Terusan Suez. Kapal kargo Ever Given dengan panjang 400 meter terkandas secara memanjang di kawasan terusan sekaligus mengakibatkan lebih 100 buah kapal terperangkap dalam kesesakan untuk menuju ke Laut Mediterranean dari Laut Merah. Setakat ini, usaha mengeluarkan kapal masih gagal membuahkan hasil.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Ini kerana tanan kasar (gross tonnage) kapal itu sendiri seberat 220,940 GT dan bot tunda yang kecil menyukarkan usaha mengeluarkan kapal. Dan terkini, pemilik-pemilik kapal berjaya mendapatkan khidmat SMIT Salvage B.V dengan tujuan mengeluarkan kapal dari situasi rumit ini. Begitupun, ramai menjangkakan usaha ini akan memakan masa berhari-hari untuk diselesaik

SMIT Salvage dianggap firma elit dalam sektor perkapalan kerana banyak membantu kapal-kapal yang terkandas semasa cuaca buruk termasuk cuaca ribut. Dengan berat yang dinyatakan di atas, pihak salvaj perlu mengurangkan berat kapal bagi meningkatkan peluang ia dikeluarkan dan ditunda keluar. Ini termasuk membuang balast air dan bahan api daripada kapal.

Pandangan dari utara.

Di Terusan Suez, terdapat 42 kapal yang sedang dalam perjalanan transit ke utara terpaksa menunggu kapal dikeluarkan sebelum meneruskan perjalanan. Manakala 64 lagi yang sedang menuju ke selatan turut berdepan masalah sama.

Dalam satu kenyataan, Evergreen Marine Corp yang berpangkalan di Taiwan memberitahu kapal dikatakan terkena tiupan angin yang kuat dengan kekuatan 46 batu sejam yang mengakibatkan ia berpaling dari laluan air. Ini mengakibatkan kapal secara tidak sengaja melanggar bahagian dasar terusan dan tersekat di situ. Setakat ini, pihak berkuasa tidak menyatakan tempoh diperlukan untuk mengeluarkan kapal dan memulihkan kembali trafik di Terusan Suez.

Yang pasti, berita sebegini dijangka akan memberi kesan kepada harga minyak global. Firma-firma minyak Amerika Syarikat dan Eropah perlu mencari alternatif sekiranya situasi ini berterusan sekaligus berpotensi menaikkan harga komoditi alternatif. Sementara bekalan minyak yang dihantar dari Laut Utara ke Asia juga dijangka lambat sampai.

Setiap hari, 600,000 tong minyak dihantar ke Eropah dan AS dari Timur Tengah melalui terusan ini. Manakala 850,000 tong pula dihantar ke sebelah Asia dari Atlantic Basin. Selain itu, 400,000 tong nafta dan 300,000 sulingan petroleum turut dihantar dari barat ke timur menerusi Suez. Nafta berguna sebagai bahan utama plastik dan dicampur dengan gasolin. Sementara sulingan petroleum pula dijadikan sebagai produk bahan api pesawat dan minyak diesel.

Insiden Ever Given dilihat sebagai satu amaran kepada terusan atau laluan perkapalan yang sibuk tentang bahaya sebegini. Dengan saiz kapal semakin besar bagi memenuhi permintaan kargo dan laluan menjadi semakin sesak, usah terkejut jika mendengar berita kapal terkandas atau terlibat dalam perlanggaran di Selat Melaka, Selat Hormuz atau Terusan Panama.

Infografik.

Bagi kapal-kapal yang terkandas, mereka boleh memilih laluan alternatif melepasi Cape Agulhas, Afrika Selatan. Bagaimanapun, ramai menolak cadangan tersebut atas alasan ia akan memakan kos lebih tinggi dan meningkatkan lagi masa pelayaran. Bagi kapal yang berlayar dari Laut Utara, pilihan mereka ialah berlayar menggunakan Laluan Laut Utara tetapi ia hanya boleh dilakukan pada bulan-bulan musim panas.

Sebenarnya, sudah wujud cadangan alternatif kepada Terusan Suez tetapi wujud pihak yang skeptik dengan keupayaan inisiatif berkenaan. Misalnya pada 2012, Israel mencadangkan projek pembinaan landasan keretapi dari kawasan Mediterranean dengan bandar Eilat merentasi Gurun Negev.

Peta yang mengambarkan betapa banyak kapal yang tersekat.

Bagaimanapun, projek tersebut kini menyepi tanpa sebarang berita. Penulis tidak terkejut projek ini dibangkang oleh Mesir dan Palestin atas sebab berbeza. Mesir sudah pasti tidak mahu kedudukan Terusan Suez dicabar oleh landasan keretapi ini. Manakala Palestin melihat usaha pembinaan sebagai cara halus Tel Aviv merampas tanah penduduk.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Satu lagi pencabar Suez ialah cadangan projek Koridor Pengangkutan Antarabangsa Utara-Selatan (INSTC) membabitkan tiga negara iaitu India, Iran dan Rusia. Koridor ini menggabungkan jalan raya, landasan keretapi dan jalan laut untuk memindahkan kargo membabitkan India, Iran, Afghanistan, Azerbaijan, Rusia, Asia Tengah dan Eropah. Jika ini berjaya direalisasikan, ia bakal mengurangkan trafik kapal ke Suez, satu prospek yang boleh menjejaskan kedudukan ekonomi Mesir.

Proses galian.

Buat masa ini, kerja mengeluarkan Ever Given masih berjalan. Tetapi jika situasi ini berulang lagi, maka Mesir juga harus bersiap sedia dengan prospek Suez versi lain yang berpotensi menyaingi dan menggantikan kedudukan mereka sebagai laluan perdagangan tersibuk di dunia.

RUJUKAN:

Clark, A et al. (2021). Suez Canal blocked with giant ship stuck in top trade artery. Bloomberg.

Koh, A et al. (2021). Tug Boats Scramble to Move Massive Ship Blocking Suez Canal. Bloomberg.

Yahya, M. (2020). Interview: Suez Canal won’t be affected by alternative routes — Egyptian official. Xinhua.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.