The Expanse berkisar tentang sekumpulan kru kapal pengangkut ais Canterbury yang terselamat dalam serangan hendap oleh pihak yang tidak dikenali ke atas kapal tersebut yang mencetuskan konflik antara penduduk koloni planet terluar dengan Marikh dimana kapal sedemikian merupakan talian hayat untuk koloni mendapatkan sumber air dan kalangan krew tersebut yang dikepalai James Holden.

5 orang kru yang terselamat ini akhirnya terjerumus ke dalam konspirasi konflik permainan kuasa politik, persenjataan, ketenteraan dan konglomerat dimana limpahan kesan serangan ke atas Canterbury dan laungan “Remember The Cant’ ” dan “Mars Kill The Canterbury” oleh penduduk koloni yang mahukan jawapan akan siapa pelaku serangan mencetuskan perang antara tiga kuasa utama sistem suria.

United Nation yang merangkumi Bumi dan koloni Lunar, Mars Congressional Republic yang mewakili Marikh dan Outer Planet Alliance yang mewakili penduduk planet terluar yang dipanggil Belters mendiami koloni seperti Ceres, Ganymede, Eros untuk merebut hegemoni kuasa ke atas sistem suria melalui penguasaan terhadap senjata biologi.

Siri ini menggambarkan masa depan yang hampir dengan era dan generasi kita, tidak seperti karya Star Wars atau Dune (nukilan Frank Herbert) yang sudah jauh ribuan tahun dari realiti masa depan terdekat kita. Gambaran siri ini merangkumi percakaran astropolitik Bumi dan Marikh, penguasaan konglomerat dan taikun perusahaan yang mempengaruhi kuasa politik dan penindasan keatas penduduk koloni luar yang dikerah industri untuk sumber mineral.

Masa depan di dalam The Expanse dan garapan astropolitik, teknologi serta demografi penduduk juga tidak sukar untuk kita kaitkan dengan masa sekarang.

Mungkin kini kita akan berhadapan dengan permainan astropolitik negara adikuasa yang lebih kompleks dari era Kesatuan Soviet meluncurkan Sputnik pada 1957.

Dalam era Perlumbaan Angkasa antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat, kita seringkali menganggap Amerika menang sepenuhnya dengan kejayan menghantar angkasawan ke Bulan. Tapi kita jarang dengar, bagaimana Soviet adalah negara pertama menghantar prob dan kemudian perayau robotik pertama ke jiran samawi kita itu.

Mungkin kita sering didendangkan dengan kejayaan Armstrong dan Apollo tetapi kurang tahu tentang Lunokhod dan program Luna, Venera yang mendarat di Zuhrah, atau Salyut yang menjadi stesen angkasa pertama dan kemudian Mir yang menjadi stesen angkasa jangka panjang.

Hakikatnya, Kesatuan Soviet masih lagi berada didepan walaupun republik komunis itu sudah tidak lagi wujud selepas kejatuhannya pada 1989. Legasi Angkasa Merah tinggalan Kesatuan Soviet masih boleh dilihat pada hari ini di dalam kebanyakan program penjelajahan angkasa lepas.

Semua orang bercakap-cakap tentang Stesen Angkasa Antarabangsa, namun tidak menyedari bahawa kewujudan stesen tersebut tidak akan menemui kejayaan jika sekiranya Soviet tidak mendahului dalam segmen pembuatan dan pengendalian stesen angkasa malah DNA stesen tersebut mempunyai DNA Russia.

Modul teras ISS ketika proses pembinaan awal stesen tersebut menggunakan modul Zarya dan Zvezda, modul yang boleh ditelusuri legasi kewujudannya dari program stesen angkasa pertama Kesatuan Soviet – Salyut. Soviet pada era 60an mengalami kegagalan untuk menyelesaikan masalah roket N1 yang sepatutnya menghantar kosmonaut mereka ke Bulan dan Sergei Korolev, orang yang bertanggungjawab membangunkan program LK (Luniyy Koralb) mengambil keputusan untuk berubah angin dan merekabentuk dan membangunkan stesen angkasa. Stesen angkasa ini kemudian dikenali sebagai Salyut dan Almaz, dimana kedua duanya mempunyai tujuan saintifik dan ketenteraan. 

Almaz merupakan stesen angkasa ketenteraan yang dibangunkan untuk tujuan pengintipan dari orbit, peninjauan dan perisikan. Malah stesen angkasa ini menjadi platform senjata yang digunakan untuk memusnahkan satelit musuh. Salyut pula merupakan program awam untuk tujuan saintifik dan Salyut menjadi asas kepada kajian kesan jangka panjang manusia dalam persekitaran angkasa lepas untuk misi masa depan – menunjukkan Kesatuan Soviet lebih kehadapan dalam aspek keselamatan dan fisiologi kosmonaut.

Salyut adalah pelopor kepada pembinaan stesen angkasa lepas. Amerika agak ketinggalan dan stesen angkasa Skylab yang mereka hantar ke orbit tidak meninggalkan kesan langsung kepada sektor pembinaan stesen angkasa walaupun terdapat beberapa rekod yang boleh dibanggakan.

Modul Salyut berkembang menjadi stesen yang lebih terampil apabila ia memasuki siri ke 5 dan 6 dimana kedua dua stesen Salyut 5 dan Salyut 6 berjaya meletakkan Kesatuan Soviet kembali dihadapan dari segi eksperimentasi saintifik di orbit, kajian fisiologi keatas ketahanan tubuh manusia akibat pendedahan keatas persekitaran nir graviti serta radiasi kosmik untuk jangka panjang, dan paling penting ia membuka jalan kepada pembinaan stesen angkasa generasi ketiga Mir.

Mir kekal sebagai objek buatan manusia paling besar, milik Kesatuan Soviet dan kemudian Russia sebelum ia mencapai jangka hayat dan kemudian digantikan dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.

Ironiknya, ISS turut bermula dengan modul yang sama dengan modul yang membentuk Salyut dan kemudian Mir, satu legasi teknologi yang berterusan dan menunjukkan walaupun Soviet kalah ke Bulan – teknologi mereka pada segmen angkasa lain seperti stesen angkasa masih digunakan sehingga hari ini dan ia merupakan teknologi yang terbukti berkesan untuk kegunaan di angkasa lepas.

Perayau robotik seperti Curiosity, Spirit, Opportunity dan Sojourner yang dikendalikan NASA banyak mengambil pengajaran dan teknologi rekabentuk Lunokhod, perayau Bulan Kesatuan Soviet. Malah ISS pada masa sekarang bergantung harap pada kapal angkasa Soyuz dan Progress, kapal angkasa sama yang digunakan sejak era 60an sewaktu program Salyut. DNA teknologi Soyuz kini mula diadaptasi oleh China menerusi program Shenzou.

Kita sedang melangkah ke era baharu yang memperlihatkan kuasa besar dunia yang lain juga mula mempergiat usaha untuk meneroka angkasa lepas dan terdapat usaha militarisasi yang melangkaui perisikan, pengintipan dan pemintasan komunikasi elektronik.

Mungkin kita akan menjadi generasi yang menjadi saksi persenjataan linear orbital yang mampu meluncurkan rod tungsten ke sasaran dengan kuasa kinetik yang setara kekuatan ledakannya dengan senjata nuklear, atau satelit laser orbital yang mampu memintas peluru berpandu balistik ketika menghampiri kelajuan terminal.

Malah teknologi railgun mungkin akan mendapat tempat diangkasa lepas satu hari nanti, dilengkapkan pada satelit untuk memusnahkan satelit lain seperti yang pernah dibuat oleh Kesatuan Soviet pada stesen Almaz mereka. Militarisasi angkasa lepas tidak dapat dielakkan walaupun ada perjanjian global yang mengekang usaha tersebut. Expansion to space is impossible without militarization .

China kini sedang menggapai prestij sebagai adikuasa angkasa melalui program seperti Tiangong dan Chang E, diikuti India yang masing-masing mempunyai program angkasa mereka yang unik dan tersendiri. Walaupun tidak segah Eropah, Amerika mahupun Russia, kedua dua negara ini dilihat akan menjadi pemain utama dalam dekad akan datang dan dengan kehadiran pemain baharu yang terdiri dari konglomerat sebagai non state actor seperti firma Space X dan Blue Origin, ia akan menjadikan senario astropolitik global menjadi lebih menarik.

Perebutan sumber mineral angkasa lepas, hak penguasaan keatas kedudukan orbital strategik serta lokasi kolonisasi, dan pengekalan hegemoni negara adikuasa keatas angkasa lepas akan menjadi pemangkin yang bakal mempercepatkan lagi proses militarisasi angkasa lepas.

Menubuhkan markas perintah Antariksa hanyalah langkah pertama ke arah militarisasi penuh dan tidak mustahil, satu hari nanti armada satelit pemusnah akan mulai memenuhi orbit dan saling cuba membunuh antara satu sama lain.

Jadi kalau nak bayangkan macam mana gambaran near future dunia yang sudah menguasai angkala lepas dan astropolitik skala sistem suria, bacalah siri The Expanse. Dekat Malaysia mungkin orang tak berapa tahu siri ini sempat naik di Netflix sebelum siaran dibatalkan dan novelnya tak meletup sebab orang lebih berikan perhatian pada DC dan Marvel tapi tak cuba tak tahu kan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.