P3rang Arus (W4r of Current) dikenali sebagai p3rang antara arus DC (direct current) dan arus AC (alternating current). Apabila melibatkan pertelingkahan antara DC dan AC, orang akan terus ingat P3rang Arus ialah p3rang idea antara Thomas Edison dan Nikola Tesla.

Sedangkan, P3rang Arus melibatkan beberapa syarikat tenaga elektrik di Amerika Syarikat pada sekitar lewat kurun ke-19. Bukan satu dua syarikat elektrik (syarikat Edison dan syarikat Westinghouse) seperti yang sering diromantiskan, tetapi 15 buah syarikat elektrik yang berp3rang arus antara satu sama lain untuk memonopoli perniagaan tenaga elektrik di Amerika Syarikat.

Sebelum lampu mentol yang beroperasi melalui arus DC diperkenalkan oleh Edison, Amerika Syarikat menggunakan lampu arka (arc lamp) yang beroperasi melalui arus AC. Lampu jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Eropah sebelum Tesla lahir lagi. Pemasangan lampu arka secara meluas dilakukan oleh Brush Electric Company di beberapa buah bandar.

Tetapi sistem AC ini mempunyai pelbagai kelemahan seperti berbahaya, kos pemeliharaan yang tinggi, pencemaran bunyi dan menggunakan voltan yang amat tinggi serta hanya sesuai beroperasi di luar (outdoor) seperti di jalanan.

Edison datang membawa pembaharuan. Dia mencipta mentol yang beroperasi melalui arus DC yang amat sesuai digunakan di rumah-rumah dan kedai-kedai – sesuatu yang tidak dapat dibuat oleh lampu arka berarus AC tadi.

Tambahan lagi, sistem yang dibangunkan oleh Edison menggunakan voltan yang jauh lebih rendah, jadi lebih selamat untuk pengguna.

Akhirnya, sistem Edison diangkat dan digunakan secara meluas. Cumanya, kelemahan sistem tenaga elektrik Edison ialah, ia tidak dapat beroperasi dalam jarak yang jauh kerana voltannya rendah. Jadi, banyak penjana perlu dibangunkan untuk sampai ke ramai pengguna.

Edison juga telah mencipta meter elektrik untuk membolehkan pengguna membayar sebanyak mana tenaga yang mereka gunakan. Kita selalu ingat Edison saja yang buat macam ini, sedangkan syarikat-syarikat tenaga lain masa itu pun kenakan bayaran juga termasuk syarikat Westinghouse (tempat Tesla bekerja) yang menggunakan arus AC.

Selepas itu, George Westinghouse memperbaharui sistem AC yang digabungkan dengan pengubah (transformer). Kalau anda fikir pembaharuan ini dicetuskan oleh Tesla, maka anda tersilap. Pembaharuan ini dilakukan oleh Westinghouse dan William Stanley – pereka pengubah yang praktikal.

Dengan adanya pengubah, voltan yang tinggi dapat dikecilkan apabila sampai ke pengguna. Jadi, sistem AC Westinghouse dapat liputan jarak jauh dan voltan yang tinggi dapat dikecilkan melalui pengubah.

Tidak semua bandar dan tempat dapat bekalan elektrik daripada Edison, jadi Westinghouse pasang penjana elektrik di tempat yang tidak dapat. Jadi, di sini telah ada persaingan antara DC dan AC. Pada ketika ini, Edison telah membina 121 stesyen, Westinghouse 68 stesyen dan syarikat Thomson-Houston mendirikan 22 stesyen. Ada juga beberapa syarikat lain yang mempunyai sistem tenaga elektrik sendiri.

Walaupun Westinghouse dan Thomson-Houston menggunakan gabungan arus DC dan arus AC, tetapi mereka mempunyai sistem yang berbeza. Tak boleh sama sebab ada isu hak milik. Malah, mentol yang direka oleh Thomson-Houston pun mempunyai reka bentuk yang berbeza dengan Edison supaya tidak bercanggah dengan isu hak cipta reka bentuk.

Walau bagaimanapun, reka bentuk sistem arus dan reka bentuk lampu telah membawa syarikat-syarikat tenaga elektrik ini saling berp3rang sesama sendiri di mahkamah tentang isu hak cipta.

Sistem AC semakin popular, malah sedikit demi sedikit sistem AC mengambil alih sistem DC yang diliputi oleh syarikat Edison.

Persaingan antara syarikat tenaga elektrik ini semakin sengit apabila Elihu Thomson dari syarikat Thomson-Houston membawa isu keselamatan. Walaupun Westinghouse menyalurkan bekalan tenaga ke rumah-rumah menggunakan sistem AC, Thomson-Hoston tidak melakukan perkara itu kerana sistem AC masih berbahaya sehinggalah pengubah yang betul-betul selamat dapat dicipta.

Ketika sistem AC semakin popular digunakan, pekerja dan rakan Edison meminta Edison untuk pertimbangkan supaya syarikatnya beralih ke sistem AC yang lebih murah. Kalau tidak, syarikatnya akan bankrup.

Tetapi Edison menolak kerana isu keselamatan. Bagi Edison, untuk bangunkan sistem AC yang selamat, mengambil masa bertahun-tahun. Edison tidak mahu apabila ada apa-apa terjadi kepada pengguna, akan menimbulkan panik dalam kalangan orang awam. Dikhuatiri, panik dan ketakutan tersebut akan menyebabkan penggunaan elektrik tidak dapat diteruskan.

Sebenarnya, kadar dan kemalangan kematian akibat daripada arus sistem AC semakin meningkat pada ketika itu. Tetapi penggunakan sistem arus AC tetap diteruskan. Pada masa ini, seorang jurutera Elektrik, Harold Brown memperjuangkan supaya sistem arus AC dikurangkan voltannya supaya ia selamat digunakan.

Tentu anda pernah dengar eksperimen banyak haiwan mati dibunuh akibat daripada arus AC yang kononnya dilakukan oleh Edison untuk menjatuhkan Tesla. Hakikatnya, yang melakukan eksperimen-eksperimen tersebut ialah Brown dan dia lakukan bukan untuk jatuhkan syarikat-syarikat sistem AC, malah mahu jatuhkan Tesla jauh sekali. Eksperimen-eksperimen itu dibuat untuk menunjukkan sistem AC lebih berbahaya daripada DC.

Walaupun Edison tidak terlibat secara langsung, dia menyumbang dana dan menyediakan makmal untuk Brown supaya eksperimen itu dapat dilakukan dan ditayangkan kepada umum.

Banyak demontrasi dilakukan oleh Brown bertujuan untuk memujuk New York Board of Electrical Control untuk bataskan penggunaan voltan yang besar oleh sistem AC.

Westinghouse mengkritik Brown kerana demontrasi yang ditunjukkan bagi menampakkan kelemahan sistem AC. Hal ini ditambah lagi dengan persengkokolan Brown dengan Edison.

Brown mencabar Westinghouse supaya sama sama duduk di kerusi renjatan elektrik. Brown duduk di kerusi renjata arus DC, Westinghouse pula dicabar untuk duduk di kerusi renjatan arus AC. Westinghouse menolak cabaran itu.

Walaupun Thomson menggunakan sistem DC-AC, dia menolak sistem AC digunakan di rumah-rumah kerana isu keselamatan. Jadi, Thomson sokong perjuangan Brown dan menyalurkan dana.

Pada awalnya, Thomson mempunyai hubungan diplomatik dengan Westinghouase; mereka saling menjual hakcipta. Tetapi sejak isu keselamatan meningkat, hubungan diplomatic antara mereka terhenti. Pada akhirnya, syarikat Edison dan syarikat Thomson bergabung menjadi syarikat General Electric.

Edison keluar daripada syarikatnya sendiri ketika p3rang hampir tamat. Dia mahu terlibat dalam perniagaan perlombongan. Sehingga Edison keluar, syarikatnya terus menggunakan sistem DC. Walaupun Edison sering digambarkan sebagai anti-AC, tetapi sebenarnya Edison okey saja kalau mahu guna sistem AC tetapi voltannya direndahkan.

P3rang Arus ini berakhir dengan bergabungnya 15 syarikat tenaga elektrik yang berp3rang sebelum ini menjadi dua syarikat – General Electric dan Westinghouse. Sebab sudah bergabung, tiada lagi isu hak cipta reka bentuk.

Jadi, penambahbaikkan sistem AC dapat dibuat dengan melakukan pelbagai integrasi supaya lebih efisyen dan selamat.

Dalam p3rang ini sebenarnya arus DC di pihak yang menang secara propagandanya, tetapi secara teknikalnya arus DC tewas. Walaupun arus DC tewas, bukanlah bermaksud arus ini tidak digunakan lagi pada hari ini. Malah, banyak teknologi hari ini masih menggunakan sistem DC.

Nota tambahan: gambar Tesla dipangkahkan sebab mahu menunjukkan bahawa Tesla bukanlah figure besar dalam P3rang Arus. Ramai jurutera yang terlibat dalam p3rang ini.

Edison tidak mempunyai masalah peribadi dengan Tesla. Tesla amat jarang berjumpa Edison ketika Tesla bekerja di syarikat Edison. Malah, ada pendapat, Tesla tidak pernah berjumpa dengan Edison.

Tesla bekerja di syarikat Edison selama 6 bulan, selepas itu berhenti. Apa motifnya dia berhenti tidak dapat dikenalpasti. Ada pendapat menyatakan kerana Tesla tidak dibayar bonus kerana mereka bentuk satu sistem untuk syarikat Edison.

Reka bentuk sistem yang dibangunkan oleh Tesla ditolak oleh syarikat kerana tidak praktikal untuk syarikat Edison. Tidak pernah ada isu bahawa idea Tesla dicuri dan sebagainya.

Kalau Tesla ada masalah peribadi, dia cuma ada masalah peribadi dengan pengurusan syarikat Edison, bukan Edison sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.