Dalam sebuah buku bertajuk Industrial Safety: Management & Technology, David A. Colling mendefinisikan kemalangan atau kecelakaan tempat kerja sebagai:
“Kejadian yang tidak terkawal atau tidak dirancang yang disebabkan oleh faktor manusia, situasi, atau persekitaran yang menyebabkan terganggunya proses kerja dengan atau tanpa berlakunya kecederaan, penyakat, kem*tian, atau kemusnahan ditempat kerja.”
Banyak kemalangan masa lalu disifatkan sebagai faktor alam atau kata lain sebagai takdir Tuhan dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada terjadinya kemalangan. Heinrich membuat penyelidikan berdasarkan rekod-rekod kemalangan dan menemui fakta bahawa hampir 90% daripada kemalanganyang berlaku ditempat kerja adalah berpunca daripada kelakuan pekerja yang tidak selamat.
Teori Domino Kemalangandalam bidang keselamatan pekerjaan telah diperkenal oleh seorang pakar penyelidikan bernama Herbert W. Heinrich. Beliau telah menerbitkan satu jurnal bertajuk Industrial Accident Prevention: A Scientific Approach pada tahun 1931.
Setiap blok domino mewakili aspek dalam kemalangan tempat kerja.
- Keadaan Sosial Pekerja atau keturunan
- Kesilapan Manusia/Pekerja
- Tindakan/Perbuatan atau Persekitaran Kerja Tidak Selamat
- Kemalangan/Bencana
- Kecederaan/Kemat!an
Jika satu blok jatuh, maka vlok ini akan menimpa blok-blok yang lain hingga kelima-limanya akan roboh bersama-sama.
Menurut Heinrich, kunci untuk mencegah kemalangan adalah dengan menghilangkan keadaan yang tidak selamat sebagai blok ketiga dari lima blok domino kemalangan. Beliau berpendapat bahawa hampir 90% dari semua kemalanganberpunca dari perlakuan tidak selamat pekerja seperti tidak berhati-hati, bergurau, dan tidak mengikut prosedur.
Henrich memberikan pendapat mengatakan di dalam pencegahan kemalangan, sasarannya adalah domino yang ditengah iaitu perlakuan tidak selamat individu atau bahaya mekanikal atau fizikal.
Saya bagi contoh ringkas untuk teori kemalangan:
“Helmi seorang yang panas baran, matanya sedikit rabun (blok pertama – Keadaan sosial/Keturunan). Dia bekerja sebagai seorang juruelektrik. Satu hari, dia masuk kerja dalam keadaan marah kerana dia tidak sempat sarapan nasi lemak sotong. Dia terus melakukan kerja pendawaian elektrik 4500V tanpa menutup suis utama (Blok kedua – kesilapan/kecuaian individu). Semasa bekerja, dia memegang wayar dengan tangan kosong tanpa memeriksa kehadiran arus elektrik menggunakan testpen/pengesan voltaj terlebih dahulu (blok ketiga – perbuatan tidak selamat). Helmi akhirnya rentung/cedera akibat kemalanganitu(Blok keempat dan terakhir).”
Blok pertama dan kedua sememangnya tidak boleh dielakkan. Faktor panas barannya menghilangkan rasional sehingga menyebabkan dia cuai dalam kerja. Tapi blok ketiga boleh dielakkan sekiranya dia mengikut prosedur yang betul iaitu memeriksaan arus voltaj terlebih dahulu sebelum dia melakukan kerja. Maka kemalangan dapat dielakkan.
Jika saya ubah keadaan tadi:
“Helmi memeriksa arus voltaj menggunakan pengesan voltaj sebelum melakukan kerja. Disebabkan dia rabun, dia tersalah pandang paparan skrin pada alat pengesan voltaj. Alat itu telah rosak dan tidak berfungsi. Dia langsung tidak pernah melakukan pemeriksaan terhadap peralatan itu, sudah 30 tahun dia menggunakannya( blok ketiga-keadaan tidak selamat).”
Helmi menerima nasib yang serupa seperti contoh diatas sana.
Mata yang rabun atau sikap panas b4ran/melulu seseorang pekerja adalah faktor sosial yang tidak boleh dielakkan. Blok kedua itu kesilapan atau kecuaian individu juga hampir tidak boleh dielakkan. Kita bukan tahu bila kita terlupa buat sesuatu, dah lepas baru tersedar.
Dalam contoh situasi diatas, jika Helmi mengikut prosedur sebelum melakukan kerja, membuat pemeriksaan rapi pada peralatan yang digunakan dalam kerja, kemalangan dapat dielakkan. Bila kemalangan tidak terjadi, kecederaan juga tiada.
Saya olah lagi satu keadaan kerja:
“Helmi mahu melakukan kerja pendawaian. Dia meletakkan tangganya dalam kolam renang (blok ketiga – Keadaan dan perlakuan bahaya). Wayar yang mempunyai 4500V itu jatuh dalam kolam renang kerana terkena tangan Helmi (blok kedua – kesilapan individu). Nak terjun dalam kolam, m*ti. Tunggulah sampai bomba datang tolong.”
Setiap kemalangan ditempat kerja boleh dielakkan sekiranya kita berhati-hati. Sepertimana yang dijelaskan dalam Teori Domino, kebanyakan kemalanganberpunca daripada perlakuan tidak selamat/keadaan tidak selamat.
Pastikan peralatan kerja dalam keadaan yang baik dan berfungsi sempurna. Pastikan kawasan kerja dalam keadaan yang selamat, tidak beris!ko atau berbahaya.
Bekerja secara tidak selamat ibarat berjudi. Nyawa anda taruhannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih