Kala jengking laut besar yang bersaiz sama seperti anjing berkemungkinan pernah menjadi pemangsa utama di bahagian lantai laut di selatan China 400 juta tahun lalu. Penemuan ini merupakan sebahagian daripada kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science Bulletin yang akan menemui pembaca pada 30 November ini.

Semasa ia ditemui oleh pengkaji arkeologi, fosil kala jengking tersebut berukuran sekitar 3.3 kaki panjang (melebihi 1 meter panjang). Fosil ini menunjukkan ia merupakan eurepterid atau artropod lama sekaligus ia mempunyai kaitan dengan labah-labah dan belangkas.

Fosil tersebut dikenal pasti sebagai Terropterus xiushanensis, ahli kepada keluarga Mixopterid. Ia merupakan sejenis eurepterid yang mempunyai lengan khas yang mempunyai struktur seperti gigi yang digunakan untuk menangkap mangsa. Menurut dua penulis kajian, Wang Han dan Profesor Wang Bo dari Institut Geologi dan Paleontologi Nanjing, Akademi Sains China, ia mirip kepada bakul tangkapan yang digunakan oleh spesies araknid untuk memerangkap mangsa mereka.

Kala jengking ini wujud pada Zaman Silurian iaitu sekitar 443 juta hingga 419 juta tahun lalu. Bagi Dr Wang Han, penemuan ini menambah pengetahuan komuniti arkeologi tentang kepelbagaian morfologi mixopterid. Sebelum ini, kebanyakan maklumat tentang mixopterid berdasarkan beberapa spesimen fosil dari Laurussia Silurain yang ditemui 80 tahun lepas.

Disebabkan statusnya sebagai pemangsa utama, Dr Wang Han dan Prof Wang Bo percaya Terropterus bukan saja pemangsa di selatan China. Bahkan, ia juga merupakan spesies mixopterid pertama yang dijumpai di benua super Gondwana selepas benua super Pangea berpecah kepada dua bahagian. Kini, ia diharap dapat membuka kepada lebih banyak penemuan fosil spesies mixopterid dan eurepterid terutama di benua Asia.

Tidak lama dahulu, pasukan pengkaji menemui satu lagi fosil kala jengking yang berukuran enam kaki panjang (1.82 meter panjang). Fosil ini mempunyai ‘topi keledar’ rangka luar yang melindungi kepalanya, badan kecil lagi licin dan lengan besar yang boleh digunakan untuk menangkap mangsa. Saintis menamakannya sebagai Pentecopterus decorahensis bersempena nama kapal Yunani lama penteconter.

Nota kaki

Penteconter – kapal pe.ra.ng Yunani di mana ia digerakkan oleh 50 orang pendayung. Antara medan pe.ra.ng laut yang pernah disaksikannya ialah Pe.ra.ng Trojan.

RUJUKAN

Pant, Anuj. (2021, 19 Oktober). Dog-sized sea scorpions roamed ancient sea floors in south China as ‘top predators’, study shows. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.