Thuggees berasal dari perkataan Sanskrit, sthagalicik – ‘menipu’ dan sthagati yang bermaksud ‘menyembunyi’ ialah sebuah organisasi rahsia kumpulan kultus dan juga penjenayah profesional – kadangkala kumpulan ini boleh dianggap sebagai ‘mafia’ pertama di dunia, jauh sebelum kemunculan Siclian Mafia malah lebih dasyat. Thuggees aktif dari abad ke-13 hingga ke-19 di India.

Sebut saja kultus, tentu saja boleh difahami bahawa kumpulan ini semestinya berkait dengan pegangan agama sesat dan fanatik.

Thuggees terkenal dengan upacara pemb-nuhan ritual yang dilakukan atas nama Dewi Hindu Kali, Dewi Kematian dan Kehancuran yang disembah oleh kumpulan kultus ini.

Cara kerja jenayah paling biasa mereka lakukan adalah dengan menyertai kumpulan pengembara lain dan pada waktu malam mereka akan menjerut leher mangsa(kumpulan pengembara) tadi dengan tali, kaedah ini paling cepat dan senyap yang tidak meninggalkan kesan darah dan tidak memerlukan senjata khas. Penjenayah ini kemudian akan merompak dan menanam mangsa setelah dibun-h.

Thuggees mengutamakan kerja berpasukan, Setiap ahli kumpulan mempunyai fungsi yang diatur seperti manipulatif untuk memperdaya mangsa, bertindak sebagai peninjau, atau mengambil peranan sebagai pembun-h.

Thuggees Biasanya Menje.rut Leher Mangsa Menggunakan Tali

Menurut rekod Guinness, Thuggees bertanggungjawab menyebabkan kira-kira dua juta kem4tian, namun anggaran mungkin berbeza-beza kerana tiada sumber tepat untuk mengesahkan bila kejadian itu mula-mula berlaku.

Rekod pertama mengatakan bahawa kumpulan jenayah ini sebagai kumpulan jenayah terancang berbanding penjenayah biasa, mereka dianggap ‘luar biasa’ kerana setiap operasi jenayah dilakukan dengan rapi dan terancang.

Dalam Sejarah Fīrūz Shāh karya Ẓiyāʾ-ud-Dīn Baranī bertarikh sekitar 1356. Asal-usul Samseng ini boleh dijejaki dari tujuh suku kaum yang beragama Islam, orang Hindu juga ada kaitan dengan mereka sejak zaman awal lagi.

Ahli-ahli Thuggees beragama Hindu menyembah Dewi Kali dan membentuk asas kepada tindakan mereka, kononnya mereka membantu Kali mengekalkan keseimbangan dunia antara baik dan jahat. Di dunia ada kebaikkan dan kejahatan, kejahatan itu dilakukan oleh mereka.

Tidak kira sama ada ahli ‘Muslim’ atau ahli yang beragama ‘Hindu’. Terdapat bukti bahawa semua ahli Thuggees disatukan dengan kepercayaan karut menyebabkan kumpulan ini menjadi kultus dan bertindak agresif.

‘Brotherhood’ atau ukhuwah mereka sangat kuat, ibarat kongsi gelap yang mementingkan tali persaudaraan ahli kumpulan mereka.

Mereka juga terikat dengan beberapa peraturan iaitu larangan mencuri harta seseorang tanpa membun-hnya dengan mengikut ritual terlebih dahulu. Kasta Brahmin tidak dibunuh kerana kesucian mereka, membun-h orang sakit adalah tidak digalakkan manakala wanita tidak dibun-h kerana wanita dianggap sebagai penjelmaan Dewi Kali.

Dewi Kali

Keahlian dalam persaudaraan Thuggees selalunya melalui garis keturunan, diturunkan dari bapa kepada anak lelaki. Kadangkala anak-anak pengembara yang terbun-h diambil dan direkrut menjadi penjenayah kumpulan mereka.

Kumpulan-kumpulan samseng Thuggee akhirnya dilemahkan oleh British di India pada tahun 1830-an selepas pelaksanaan Akta Penindasan Thuggee dan Dacoity, yang menyatakan:

‘Dengan ini digubal, sesiapa yang dibuktikan dengan(penglibatan kumpulan Thuggees), sama ada sebelum atau selepas Akta ini diluluskan, mana-mana kumpulan Samseng, sama ada di dalam atau di luar Wilayah Syarikat Hindia Timur, hendaklah dihukum penjara seumur hidup dengan kerja keras’

Beberapa strategi telah dilaksanakan untuk membantu kejayaan undang-undang baharu, termasuk insentif bagi ahli kumpulan untuk menyerahkan rakan mereka, dan penyebaran meluas laporan mengenai tingkah laku/sikap negatif Thuggee untuk mendidik dan memberi amaran kepada pengembara dan penduduk umum.

Selepas sekurang-kurangnya selama enam abad kumpulan ini bertapak di India dengan  menimbulkan banyak malapetaka, akhirnya rakyat India mampu menarik nafas lega, kumpulan jenayah terancang ini telah dihapuskan sepenuhnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.