Thinis merupakan sebuah kota bagi tamadun Mesir purba. Di kala Thinis atau nama alternatifnya, This merupakan sebutan Yunani bagi merujuk kota tersebut, masyarakat Mesir purba mengenalinya sebagai Tjenu. Kota ini pernah memainkan fungsi sebagai ibu kota bagi Mesir purba semasa Zaman Dinasti Awal. Kewujudan Thinis diperakui oleh penulis-penulis purba seperti Manetho, yang secara meluas dipercayai sebagai seorang paderi Mesir yang hidup di zaman Ptolemy.

Sebutan-sebutan berkenaan Thinis juga dapat ditemui di dalam teks-teks keagamaan, seperti dalam jampi-jampi tertentu yang terkandung di dalam The Book of Going Forth by Day (lebih masyhur dikenali sebagai Kitab Kematian). Walaupun wujud rujukan-rujukan berkenaan kota ini di dalam sumber-sumber sastera purba, lokasi tepat Thinis masih belum dapat diketahui justeru ia kekal sebagai misteri besar bagi ahli-ahli arkeologi dan kaji purba Mesir. Rentetan itu, Thinis sering disebut sebagai sebuah ‘kota yang hilang’.

Raja Dinasti Pertama Mesir, Menes atau Narmer


Dinasti Pertama Mesir ditubuhkan apabila Mesir Hulu dan Mesir Hilir disatukan di bawah pemerintahan seorang firaun. Menurut Manetho, pengasas Dinasti Ke-18 merupakan seorang lelaki yang bernama Menes (hari ini dikenal pasti sebagai Narmer, yang dahulunya dianggap sebagai pewaris Menes). Firaun ini dicatatkan sebagai pemimpin sebuah konfederasi puak yang dikenali sebagai Konfederasi Thinis. Apabila Mesir Hulu dan Mesir Hilir disatukan, Menes menjadikan Thinis sebagai ibu kotanya dan memerintah empayar daripada sana.

IBU KOTA PERTAMA

Pada zaman Dinasti Ketiga, kota Memphis dibangunkan dan ia kemudiannya menjadi ibu kota Mesir yang baru. Berikutan pertukaran ibu kota ini, Thinis mengalami keruduman dari sudut kepentingan. Walau bagaimanapun, Thinis masih merupakan sebuah pusat serantau yang penting dan selama beberapa tempoh, ia berfungsi sebagai ibu kota bagi 8 buah nome (wilayah-wilayah pecahan Mesir) Mesir Hulu. Kedudukannya sebagai ibu kota bagi nome tersebut kemudiannya digantikan oleh kota Abydos.

Kawasan berhampiran Abydos (Osireion dalam gambar), selepas kedudukan politiknya diserahkan kepada Thinis


Sumber-sumber bertulis mengisyaratkan bahawa walaupun sesudah tidak lagi menjadi ibu kota Mesir, Thinis tetap jua merupakan sebuah kota yang teramat kaya. Semasa zaman pemerintahan Thutmose III, iaitu firaun ke-6 bagi Dinasti ke-18, cukai tahunan yang dikenakan ke atas Thinis dicatatkan melibatkan enam deben (unit ukuran berat Mesir purba) emas, separuh deben perak dan sejumlah produk seperti bijirin, ternakan dan madu.

KEKAYAAN YANG BERPANJANGAN

Kekayaan Thinis sememangnya terbukti jika dibandingkan dengan Abydos, sebuah kota lain yang terletak berhampiran di mana jumlah penghasilan cukai yang dikeluarkan oleh Abydos jauh lebih kecil. Sebagai contoh, Abydos dituntut untuk membayar tiga deben emas pada setiap tahun, iaitu separuh daripada jumlah yang dibayar oleh Thinis. Contoh lain pula adalah di kala Abydos hanya perlu mengeluarkan sebanyak tiga gantang bijirin setiap tahun sebagai cukai, Thinis perlu memberikan sebanyak 62 gantang.

Malahan, Thinis tidak hanya sebuah kota yang mewah, akan tetapi ia merupakan kuasa besar di rantaunya. Direkodkan bahawa pemerintah wilayah Thinis, iaitu Antef pernah menguasai seluruh oasis di rantau Gurun Barat. Menerusi penguasaannya itu, beliau mampu mengeluarkan penghasilan yang berupaya meningkatkan kekayaan Thinis.

Kitab Kematian karangan Hunefer, memerincikan daripada Anubis hingga ke Thoth

SIGNIFIKASI KEAGAMAAN THINIS

Thinis juga mempunyai peranan yang agak signifikan dalam kepercayaan agama masyarakat Mesir purba. Kota ini disebutkan beberapa kali dalam Book of Going Forth by Day. Sebagai contoh, jampi ke-18 mengandungi perkataan-perkataan berikut:

Wahai Thoth yang bersumpah atas nama Osiris dalam menghadapi musuh-musuhnya, yang bersumpah (atas namanya) bagi melawan musuh-musuhnya dalam Persidangan besar di Abydos pada malam jamuan perhitungan si mati, pada malam dihitungnya bekalan Anugerah, semasa tarian sedang berlangsung di Tjeni.”

Dalam jampi lain, iaitu Jampi Pleyte 168, seruan berikut pula dapat dilihat,

Bangkitkanlah diri engkau, Thinis dari Alam Kematian, dalam bentuk (putera) Horus, agar dia bersenang hati dengan engkau.

Walaupun kewujudan Thinis diperakui dalam sumber-sumber bertulis, lokasi tepat kota purba ini masih kekal misteri. Ahli-ahli arkeologi masih belum berjaya menemukan kota ini dan mereka hanya mampu mengandaikan sahaja di mana lokasi kemungkinannya. Mereka mencadangkan bahawa Thinis berkemungkinan terletak di kawasan yang berhampiran dengan Abydos, dan calon yang paling sesuai adalah kota Girga moden. Calon lain pula adalah kota el-Birba moden. Seandainya kota yang hilang ini dapat ditemukan, ia pasti akan meningkatkan lagi kefahaman kita terhadap zaman Dinasti Awal Mesir purba.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (27 Mac 2018). The Lost City of Thinis, First Capital of a United Egypt. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa/lost-city-thinis-first-capital-united-egypt-009807?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.