begitu juga Kuala Kangsar dalam hati orang Perak. Namun macam mana dengan penamaan bandar-bandar baharu? Cuba buka mata sikit. Dah ada beberapa bandar yang tiada identiti Melayu, Cina apatah lagi India.
Fikir sendiri. Memang bukan jenayah. Tiada siapa cakap jenayah. Walau bagaimanapun, identiti adalah perkara sangat penting. Jangan fikir warga Israel akan berjuang sampai titisan darah terakhir… kalau nama bandar mereka bernama “Tongkeng Ayam” ikut ras yang tiada dalam kerohanian tempatan.
Sekarang Israel sudah jauh meninggalkan Malaysia. Identiti membudayakan sebuah negara sebagai harta milik untuk diperjuang dan dipelihara. Secara langsung, limpahannya membangunkan ekonomi tempatan melalui jambatan ilmu. Kalian pun berpeluang untuk membangunkan Malaysia guna jambatan sama. Ada banyak buku kami sudah keluarkan. Kalian dipelawa membelinya melalui Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih