Baru habis layan Ejen Ali kat wayang. Maaf agak terlewat berbanding korang sebab masa dan kewangan tak menginzinkan dalam bulan ni. Tapi nasih baik sempat juga datang ke panggung wayang pada sisa-sisa terakhir hari tayangan. Alhamdulilah…

Aku rasa ini satu-satunya filem aku terlupa nak makan popcorn yang aku beli, dan filem yang berjaya memulihkan rasa puas tonton filem. Aku bukannya apa, sejak mengenali nikmat TV Series ni, kebanyakan filem kat wayang tak memuaskan hati aku langsung.

Apa-apa pun, target audiences untuk filem dan series dia bukan untuk budak-budak macam Upin Ipin dan Boboiboy. Aku tak boleh layan Boboiboy dan Upin Ipin, sebab jalan cerita terlalu ringan untuk orang yang dah biasa layan cerita-cerita berat dan dark.

Tapi Ejen Ali ni berbeza. Jalan cerita penuh dengan twist, dark, dan soal-soal moral dan falsafah yang hanya young adult dan adult dapat cerna. Contohnya yang paling berat dalam cerita ni ialah persoalan utilitarianism vs deontologi. Ejen Ali berpegang pada prinsip deontologi, manakala Nikki berpegang pada utilitarianism (akan diulas pada bahagian terkemudian artikel ini).

Dalam filem ni juga menunjukkan apa gunanya teknologi dan kemajuan kalau nilai kemanusian itu tidak mampu bergerak seiring. Terus teringat zaman PM ke-4 dulu ketika kita sedang begitu pesat membangunkan negara kita. Ekonomi, infrasturktur, teknologi semua menerima impak yang tak pernah kita terima sebelum PM ke-4.

Namun disebalik pembangunan kat negara kita cukup pesat, tapi sahsiah diri, spritual dan kemanusian sangat kurang membuatkan Pak Lah naik jer jadi menteri ke-5, terus lancar kempen Islam Hadari untuk mengisi jiwa yang kosong. Juga ditekankan bagaimana kasta antara Pinggiran dan Cyberaya.

Pemandangan kota macam Cyberaya ni wujud kat dunia realiti kita. Banyak jer bandar-bandar besar yang membezakan kawasan orang kaya dan senang, dan setinggan. Siap di beberapa bahagian Amerika Selatan, ada tembok batu memisahkan lagi antara mereka!

Perkembangan watak dalam filem ini cukup hebat. Bersambung dari seriesnya di Season 1 dan Season 2. Dan perkembangan itu disusun dengan kemas, tersusun. Kau akan ikut pengembaraan Ejen Ali dari si lurus, cuai menjadi dewasa dalam perjalanannya sebagai seorang ejen. Perjalanannya menjadi seorang manusia sama macam kita semua dalam menuju ke kedewasaan.

Kita tak sentiasa betul, sentiasa banyak salah yang kita buat sana sini. Tapi itulah manusia, dan membezakan kita dengan yang lain, kita diberi peluang kedua membetulkan setiap silapnya. Aku suka watak utama seperti Ejen Ali. Watak utama yang tidak sempurna, yang terdapat lompong kelemahan di sana dan sini.

Watak utama yang kita kaitkan dengan diri kita. Tak terlalu sempurna sampai jauh dari kita, dan nanti susah kita nak invest emosi kita. Berbanding beberapa cerita di luar sana macam Laksamana Sunan yang aku tak ngam dengan watak utamanya kerana aku berpendapat terlalu sempurna dan ada unsur Gary Stu. Jadi, apa-apa cerita yang membawa watak semisal Ejen Ali adalah pilihan aku.

Watak jahat dia mempunyai pelbagai sisi. Ia bukan watak jahat yang muncul semata-mata sebab dia suka buat jahat. Watak jahatnya ialah watak yang muncul hasil pembentukan masyarakat dan suasana sekitar. Dia jadi jahat sebab dia percaya kejahatan yang dia buat tu demi kebaikan.

Ini unsur utilitarianism, di mana agak berpaksikan matlamat menghalalkan cara. Berbeza dengan Ali dan MATA yang percaya bahawa tetap ada moral baik dan jahat, dalam pertimbangan untuk melakukan sesuatu. Kalau kau tanya aku, dalam filem bolehlah raihkan ideologi macam deontology ni, sebab aku rasa kena ada unsur utilitarianism juga disekitar kita. Maaf, aku agak realis.

Babak-babak aksi dalam filem ni sangat berkualiti. Kau tak akan senang duduk di kerusi panggung wayang, langsung tak tersentuh popcorn dalam bekas kerana betapa terujanya kau melihat anak tempatan mampu menghasilkan karya sehebat ini.

Elemen-elemen genre Shonen membuatkan peminat anime dan manga Shonen macam kita semua boleh teruja bagaimana teknologi diadunkan dengan pertarungan untuk mewujudkan kepelbagaian dalam pertarungan itu.

Kalau Naruto dengan Ninja, Fairy Tail dengan Magic, makanya Ejen Ali digandingkan dengan Teknologi untuk mewujudkan rencah Shonen yang power. Ya, memang ada pengaruh dari Shonen lain, tapi biasalah… dah nama genre sama, mesti ada ilham sana sini.

OST dalam filem ini yang mengatasi jangkauan aku. Aku tak berapa ingat bila kali terakhir aku menonton wadah kreatif tempatan yang ada OST power macam ni. Lagu Mama Di Hatimu tu aku rasa cukup untuk menyentuh pintu emosi kau. Cukup dengan mesej utama filem ini tentang pengorbanan seorang ibu. Lagu dia buat kau nak call mak kau habis filem, nak berterima kasih atas semua jasa dia membesarkan kau.

Oh ya, akhir sekali, berapa bintang?

10/10 daripada aku.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.