Sebenarnya, isu bentuk Bumi tak perlu diulas sebab terlalu banyak bukti yang Bumi ini benar-benar berbentuk bulat dan hampir sfera sejak sekian lama. Tapi, sebab peta yang kononnya inilah peta Bumi sebenar yang rata, ramai orang Melayu kita percaya terus tanpa periksa sendiri!
Peta Terra-Infinita ini sebenarnya peta rekaan berasal dari buku ‘TERRA-INFINITA, Extraterrestrial Worlds and Their Civilizations: The Story told by the Woman Who Was Born in the Lands Behind the Ice Walls’ oleh Claudio Nocelli.
Buku ini berkemungkinan genre non-fiksyen kerana sinopsis dia mengenai penceritaan seorang wanita yang kononnya lahir dari dunia di sebalik dinding ais iaitu ‘Ancestral Republic’ dan dia beritahu yang dirinya ialah anak seorang pelayar bernama William Morris yang telah lama mengembara di dunia sebalik Bumi rata.
Masalahnya, penulis buku bernama Nos Confuden tiada ramai yang kenal sebab status dia tidak diketahui. Apatah lagi pengisian bukunya. Tak wujud pun William Morris si pelayar tu! Tengok peta ni pun bercampur-aduk dengan mitos orang Norse seperti ‘Asgard’ dan mitos Mesir Purba seperti ‘Moving Lands of Thoth’.
Tapi, geng Bumi Rata tetap percaya yang peta Terra-Infinita ini adalah peta yang membuktikan Bumi ini rata. Pada mulanya dalam kalangan mat salleh saja, tapi merebak teruk dalam kalangan kita melalui laman sosial TikTok!
Kalau kita bagi bukti-bukti yang Bumi ini bulat, mula dipersoalkan terutamanya sekali NASA sebab mereka ini kononnya tipu kita dengan menggunakan CGI!
Kalau peta ni, terus percaya bulat-bulat! Memang laju merebak kepercayaan peta ini di laman sosial TikTok. Apa-apa pun kita jauhkan diri dari pemikiran geng Bumi Rata yang mengarut ni! Tapi, kalau buku ni genre sains fiksyen, memang tak hairanlah geng Bumi Rata kuat percaya. Mesti cerita dia best!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih