‘Unicorn’ ialah nama panggilan bagi haiwan mitos yang terkenal di dunia, iaitu seekor kuda berwarna putih yang memiliki satu tanduk (kadangkala bersayap). Secara asasnya, kuda ‘unicorn’ amat sinonim dengan haiwan yang bersifat ‘baik’ dan turut dianggap sebagai ‘suci’ (sacred).

Seiring dengan takrifannya sebagai haiwan mitos, dunia bisnes dan kewangan (finance) telah menggunakan terma ‘unicorn’ untuk menggambarkan sebuah entiti perniagaan baharu (startup) milik swasta yang memiliki nilaian (valuation) keseluruhan melebihi $1 Bilion USD.

Hal ini dikatakan demikian kerana, adalah agak sukar untuk mana-mana syarikat baharu hendak mencapai angka nilaian sebesar $1 Bilion pada suatu ketika dahulu. Kesukaran ini pernah juga dianggap sebagai ‘mitos’ di dalam persaingan dunia bisnes.

Walaubagaimanapun, senario dunia bisnes pada hari ini sudah banyak berubah yang mana dunia merekodkan banyak syarikat ‘startup’ berstatus ‘unicorn’ pada setiap tahun. Kebanyakan syarikat ‘unicorn’ pada zaman ini adalah syarikat berasaskan teknologi.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat besar dengan nilaian melebihi $10 Bilion USD kadangkala digelar sebagai ‘Decacorn’, manakala syarikat yang bernilai $100 Bilion ke atas pula dikategorikan sebagai syarikat ‘Hectocorn’ atau ‘Super-Unicorn’ menurut laman investopedia.com.

Selain terma ‘unicorn’, terdapat beberapa terma lain yang digunapakai bagi memberikan gambaran ke atas entiti perniagaan berdasarkan reputasi dan pencapaian mereka seperti syarikat kategori ‘pipit’, ‘cockroach’, dan ‘eagle’. *Akan dibincangkan pada artikel akan datang.

Pada tahun 2020, dunia merekodkan penyenaraian sebanyak 92 syarikat ‘unicorn’ baharu menurut laporan terbitan portal CB Insights. Angka ini menunjukkan penurunan yang ketara berbanding penyenaraian yang dibuat pada tahun 2019 (142 syarikat) dan tahun 2018 (152 syarikat).

Antara syarikat ‘unicorn’ Top 5 dunia yang direkod pada tahun 2020 adalah, syarikat ‘National Stock Exchange of India’ dengan nilaian sebanyak $6.5 Bilion USD, diikuti ‘Better.com’ ($4 Bilion), ‘GoPuff’ ($3.9 Bilion), ‘HyalRoute’ ($3.5 Bilion) dan ‘Udemy’ ($3.2 Bilion).

Secara keseluruhannya, portal CB Insights merekodkan sebanyak 501 syarikat bertaraf ‘unicorn’ dan ‘decacorn’ dengan nilaian kumulatif keseluruhan berjumlah $1.592 Trilion USD setakat bulan November tahun 2020.

Menurut carta ‘The Complete List Of Unicorn Companies’, syarikat ‘ByteDance’ telah dinobatkan sebagai syarikat ‘decacorn’ terbesar dunia dengan nilaian sebanyak $140 Bilion USD. Kejayaan syarikat ini bermula pada tahun 2016 setelah mereka berjaya mencipta salah satu aplikasi sosial paling terkemuka di dunia, iaitu ‘Tiktok’. Aplikasi ini memiliki 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia setakat tahun 2020.

China turut memiliki syarikat ‘decacorn’ gergasi lain, seperti syarikat ‘DiDi Chuxing’ yang berada di tangga ke-2 dengan nilaian sebesar $62 Bilion USD. Syarikat pengangkutan (transportation) yang ditubuhkan pada tahun 2012 ini dilaporkan memiliki 550 juta orang pengguna dan 10 juta pemandu berdaftar.

Jenama DiDi agak terkenal di China melalui kepelbagaian rangkaian perkhidmatannya, yang terdiri daripada; perkhidmatan kereta sewa (car rental), teksi, bas, pemandu peribadi (Chauffeur), serta ‘ride-hailing’ persis syarikat Uber dan Grab.

Syarikat ‘unicorn’ US hanya menduduki tangga ke-3 di dalam senarai ini, iaitu syarikat ‘SpaceX’ dengan nilaian sebanyak $46 Bilion, diikuti ‘Stripe’ (36 Bilion), ‘Kuaishou’ ($18 Bilion), ‘Airbnb’ ($18 Bilion), ‘Instacart’ ($17.7 Bilion), ‘Epic Games’ ($17.3 Bilion), ‘DoorDash’ ($16 Bilion) dan ‘One97 Communication’ di tangga ke-10 dengan $16 Bilion.

Sebagai pembandingan, ASEAN memiliki 9 buah syarikat utama yang tersenarai sebagai syarikat ‘startup’ bertaraf ‘unicorn’. Syarikat-syarikat ini terdiri daripada 3 syarikat milik Singapura, iaitu; ‘Grab’ ($14.3 Bilion), ‘HyalRoute’ ($3.5 Bilion) dan ‘Trax’ ($1.3 Bilion).
Antara lain, 5 syarikat ‘unicorn’ ASEAN berasal dari negara Indonesia, seperti; ‘Gojek’ ($10 Bilion), ‘Tokopedia’ ($7 Bilion), ‘Bukalapak’ ($3.5 Bilion), ‘Traveloka’ ($3 Bilion) dan ‘Ovo’ ($2.9 Bilion), termasuk sebuah syarikat dari Filipina yang dikenali sebagai syarikat ‘Revolution Precrafted’ dengan nilaian sebanyak $1 Bilion.

Pun begitu, Malaysia masih belum lagi mampu menghasilkan sebuah syarikat bertaraf ‘unicorn’ dalam masa terdekat. Mungkin, dalam masa beberapa tahun akan datang kita akan lihat beberapa syarikat dari Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan jenama-jenama besar lain di peringkat global.

Setakat bulan September 2020, syarikat ‘Axiata Digital Groups’ dilihat sebagai calon utama untuk diangkat sebagai syarikat ‘unicorn’ pertama milik Malaysia. Axiata adalah syarikat berasaskan ‘Finance Technology’ (Fintech), yang memiliki nilaian keseluruhan berjumlah $321 Juta USD menurut laporan daripada portal fintechnews


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.