Kita sebenarnya terhutang budi dengan para ulama kalangan ahli keluarga Nabi ﷺ yang menyebarkan agama Islam sehingga ke bahagian Nusantara ini sehingga kita kenal Allah ﷻ dan Nabi-Nya Penghulu sekalian Rasul dan tergolong dalam kalangan sebaik-baik umat.

Mereka ini bukan sahaja mewarisi leluhur nasab sehingga Baginda Rasulullah malah mereka juga bersambung dari segi rantaian keilmuan menerusi jalan para ulama sehingga Baginda Rasulullah. Sehingga ke hari ini kita masih lagi boleh meneguk air curahan ilmu daripada mereka sehingga kita berdaya untuk menuju ke arah destinasi MardhatiLlah.

Tiga ulama yang masih hidup dari kalangan ahli keluarga nabi dan sanad keilmuan mereka yang kita boleh ambil manfaat dari mereka samada secara langsung dari mereka ataupun melalui anak-anak murid mereka yang sifat mereka sama seperti guru mereka yang giat mencurahkan keringat mereka demi memimpin umat ke arah jalan yang benar sehingga lahir lagi anak-anak murid yang menjadi penyambung legasi mereka.

1. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas حفظه الله تعالى

Di Malaysia, pendiri beberapa institut pengajian tinggi dan projek yang paling besar sekali ialah ISTAC sehingga melahirkan beberapa anak murid yang menyambung keilmuan beliau seperti Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof. Khalif Muammar, Prof. Tatiana Denisova, Prof. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, Prof. Muhammad Zainy, Prof Madya Dr. Wan Suhaimi dan ramai lagi.

Nama penuh Sayyid al-Habib, Prof. Syed Muhammad Naquib bin Syed Ali bin Abdullah bin Muhsin bin Muhammad bin Muhsin bin Hussein bin al-Qutub al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas bin Agil bin Salim bin Abdullah bin Abdurraahman Assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi al-Ghuyyur bin Muhammad al-Faqih al-Muqaddam bin Ali bin Muhammad Sohib Mirbath bin Ali Khala’ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin Isa bin Muhammad an-Naqib bin Ali al-Uraidhi bin Jaafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abiddin bin Hussein bin Ali bin Abi Thalib dan pasangannya Fatimah al-Zahra puteri Rasulullah ﷺ.

2. Al-Habib Umar Ben Hafiz حفظه الله تعالى

Di Yaman, pusat pengajian Darul Mustofa yang tidak asing bagi mereka yang mengikuti pengajian bersama dengan anak murid beliau seperti Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid, Habib Nael Ben Tahir, Shaykh Abu Zaki al-Sanggafuri, Ustaz Ahmad Shadan, Ustaz Iqbal Zain dan para asatizah lain. Pusat pengajian yang diasaskan oleh al-Habib Umar Ben Hafiz yang diberi nama Darul Mustofa yang mengeluarkan ramai para ulama yang mereka ini kebanyakan dari kalangan Habaib dan juga mengikut jalan Ba’alawi.

Nama penuh beliau ialah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abu Bakar bin Aydrus bin Husin bin Sheikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdul Rahman bin Abdullah bin Sheikh Abdul Rahman al-Sagaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin Ali Bin Alawi bin al-Faqih al-Muqadam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sahib Mirbat bin Ali Khali Qasam bin Alawi bin Muhammad bin Alawi bin Ubaidillah bin imam al-Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali al-Uraidi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abidin bin Hussin bin Ali bin Abu Talib dan pasangannya Fatimah al-Zahra puteri Rasulullah ﷺ.

3. Shaykh Ahmad Muhammad al-Tayyib حفظه الله تعالى

Di Mesir, Kiblat ilmu umat Islam, Azhar al-Sharif, institut yang dipimpin oleh Shaykh al-Azhar dan Shaykh al-Azhar sekarang ini, Prof. Dr. Ahmad Tayyib juga merupakan dari kalangan ahlul bait nabi yang dikatakan bahawa marga “al-Tayyib” itu sampai sehingga Rasulullah melalui cucu baginda ﷺ Sayyidina Hasan bin Ali putera Saidatina Fatimah al-Zahra bin Rasulullah ﷺ.

Kebiasaannya graduan dari manhaj pendidikan ini akan menisbahkan nama mereka dengan al-Azharī dan perlu kita ambil perhatian mereka yang haq itu adalah mengikut manhaj ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Sebagai seorang yang dikurnaikan aqal fikiran yang waras, maka sangat penting untuk kita mengambil mutiara-mutiara dari mereka yang jelas dari segi keilmuan mereka. Sekiranya tidak mampu ambil dari anak murid mereka yang mewarisi ilmu mereka.

Mereka ini juga memimpin institusi pengajian bagi memudahkan para penuntut ilmu mudah menggali khazanah nubbuwah secara bersistem agar ilmu yang diperolehi sampai kepada maknyanya bukan setakat melahirkan insan yang bermaklumat atau lebih rendah lagi mereka yang hanya memegang kertas tanpa ada sebarang makna pada diri mereka.

Bukanlah institusi itu hebat kerana gahnya binaannya, akan tetapi ruh yang memimpin institusi itu yang menjadikan institusi itu hebat sehingga melahirkan para penuntut ilmu yang ikhlas dan beradab.

Cukup tiga ulama yang mesti dijadikan rujukan buat kita buat penuntut ilmu yang ikhlas mencari kebenaran dan mengharapkan redha Allah.

Tidak kira mereka ini dari institusi yang berbeza, akan tetapi ada kesatuan yang menyatukan mereka melalui ilmu kerana sumber utama ilmu ini yang menyampaikan kita kepada Allah ﷻ ialah Baginda Rasulullah ﷺ.

Semoga Allah menjadikan kita di kalangan penuntut ilmu yang mencintai ilmu dan juga mencintai pemilik sumber ilmu di dunia ini, Sayyidina Rasulullah ﷺ dan dihimpunkan bersama mereka yang dijanjikan sebagai pewaris nabi.

Abdullah Bohari
Kg Seberang Benoni,
Papar, Sabah.
2 Safar 1443 H


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.