Hari Kesyukuran atau dikenali dengan nama ‘Thanksgiving Day’ ialah perayaan kebangsaan yang disambut oleh warga negara-negara Barat seperti AS, Kanada, Grenada, dan Liberia. Perayaan ini disambut bagi mensyukuri dan menghargai pengorbanan kepada rezeki tuaian sepanjang setahun.

Perayaan ini lebih kurang macam festival menuai yang disambut oleh kaum-kaum Asia. Hari Kesyukuran biasanya disambut pada hari Isnin kedua dalam bulan Oktober di Kanada dan hari Khamis keempat dalam bulan November di AS dan negara-negara Barat lain.

Dalam budaya sambutan warga AS, labu dan ayam belanda adalah jamuan utama Hari Kesyukuran. Sebab itulah ayam belanda begitu sinonim dengan perayaan ini.

SEJARAH HARI KESYUKURAN

Sejarahnya bermula dari tradisi orang Inggeris yang mengamalkan doa dan melakukan upacara kesyukuran selepas musim menuai. Kemudian budaya ini dibawa ke America Utara ketika berlaku Reformasi Protestant.

Tradisi kesyukuran ini dimulakan ketika zaman pemerintahan raja Inggeris bernama Henry VIII. Sebelum tahun 1536 terdapat cuti umum gereja sebanyak 95 hari dan 52 hari cuti pada hari Ahad di mana warga Inggeris harus pergi ke gereja untuk menunaikan ibadah. Kemudian gereja-gereja Inggeris mengalami reformasi sehingga cuti umum gereja dikurangkan sehingga 27 hari.

Walau bagaimanapun, golongan Puritan dari gereja Anglican menuntut supaya menghapuskan kesemua cuti umum gereja. Dari sini, nama-nama cuti umum diubah kepada nama ‘Days of Fasting’ dan ‘Days ofThanksgiving’. Days of Fasting adalah cuti umum untuk penganut Kristian berpuasa sebagai tanda hukuman Tuhan dari bencana dan korupsi, manakala Days of Thanksgiving ialah cuti umum untuk mereka mensyukuri nikmati tuaian dan rezeki dari Tuhan.

HARI KESYUKURAN DI KANADA DAN AS

Terdapat 2 versi sejarah pembawaan budaya sambutan Hari Kesyukuran di benua Amerika iaitu: Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut sesetengah sejarahwan Kanada, pelayar England bernama Martin Frobisher ialah warga England yang bertanggungjawab membawa sambutan Hari Kesyukuran pada tahun 1578, ketika dalam usaha membina Laluan Barat Laut di utara Kanada. Namun ada antara sejarahwan menyatakan bahawa asal-usul pembawaan sambutan Hari Kesyukuran ke Kanada tidak jelas.

Selain kedua-dua pendapat ini, pendapat ketiga juga dibentangkan dengan mengandaikan bahawa pendahulu kepada budaya tersebut dari penduduk kaum Perancis yang menetap di New France pada abad ke-17 Masihi. Dikatakan warga Perancis ini menyambut festival pada akhir musim menuai dan teruskan perayaan sepanjang musim sejuk dengan berkongsi jamuan dengan kaum asal sana.

Selepas tahun 1700, sambutan Hari Kesyukuran pada lewat musim luruh telah menjadi kebiasaan. Imigran-imigran Eropah lain seperti Ireland, Scotland, dan Jerman juga menyambut Hari Kesyukuran mengikut budaya masing-masing. Imigran British juga tidak ketinggalan amalkan sambutan ini setelah bermigrasi dari AS.

Pada tahun 1859, kerajaan Provinces of Canada mengisytiharkan Hari Kesyukuran sebagai hari cuti umum untuk warga Kanada fokus beribadah kepada Tuhan. Masuk 9 Oktober 1879, Gabenor Jeneral Kanada bernama Marquis of Lorne mengisytiharkan tarikh 6 November sebagai tarikh rasmi Hari Kesyukuran. Walau bagaimanapun, Kanada tetap mengikut sistem Isnin kedua bulan Oktober untuk menetap tarikh perayaan mereka.

Di AS pula, tradisi sambutan perayaan ini terawal dicatat pada tahun 1619 oleh warga wilayah Virginia. Pada 4 Disember 1619, koloni Inggeris merentasi Sungai James menggunakan kapal Dan memulakan penempatan di Virginia. Kemudian mereka mengadakan festival sempena penempatan Virginia mereka ini. Dari sinilah generasi warga Virginia memperingati penempatan awal moyang mereka dengan mengadakan Hari Kesyukuran.

Terdapat juga keluarga Inggeris Kristian dari kumpulan Pilgrim dan Puritan bermigrasi ke AS pada 1620-an dan 1630-an. Mereka juga membawa budaya Hari Kesyukuran dalam komuniti New England. Keluarga kumpulan Pilgrim dan Puritan ini menyambut perayaan dengan memberikan sumber makanan kepada kaum asal terdekat seperti Wampanoags dan Patuxet bagi menempuh musim sejuk. Namun mereka mahukan balasan budi iaitu mendapatkan perlindungan dari kaum asal yang bermusuh iaitu Narragansett.

Maka, New England dikatakan wilayah pertama menyambut Hari Kesyukuran berkat kehadiran keluarga Pilgrim dan Puritan yang menetap di kota Plymouth dan Boston. Pada ketika itu, ketua sivil biasanya menganjurkan Hari Kesyukuran Plymouth dan Boston.

Banyak konflik tentang siapakah yang mengasaskan Hari Kesyukuran sehingga melibatkan ahli politik namun pada tahun 1863, presiden Abraham Lincoln mengisytiharkan Hari Kesyukuran sebagai cuti umum AS dan pada tahun 1941, sistem hari Khamis keempat bulan November dijadikan rujukan untuk penetapan perayaan AS ini.

Kini, Hari Kesyukuran menjadi hari mensyukuri nikmat dunia bagi warga Kristian seluruh dunia dengan mengadakan jamuan besar dan beribadah di gereja.

RUJUKAN:

Baker, James W. (2009). Thanksgiving: The Biography of an American Holiday. UPNE.

Colman, Penny (2008). Thanksgiving: The True Story. Macmillan.

Hillstrom, Laurie Collier (2007). The Thanksgiving Book: A Companion to the Holiday Covering Its History,

Lore, Traditions, Foods, and Symbols, Including Primary Sources, Poems, Prayers, Songs, Hymns, and Recipes : Supplemented by a Chronology, Bibliography with Web Sites, and Index. Omnigraphics.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.