Ilmu sains berubah begitu ketara selepas datangnya Darwinisme. Charles Darwin membolehkan sains faham banyak benda baharu. Sebelum ada yang bertegang urat tidak tentu pasal, teruskan baca. Ada penjelasan tentang Teori Darwin yang bukan sama sekali “manusia berevolusi daripada beruk”. Darwin sendiri tidak pernah menyatakan sedemikian. Ini adalah andaian orang ramai terhadap Teori Darwin. Untuk memahami sesuatu ilmu, kena faham daripada akarnya sendiri.
Dalam buku Origin of Species, Darwin menerangkan pemerhatiannya: “semua spesis berubah untuk meningkatkan daya upaya supaya boleh kekal hidup (survive). Perubahan ini kemudian diwarisi mengikut generasi yang lama kelamaan bercambah menjadi spesis baru.”
Darwin berpendapat sedemikian selepas mendapati persamaan antara burung, ikan, mamalia dan reptilia – seolah-olah semua spesis berkaitan antara satu sama lain.
Teori Yang Mencabar Norma
Boleh bayang sendiri macam mana Charles Darwin ditentang. Teruk beliau ditentang. Malah penentangan umum adalah punca kenapa Teori Darwin dipandang serong: “manusia berevolusi daripada beruk.” Kerana pada masa Darwin membentangkan teorinya, ada satu fahaman khusus yang bersarang di Eropah. Fahaman ini berputik daripada buah fikrah agama Kristian, bahawa dunia ini adalah sebuah rantaian.
Fahaman “The great chain of being” (rantaian makhluk) meletakkan alam dalam bentuk aturan. Paling atas adalah Tuhan, diikuti para malaikat tanpa tubuh duniawi. Malaikat pula berada di atas awan, menandakan langit yang di atas para manusia. Turun lagi ke bawah adalah haiwan dan tumbuh-tumbuhan, sebelum dilapis jirim tanah. Dan paling bawah sekali adalah gambaran api neraka yang mana Iblis berada di tengah-tengah.
Semua penjelasan saintifik masa itu mesti berpandukan fahaman “rantaian makhluk”. Walaupun penjelasan kelihatan tidak tepat, mereka pasti akan menormalisasikan keralatan yang ada dengan bergantung pada rantaian makhluk. Kemudian datang Charles Darwin membawa fahaman baharu. Dan semakin lama, Teori Darwin bangkit menandingi. Ikut Teori Darwin, spesis boleh berubah. Dan ikut rantaian makhluk, spesis takkan berubah. Sains abad ke-19 mendapati banyak perubahan pada spesis, sekali gus meletakkan Teori Darwin di tangga paling atas kerana ia boleh menjelaskan kepelbagaian kehidupan (biodiversity) di alam ini.
Teori Evolusi Bukan Cetusan Darwin
Sama seperti saintis lain, Charles Darwin juga belajar pasal teori evolusi. Beliau tidak merencanakanya. Beliau hanya menambah baik dan mengukuhkan sebuah teori untuk faham pasal alam. Hal ini yang semua kena faham. Sebuah teori bukan setakat “teori jer”. Teori adalah fakta yang merencanakan idea secara berprinsip. Alfred Wallace sudah mengatur langkah bercerita tentang teori evolusi, sebelum Darwin lagi. Malah Jean-Baptiste Lamarck juga mendapati sesuatu organisme boleh mewarisi sesuatu daripada ibu bapa mereka.
Darwin sendiri tidak pasti tentang mekanisme evolusi. Beliau berpendapat spesis menjadi lebih kompleks tertakluk pada alam sendiri. Dan Darwin juga tidak tahu tentang genetik. Saintis-saintis pasca-Darwin melibatkan genetik dalam perbincangan evolusi. Dari sini yang lebih pekat kisah berkenaan dengan beruk bagai. Kerana saintis mendapati persamaan genetik antara manusia dan cimpanzi misalnya (Suntsova & Buzdin, 2020).
Hal ini memulakan perbincangan tentang “The missing link”, satu konsep yang bercerita pasal “makhluk yang menjadi manusia dan beruk”.
Sains mendapati konsep “The missing link” adalah ralat, sekali gus menolaknya dengan keras (Creigton, 2015). Nampak tidak? Sains sendiri menafikan yang manusia berevolusi daripada beruk. Sains berpegang pada konsep perhubungan dipanggil “the common descent”.
Manusia dipercayai mempunyai “the common descent” dengan cimpanzi berjuta-juta tahun yang lalu. Apakah ini bermakna manusia dan cimpanzi adik-beradik spesis? Tidak. Sebab manusia mempunyai “the common descent” dengan kucing 90 juta tahun yang lalu. Manusia juga mempunyai “the common descent” dengan lalat sekurang-kurangnya 780 juta tahun yang lalu (Hedges, et al., 2006). Apa maknanya semua ini?
Begini. Apa “the common descent” antara roti canai, capati dan piza? Tepung? Gula? Garam?
Persoalan di atas tidak bercerita tentang “the common descent” dengan tepat. Tetapi boleh guna sebagai tanda mukadimah.
RUJUKAN:
Creighton, J. (2015, Mei 8). There is no “Missing Link” in evolution. Futurism.
Hedges, S., et al. (2006). TimeTree: a public knowledge-base of divergence times among organisms. Bioinformatics. 22: 2971-2972.
Suntsova, M., & Buzdin, A. (2020). Differences between human and chimpanzee genomes and their implications in gene expression, protein functions and biochemical properties of the two species. BMC Genomics.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih