Dalam bahasa Sanskrit, Thuggee bermaksud ‘persembunyian’. Dalam lembaran sejarah pula, ia merupakan panggilan bagi sebuah kumpulan pembvnvh profesional yang bergiat aktif di India pada kurun ke-13 hingga ke-19 Masehi. Kumpulan tersebut kadangkala disifatkan sebagai m4fi4 pertama di dunia. Perkataan thvg, yang merujuk kepada ahli thuggee kemudian dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris sewaktu penj4j4han British di India.

Modus operandi utama thuggee kebiasaannya adalah menemani mana-mana musafir untuk tempoh yang lama sehingga berjaya memperoleh kepercayaan mereka. Kemudian pada waktu malam, mereka akan menj3rvt mangsa dengan sapu tangan atau tali j3rvt – satu kaedah pembvnvhan yang pantas, senyap, dan tidak meninggalkan sebarang kesan. Setelah mangsa dibvnvh, hartanya akan dir0mp4k dan jasadnya pula dikuburkan dengan berhati-hati.

Umumnya, jenayah pembvnuvan mereka melibatkan kerjasama yang efisien, baik sewaktu menghampiri mahupun menyerang mangsa. Setiap pembvnvhan tidak dijalankan secara sendirian, sebaliknya dilakukan secara berkumpulan. Ada yang ditugaskan untuk ‘mencairkan hati’ mangsa dengan kata-kata lunak, ada yang berperanan memantau keadaan sekeliling, dan tentunya, ada yang bertindak selaku pembvnvh.

Menurut Guinness Book of Records, kumpulan-kumpulan thuggee bertanggungjawab atas pembvnvhan kira-kira 2 juta individu. Bagaimanapun, anggaran bilangan tersebut lazimnya berbeza-beza memandangkan tiada sumber yang dapat memastikan sejak bilakah kumpulan tersebut bergiat aktif.

Thuggee biasanya menj3rut mangsa pada waktu malam. Lukisan berjudul ‘Confessions of a Thug’ (1839) oleh Taylor, Philip Meadows

Catatan pertama yang menyifatkan thuggee sebagai sebuah kumpulan pembvnvh tersusun yang sama sekali berbeza dengan kumpulan bandit biasa adalah karya Ẓiyāʾ-ud-Dīn Baranī berjudul Sejarah Fīrūz Shāh, dikarang sekitar tahun 1356 Masehi.

Walaupun ahli-ahli thuggee sering dikaitkan dengan tujuh suku India-Muslim yang identitinya sudah pun luput dari sejarah, kumpulan tersebut hakikatnya lebih sinonim dengan agama Hindu. Lebih-lebih lagi, ahli-ahli thuggee yang beragama Hindu berkongsi satu persamaan utama, iaitu menyembah Dewi Kali, dewi keh4ncvran dan pembaharuan. Bagi mereka, pembvnvhan yang dilakukan adalah bertujuan membantu dewi tersebut mengekalkan keseimbangan di dunia – antara baik dan jahat, hitam dan putih.

Walau apa pun perbezaan yang dimiliki oleh setiap anggota thuggee, mereka disatukan oleh satu ritual yang sama – ritual yang membuatkan kumpulan tersebut dilabel sebagai sebuah kultus atau aliran keagamaan. Mereka mempunyai satu slogan yang tersendiri, iaitu Ramasi, di samping beberapa tanda isyarat yang hanya diketahui oleh mereka.

Ahli-ahli thuggee juga diikat oleh beberapa peraturan, seperti larangan mencuri harta orang lain tanpa membvnvh mereka terlebih dahulu. Mereka juga dilarang dari membvnvh golongan Brahman kerana kedudukan mereka yang suci. Memandangkan setiap pembvnvhan dianggap sebagai suatu persembahan buat Dewi Kali, maka membvnvh orang yang sakit sama sekali tidak digalakkan. Kaum wanita juga tidak dibenarkan untuk dibvnvh, kerana mereka dihormati sebagai jelmaan Kali.

Dewi Kali

Keahlian thuggee biasanya diwarisi daripada seorang ayah kepada anak. Ada juga ahli thuggee yang dilatih oleh seorang guru (umpama mentor dan protégé). Dalam sesetengah keadaan, anak kepada mangsa thuggee diambil dan dididik menjadi pembvnvh, lebih-lebih lagi kehadirannya di sisi mereka akan menggugurkan sebarang syak wasangka pihak berkuasa sekali gus melepaskan mereka dari sebarang tuduhan jen4y4h.

Lukisan menggambarkan dua orang thug mengalihkan perhatian mangsa sambil seorang yang lain mengendap dari belakang untuk menjerutnya

Kegiatan thuggee akhirnya dibanteras oleh pihak penjajah British pada 1830-an, selepas penggubalan Akta Pembanterasan Thuggee dan Dacoity. Dalam akta berkenaan dinyatakan, “Dengan ini, diwartakan bahawa sesiapa sahaja yang terbukti menganggotai, sama ada sebelum atau sesudah akta ini dikeluarkan, mana-mana kumpulan Thug, sama ada di dalam atau di luar wilayah kekuasaan Syarikat Hindia Timur, akan dihukum penjara seumur hidup.”

Bagi menambahkan lagi kadar keberhasilan akta tersebut, beberapa dasar turut dilaksanakan. Antaranya termasuklah pemberian insentif kepada ahli thuggee yang mendedahkan nama rakan-rakan subahat mereka, di samping kempen kesedaran tentang modus operandi kumpulan pembvnvh berkenaan.

Setelah menebarkan kekacauan dan ketakutan di seluruh India setidak-tidaknya selama enam kurun, kegiatan thuggee akhirnya berjaya dibanteras secara tuntas. Bagaimanapun, reputasi mereka masih hidup sehingga hari ini dan nama mereka digunakan secara meluas (dalam bahasa Inggeris) sebagai label kepada mana-mana penj3n4yah g4n4s.

TERJEMAHAN
April Holloway. (2 Oktober 2014). Thuggees – the Cult Ass4ssins of India. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/thuggees-cult-assassins-india-002145


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.