The Call (2020) menterjemahkan idea paradoks datuk (grandfather paradox) dalam bentuk yang segar & cerita yang mantap. Memilih garis masa dunia selari (parallel universe) sebagai penyelesaian kepada paradoks tersebut.
Paradoks datuk muncul apabila timbulnya isu pengembara masa di zaman ini kembali ke masa lampau lalu membv-nuh datuknya. Tuntas menyebabkan ayahnya tak dapat lahir dan dirinya tak dapat lahir. Apabila dia tidak wujud, maka pembv-nuhan itu pun tak dapat berlaku. Inilah paradoks. Berlakunya percanggahan peristiwa.
Ini adalah makna klasik dan idea ini sebenarnya telah berkembang menjadi apa sahaja perubahan yang dibuat di masa lampau, akan jadi sebahagian daripada kepelbagaian paradoks datuk. Apabila masa lampau berubah, akan berlaku percanggahan (paradoks) di masa depan.
Setiap paradoks yang timbul, orang akan cari jalan penyelesaian untuk runtuhkan paradoks tersebut. Dalam paradoks garis masa, terdapat banyak jalan penyelesaiannya. Filem Predestination memilih kitaran penyebab (causal loops) sebagai jalan penyelesaian.
Dalam kitaran penyebab, apa sahaja perubahan yang dilakukan pada masa lampau sebenarnya telah pun berlaku. Siri filem Harry Potter pun gunakan teknik ini untuk memastikan garis masa antara masa lampau dan masa kini tidak bercanggah.
The Call memilih dunia selari (parallel universe) sebagai penyelesaian. Idea ini telah banyak diterapkan di dalam banyak karya seperti Steins; Gate dan paling popular ialah Back to the Future.
Dalam dunia selari, apabila masa lalu berubah, garis masa yang baru akan lahir yang mana garis masa yang asal akan lenyap. Idea masa selari ini sangat mudah tetapi amat menarik fenomenanya, lebih-lebih lagi apabila dipersembahkan dalam bentuk penceritaan seperti yang The Call lakukan.
Dunia selari ada kepelbagaian juga. Ada penyelesaian dibuat, walaupun masa lalu diubah, garis masa yang asal tetap wujud dan pada masa yang sama, garis masa baru pun wujud. Ini apa yang diterapkan di dalam Steins; Gate. Ini juga salah satu tafsiran tentang sitat dunia kuantum.
Penyelesaian-penyelesaian paradoks datuk memang banyak yang menarik. Tetapi kalau disumbatkan semua untuk selesaikan paradoks, garis masa akan jadi lebih bercanggah. Ini apa yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame yang mana dunia selari bercampur dengan kitaran penyebab. Tuntas, garis masanya jadi agak bercelaru dan akan ganggu arus perjalanan cerita.
Konsep pengembaraan masa memang menarik. Tapi kalau terlalu pentingkan sangat konsep sampai perkara mudah jadi rumit sehingga plot pun terabai, orang akan pening dan rasa cerita itu pada perkara yang sebenarnya mudah. Ini sebenarnya apa yang berlaku pada TENET.
Plot dalam The Call tidak begitu rumit, mudah difahami, konsep yang menarik. Ceritanya pun tidak berat. Lebih berat kepada unsur thriller. Penonton pun tidak perlu rumitkan kepala apa sebenarnya yang berlaku. Ini yang orang kata, konsep yang rumit & gempak berjaya diterjemahkan dalam karya filem yang mudah. Plot terjaga, konsep terjaga.
Mungkin ada yang keliru sikit dengan pengakhiran The Call. Disebabkan pengakhirannya kurang jelas, jadi penjelasan ini cuma andaian saya sahaja. Beware of the spoiler;
1. Apa sebenarnya yang berlaku?
Di garis masa yang baru, ibu Seo-yeon masih hidup lagi. Ini menunjukkan dia selamat daripada terjun dari tingkat atas bersama dengan Young-sook. Mereka hidup bahagia. Kita dapat lihat kesan parut pisau pada leher dan tangan ibunya ketika di kawasan perkuburan.
Hakikatnya, selepas kejadian terjun itu, Young-sook pun hidup lagi. Tetapi mungkin Young-sook mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan untuk sembuh sebelum membv-nuh ibu Seo-yeon, kemudian menculik Seo-yeon semasa kecil.
Setelah kejadian memb-nuh & menculik berlaku, garis masa berubah lagi, yang mana ibu Seo-yeon m4ti. Kita dapat lihat ketika Seo-yeon dewasa berjalan bersama ibunya di kubur, tiba² ibunya lenyap dan Seo-yeon diikat di bawah rumah dan menjadi banduan Young-sook.
2. Bagaimana Young-sook dewasa boleh tahu bahawa dirinya masa muda akan dibv-nuh?
Kalau baca dialog, Young-sook dewasa bagi amaran kepada dirinya masa muda, “You might get killed”. Mungkin Young-sook dewasa telah melalui peristiwa ini yang mana dia hampir dibv-nuh.
Tetapi dia terselamat dan dia bagi amaran kepada dirinya masa muda supaya lebih berhati-hati. Saya fikir, kedua-dua kejadian pun, Young-sook hampir dibv-nuh, tetapi dengan kaedah yang berbeza. Kita tahu Young-sook muda hampir dibv-nuh sebab ditolak dari tingkat atas.
Tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku pada Young-sook dewasa ketika zaman mudanya sehingga dia hampir dibv-nuh. Yang kita pasti, dia selamat. Cumannya, Young-sook dewasa berkata, “It’s the only way we can change things.”
Apa maksudnya?
Young-sook dewasa mungkin mahu mengubah masa lalunya sedikit supaya dia dapat mengawal Seo-yeon dengan lebih baik. Kalau kita tengok, masa depan pun dah berubah. Masa depan sebelum ini, Seo-yeon bebas bergerak di dalam rumah. Di masa depan baru, Seo-yeon diikat di kerusi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih