The Case for Christ adalah filem berdasarkan kisah sebenar seorang Lee Strobel.
Anak dia hampir mati tercekik, tapi ada seorang jururawat (nurse) selamatkan anak itu. Masa isteri, Leslie Strobel ucapkan terima kasih, jururawat itu kata semunya datang dari Tuhan.
Ini adalah permulaan Leslie kembali semula kepada anutan agama masa kecilnya, iaitu katolik setelah sekian lama menjadi ateis bersama suaminya.
Suaminya, Lee yang tak senang dengan isterinya yang mula menganut Katolik, mula mencari bukti-bukti saintifik untuk menafikan ajaran Kristian.
Ada beberapa perkara yang aku nak sampaikan melalui filem ini. Pertamanya konsep dakwah.
Dakwah ini, kalau kita dengar, mesti kita akan terbayang program-program ceramah. Kita terbayang seorang berkopiah sampai ayat-ayat Quran. Kemudian, sebahagiannya ada yang suka menghukum.
Orang alergik dengan dakwah, bukannya sebab konsep dakwah itu, tapi pembawaannya.
Dalam filem ini, Leslie nak berkongsi anutannya itu bersama suaminya. Tapi suaminya pula tak boleh terima. Isu kepercayaan ini menjadikan rumahtangga mereka agak retak.
Boleh kata, Leslie nak Lee sendiri mempunyai kepercayaan. Apa yang aku suka dalam pembawaaan Leslie adalah cinta. Leslie nak bawa Lee ke dalam Kristian sebab Leslie cintakan Lee.
Leslie tak putus asa dan setiap hari berdoa walaupun kita akan sakiskan dalam filem ini, dia hampir putus asa dan takut.
Dakwah kita akan kering tanpa ada rasa cinta pada saudara seakidah. Yang biasa kita dengar bila ada orang tegur, orang itu akan cakap dia tegur sebab dia sayang.
Tapi selalunya ‘sayang’ itu adalah palsu. Aku fikir ia lebih pada tanggungjawab saja sebab nak melepaskan diri daripada dosa.
Sebenarnya tak salah pun. Tapi roh dakwah itu tak ada. Berbeza orang yang tunaikan solat sebab tanggungjawab dengan orang yang tunaikan solat sebab cinta dan tanggungjawab.
Adakah kita pernah betul-betul meminta dan berdoa kepada Tuhan supaya kawan-kawan kita tak terus bergelumang dalam dosa? Pernah ke kita minta?
Ataupun sekadar tegur, dakwah, kemudian dia terima ataupun tak, lantaklah. Asalkan lepas. Macam itu?
Masa klimaks filem inilah yang Lee jumpa pada isterinya.
Kemudian, pasal Lee pula merupakan seorang ateis tegar. Dia mahukan semuanya fakta dan boleh lihat. Lee seorang jurnalis dan jumpa dengan ramai pakar untuk mencari bukti yang boleh menjatuhkan kepercayaan isterinya.
Lee adalah gambaran seseorang yang nampak kebenaran, tapi dia tak mahu tengok kebenaran itu.
Lee diberitahu, kalau dapat cari penafian ke atas penghidupan semula Jesus, agama Kristian akan runtuh. Jadi, Lee cari bukti-bukti untuk itu.
Sampailah pada klimaks, Lee masih tak dapat nak nafikan benda itu. Dia pun tertekan.
Akhirnya, selepas kematian ayahnya, Lee sedar Tuhan tak pernah putus asa dengan-Nya untuk kembali kepada-Nya. Sebab itu pencarian Lee untuk menafikan selalu gagal.
Dalam tradisi Islam, Tuhan selalu beritahu kita bahawa pintu taubat tak pernah tertutup.
Tuhan minta kita semua kalau jumpa orang berdosa nak bertaubat, jangan menghukum orang ini. Jangan kata dia ini masuk nerakalah, banyak dosalah, terlambatlah apa semua.
Katakan kepada orang ini bahawa pintu rahmat Tuhan adalah luas. Luaskan rahmat Tuhan. Bagi harapan kepadanya.
Kemudian, filem ini juga beritahu ‘kepercayaan’ ini konsepnya bukan kena mesti kena ‘make sense’ ataupun kena ‘nampak’. Sebab nama pun kepercayaan.
Tak banyak perkara yang kita tahu tentang alam keTuhanan. Tapi kita percaya walaupun banyak benda yang tak masuk akal.
Tapi percaya pun kenalah ada dalil kewahyuan. Bukan percaya bodoh-bodoh dan dakwa bukan-bukan.
Perbincangan dalam perjalanan Lee ke dalam agama Kristian agak menarik juga walaupun tak mendalam. Sebab cerita ini drama kan, tak boleh nak terlalu ‘intelektual’.
Banyak juga informasi menarik macam perbincangan tentang agama Kristian dari sudut sejarah, arkeologi, perubatan dan psikologi.
Biasanya kalau cerita ini macam ini selalunya akan ada ‘engangement’ watak yang terlalu beragama untuk membuatkan watak yang terpesong kembali ke jalan yang benar.
Seolah macam cuma watak-watak yang kelihatan ‘beragama’ yang berkopiah, berserban, buh ayat Quran banyak-banyak sebagai satu-satunya ukuran untuk seseorang kembali.
Tapi filem ini memberikan sebaliknya. Yelah, mungkin sebab Lee seorang rasionalis dan faktualis. Jadi, ‘engangement’ dia banyak dengan ahli-ahli akademik yang sembang pun dari sudut akademik tentang topik-topik sejarah, perubatan dan lain-lain.
Kira ini satu sudut pandang yang baru apabila seseorang mencari agama melalui pendekatan empirikal, bukannya melalui ceramah-cerama dan kata-kata buat sedap hati macam biasa filem dakwah kita tengok.
Bolehlah tonton filem ini. Menarik jugak.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih