Kurun ke-19 memang mengujakan. Pada kurun itu, Revolusi Industri sedang rancak berlaku. Perubahan sosial pula meninggalkan legasi. Bidang perubatan juga mengalami modenisasi.
Dalam mencontohkan perkara ini, mungkin memadai untuk kita lihat betapa pada kurun tersebut, vaksin kolera dan cacar air dihasilkan (1884 & 1813), pemindahan da.rah pertama dijalankan (1818), teori antiseptik dalam pembe.dahan diperkenalkan (1867), dan penggunaan nitrus oksida (NO2) sebagai ubat pelali dibenarkan.
Namun, keadaan masih terbatas walau dengan segala pembaharuan tersebut. Ini kerana ada beberapa isu kesihatan yang tidak mampu dijelaskan. Salah satunya adalah kes Ellen Sadler, remaja perempuan yang tidur selama 9 tahun.
Iya, tidur. Sebab kalau mahu sebut koma, biasanya ada perkara yang menjadi punca. Misalnya strok, hen.takan teruk di kepala, penda.rahan dalaman, atau ketumbuhan otak. Tetapi bagi Ellen, tiada apa yang boleh dituding sebagai punca. Dia sendiri pun memang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Menyentuh tentang latar belakangnya, Ellen lahir pada 15 Mei 1859. Dia anak ke-10 dari 12 adik-beradik. Keluarga mereka menetap di kampung Turville, terletak di antara bandar Oxford dan Buckinghamshire.
Bapanya, William Sadler adalah seorang petani. Ibunya pula bernama Anne. Selepas William terkor.ban dalam kema.langan, Ellen menerima bapa tiri bernama Thomas Frewen yang merupakan seorang pekerja kilang.
Catatan merakamkan yang Thomas seorang yang penyayang, melayani kesemua anak tirinya seperti anak sendiri. Jadi, tiada kes pende.raan mahupun penga.baian. Ellen memang kanak-kanak yang serba sihat. Hatta sejak lahir lagi.
Namun, tanggal 29 Mac 1871 hadir dengan takdir berbeza. Malam itu, dia masuk tidur seperti biasa. Cuma kali ini, tanpa bangun pada pagi berikutnya – bahkan pada pagi-pagi sehingga sembilan tahun lamanya. Walaupun namanya dijerit dan badannya digoncang, Ellen tetap tidak bangun.
Sampaikan, keluarganya anggap dia sudah mening.gal dunia. Tetapi, nadinya masih berdetak menandakan dia masih bernyawa. Jadi, ini menimbulkan tanda tanya. Doktor-doktor yang memeriksanya juga cuma mampu menggaru kepala. Sebab ia kes pertama sebegitu rupa.
Dan seperti biasa, kes nadir begini pantas tersebar ke merata-rata tempat. Ramailah yang kemudian datang ke rumah untuk melawat. Sambil melawat, ada pula yang memberi sedikit sumbangan. Ada juga yang cuba memberikan bantuan – masing-masing dengan jam loceng dan teknik tersendiri dalam usaha membangunkan Ellen. Namun, satu pun tak menjadi.
Keributan pula yang menjadi-jadi. Sebab, kes itu diberi liputan oleh akhbar The Times pada 1871. Ia disifatkan sebagai “salah satu fenomena fisiologi yang paling menakjubkan dan membingungkan pernah terjadi.”
Dengan liputan sebegini, apa lagi, kunjungan pun makin bertambah. Hatta orang dari jauh pun sanggup datang dan memberikan sumbangan. Siap ada yang membayar sejumlah wang untuk mendapatkan beberapa helai rambut Ellen – konon menumpang berkat, entah untuk apa jenis hajat.
Lantaran keluarga Sadler tidak kaya mana, maka hal-hal sebegitu diterima sahaja. Sampaikan, polis menjalankan siasatan kalau-kalau ada berlaku penye.lewengan dan pengeks.ploitasian di sebalik kejadian tersebut.
Tetapi, perkara ini segera diselesaikan. Keluarga Sadler menjelaskan yang mereka tidak membuat keuntungan apa pun dari keadaan tersebut. Orang-orang yang datang memberi sumbangan secara sukarela dan Ellen memang terbuka untuk dilawat oleh sesiapa – atas motif kalau-kalau ada di antara mereka yang mampu membangunkannya.
Sepanjang terlantar, Ellen tidaklah dibiar. Dia dijaga dengan rapi. Setiap hari, ibunya akan menyuapkan bubur, susu, dan air manis. Setahun kemudian, mulutnya tidak dapat dibuka. Rahang Ellen terkunci. Jadi, makanan hanya dapat disuap melalui lubang kecil yang ada di celah-celah gigi – lantaran beberapa batang giginya yang memang rongak.
Keadaan berterusan tanpa ada apa-apa perkara signifikan berlaku. Sampailah pada tahun 1880, ibunya Anne mening.gal dunia akibat s.akit jantung. Berdasarkan keterangan doktor, ia berpunca dari tekanan berterusan yang dialami oleh Anne dek merisaukan keadaan anaknya yang macam tiada harapan.
Namun, ia cuma ‘macam’. Lima bulan selepas pemergian Anne, Ellen kembali sedar – tepat pada hari terakhir tahun 1880. Ini bermakna pada keesokan harinya, usia Ellen sudah pun menjangkau 21 tahun.
Ia betul-betul seperti jenaka yang selalu kita ulang saban tahun, “Tidur malam ini umur baru 11 tahun, bangun pagi sedar-sedar sudah 21 tahun.” Memang tercengang habis Ellen dibuatnya. Apatahlagi, bangun-bangun sahaja dia diberitakan tentang pemergian ibu tercinta.
Sudahlah begitu, apa yang menimpanya bermakna dia hilang 10 tahun hidup macam itu sahaja. Tanpa pendidikan. Tanpa pengalaman. Tanpa apa-apa. Tahu-tahu sudah menginjak ke usia dewasa. Memang kasihan.
Apapun, mujur Ellen masih ada ibu saudara bernama Grace Blackall. Dengan asuhan Grace, Ellen dapat menyesuaikan diri dan bahkan mampu hidup berdikari dengan menjual kalung manik. Beberapa tahun kemudian, dia mendirikan rumah tangga dengan seorang petani dari Reading. Hasil perkahwinan tersebut, Ellen dikurniakan enam orang anak.
Namun pada usia 42 tahun (1901), Ellen mening.gal dunia. Tiada laporan yang menerangkan mengapa. Tahun-tahun terakhirnya juga sepi tanpa berita. Apa yang ada, hanya andaian bahawa Ellen meninggal kerana tertekan – sama seperti ibunya. Yakni, tertekan lantaran meratapi tahun-tahun yang dia hilang.
Andaian ini masuk akal juga. Sebab, satu perempat hidupnya habis macam itu sahaja tanpa seorang pun tahu dan boleh beritahu mengapa. Hatta sampai hari ini, kes Ellen menjadi tanda tanya walaupun sejak dulu lagi ada yang sudah cuba merungkaikannya.
Iaitu, Dr. Jean-Baptiste-Edouard Gelineau yang menudingnya sebagai penya.kit narkolepsi. Narkolepsi ringkasnya adalah masalah neurologi yang mengganggu kitaran tidur-jaga. Yakni, ia mengakibatkan rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang atau ‘se.rangan’ tidur tanpa mengira waktu dan tempat.
Punca tepat penya.kit ini belum muktamad. Tapi, biasanya ia dikaitkan dengan kekurangan hipokretin. Iaitu, zat kimia yang mengendalikan kefungsian otak tentang tidur-jaga. Perkara ini boleh berlaku akibat beberapa punca.
Pertama, reaksi auto-imun yakni sistem imunisasi badan menye.rang sel sihat (dalam kes ini sehingga menje.jaskan penghasilan hipokretin). Kedua, kerana masalah genetik. Tapi, kebarangkalian untuk masalah genetik ini terjadi amat rendah – hanya 1% sahaja.
Malah seperti koma, narkolepsi juga boleh berlaku disebabkan oleh kece.deraan pada bahagian kepala. Termasuk juga masalah ketumbuhan, penda.rahan, atau radang (ensefalitis).
Cuma apa yang membingungkan, Ellen tidak didiagnos menghidapi sebarang masalah tersebut. Sebab itu, ia masih menjadi teka-teki sampaikan kisahnya diabadikan dalam sebuah buku berjudul The Sleeping Girl of Turville oleh Ronald Cohn Jesse Russel.
RUJUKAN:
Lights, Verneda & Boskey, Elizabeth. (2020, 21 August). Narcolepsy. Health Line.
Rajkumar R. (2014, 13 June). Ellen Sadler – The Girl Who slept for Nine Years. Elixir of Knowledge.
Tamin, Dr Rizki. (2020, 10 November). Narkolepsi. Alo Dokter.
Tapalaga, Andrei. (2021, 20 November). The Little Girl Who Slept for 9 Years Straight. History of Yesterday.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih