Dahsyat juga teori-teori konspirasi berkaitan l3tupan di Beirut ni.

Ada yang kata Israel yang buat (ni yang majoriti). Cam biaso semua salah Israel, plus Israel memang berp3rang dengan Hezbollah parti yang mengawal selatan Lubnan.

Tapi kenapa serang Beirut bukan selatan Lubnan? Lagi pun Beirut ni kawasan mostly Kristian Maronite yang bersekutu dengan Israel? Aku tak tau, bukan aku yang buat teori.

Ada yang kata Hezbollah yang buat. Kalau tak salah Yahudi, mesti salah Syiah. Pemegang “teori Syiah” ni anggap l3tupan tu adalah senjata rahsia Hezbollah yang nak diguna untuk serang Israel.

Ada yang kata US buat. Teori “US buat” ni pulak ada beza “Trump yang buat” vs. “Deep State yang buat”. Orang yang kata Trump buat ni anggap Trump tak ada beza dengan Bush, nak cipta kemalangan macam 9/11. Orang yang kata Deep State buat pulak kata Trump berbeza dari Bush, sebab tu Deep State (CIA, Zionis dll) nak sabotaj Trump.

Ada yang kata Syria/Russia buat, sebab bentuk l3tupan tu persis l3tupan b0m ODAB-500 milik Russia. Plus Jumaat ni Special Tribunal for Lebanon akan memutuskan Syria sebagai dalang pembvnuhan mantan PM Rafic Hariri pada tahun 2005. So Syria nak tunjuk power lah.

Tapi tak kira siapa yang buat, yang pastinya kartun Simpsons sudah lama bagitau kejadian ni. Kan.

Ada isu yang memerlukan analisis geopolitik, ada isu yang tak perlu. Isu l3tupan ni exactly adalah isu yang tak perlu over-analyze.

Macam COVID-19. Masa baru-baru muncul China kena teruk, orang kata ni bio-weapon US. Bila China beransur pulih US makin teruk, tukar pulak jadi bio-weapon China.

Last-last yang salah Bill Gates sebab dia nak buat vaksin, kononnya dia yang sebarkan virus untuk kaut untung.

L3tupan Lubnan ni adalah tragedi kecuaian yang menunjukkan betapa parahnya sistem politik Lubnan yang menjadikan Lubnan failed state. Sebelum ni rakyat Lubnan berdemo nak tukar kerajaan sebab kerajaan korup sangat sampai benda kecil pun tak leh urus. Tapi last-last tak jadi apa. Sekadar tukar PM.

Kecuaian dalam segala aspek pentadbiran, termasuk SOP untuk mengendali simpanan ammonium nitrate dalam gudang pelabuhan membawa kepada tragedi kali ini. Dan sepatutnya jadi wake-up call kepada politikus Lubnan.

#DoaUntukLubnan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.