When the eleventh year of the reign of this King (Parakramabahu II) had arrived, a king of the Javaka known by the name of Chandrabhanu landed with a terrible Javaka army under the treacherous pretext that they were followers of the Buddha. All these wicked Javaka soldiers who invaded every landing-place and who with their poisoned arrows, like to terrible snakes, without ceasing harassed the people whomever they caught sight of, laid waste, raging their fury, all Lanka.

(Culawamsa LXXXIII, 36-51)

‘Javaka’ di sini merujuk kepada penduduk negeri Tambralinga, sebuah negarakota Melayu purba di Segenting Kra. Rajanya yang paling terkenal ialah Chandrabhanu Sri Dharmaraja. Tentera Chandrabhanu terdiri daripada Orang Laut yang mahir menggunakan senjata berbahaya mereka – sumpitan beracun, selain senjata-senjata lain. Orang Laut ini juga ‘core army’ dalam pasukan Kedatuan Srivijaya, Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor sebelum digantikan oleh orang Bugis dan sebagainya.

Di masa itu, sumpitan beracun ini ibarat senjata kimia yang dilancarkan dari jauh, dan agak unik bagi pasukan Melayu dari negeri Tambralinga ini. Mungkin jika dalam permainan strategi, ia menjadi ‘special unit’ dalam satu-satu negara.

Serangan sebuah negeri Melayu purba ini terhadap Sri Lanka amatlah terkenal sehinggga dicatatkan dalam kitab riwayat bangsa Sinhala. Riwayat ini yang mana jika jatuh ke tangan pihak tertentu di Malaysia akan cepat dimitosdongengkan. Syukurlah ia di Sri Lanka dan darinya kita dapat membuat rujuksilang tentang apa yang berlaku pada masa dahulu dalam sejarah nenek moyang kita.

Rupa-rupanya mereka tidaklah duduk diam di kampung merenung pokok kelapa sahaja atau kata sesetengah orang duduk atas pokok saja tetapi sebenarnya pada masa dahulu di zaman moyang atas moyang atas moyang atas moyang entah ke betapa entah, mereka telahpun siap meredah Lautan Hindi dan cuba membuat koloni di Sri Lanka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.