Pada suatu pagi di musim bunga tahun 1943, beberapa tahun sebelum berakhirnya Per4ng Dunia II, desa Huntsville di Texas dikejutkan dengan bunyi langkah tapak kasut tenter4 N4zi yang sedang berbaris dalam formasi sambil menyanyikan lagu-lagu perbarisan tenter4 Jerman ketika mereka melalui jalanan berdebu di bandar kecil itu.
Askar-askar tersebut sebenarnya adalah antara tahanan per4ng terawal yang dihantar ke kem POW di Amerika Syarikat. Warga kota menjadi saksi ketika berek dibina, dikelilingi oleh pagar kawat berduri dan pagar berantai, mereka tertanya-tanya siapa sebenarnya yang akan tinggal di kem ini.
Amerika Syarikat baru berper4ng selama satu tahun ketika kem POW tersebut sedang dibina, dan penduduk Huntsville tidak ada banyak masa untuk bersedia menerima kenyataan bahawa ribuan tahanan per4ng yang tinggal hanya lapan batu dari kawasan yang mereka diami adalah tenter4 N4zi Jerman.
Sebenarnya, Amerika Syarikat enggan terlibat dalam urusan tahanan per4ng pada tahun 1941, kemudian mereka hanya terlibat kerana atas desakan pihak British. Pihak Sekutu memenangi per4ng di front Afrika Utara, dan telah menahan ramai tenter4 yang mereka sendiri tidak tahu hendak tempatkan di mana.
British melemahkan Amerika Syarikat setelah berbulan-bulan berusaha dan beberapa nota yang berbaur dingin dari Whitehall. “Sangat sukar untuk difahami di sisi ini mengapa … ia harus terbukti sangat sukar bahkan untuk mendapatkan persetujuan secara berprinsip,” keluh seorang penulis yang kecewa. A.S. menerima tahanan per4ng dengan berat hati pada tahun 1942, bermula dengan 50,000 tenter4 dari front Afrika.
Kem POW akan tumbuh bagai cendawan di seluruh negara pada tahun-tahun berikutnya, di seluruh Selatan, Barat Daya dan Midwest, muncul di California, New Jersey, Virginia Barat, dan North Carolina. Pada saat per4ng berakhir, sekitar 500,000 tenter4 yang ditangkap ditempatkan di Amerika Syarikat, dan 380.000 dari mereka adalah tahanan per4ng dari tenter4 Jerman.
Huntsville adalah kem pertama yang dibuka, dibina dari awal dan lengkap untuk memenuhi syarat Konvensyen Geneva iaitu harus menyediakan tempat tinggal yang hangat dan bersih, menberi akses untuk rawatan perubatan, peruntukan untuk perpustakaan dan aktiviti intelektual lain, serta ruang terbuka yang mendorong aktiviti fizikal. Tahanan juga harus ditempatkan dalam iklim yang serupa dengan tempat mereka ditangkap, itulah sebabnya begitu ramai askar yang ditangkap di Afrika Utara ditempatkan di Texas.
Ketika mereka tiba di Camp Huntsville, POW Jerman sangat teruja. Mereka terpesona ketika dalam perjalanan ke penjara menaiki trak Pullman yang mewah. Pemandangan bandar dan keindahan desa di Amerika Syarikat memukau mereka.
“Dari New York ke Texas, kami melihat seluruh kawasan luar bandar. Kereta-kereta di jalanraya, cahaya lampu di bangunan-bangunan. Saya tertanya-tanya – bagaimana kami boleh terfikir kami akan mengalahkan A.S. dalam per4ng ini? ” bekas tahanan per4ng, Heino Erichsen bercerita setelah beberapa dekad per4ng berakhir.
Lelaki seperti Rudolf Thill, yang dibawa ke Huntsville pada tahun 1943, mendapati terdapat kemudahan yang lengkap di sebalik pagar berantai dan kawat berduri itu. Tahanan yang dari kelas kerahan akan tinggal di bilik bertingkat. Kelas Pegawai pula mempunyai tempat tinggal mereka sendiri.
Mereka dijamu makanan yang hanya boleh diimpikan oleh penduduk kota semasa catuan, dengan makanan seperti susu, daging, dan mentega terhidang sebagai menu harian mereka. Penduduk tempatan yang marah menggelarkan kem itu sebagai “The Fritz Ritz.”
Pada mulanya, penduduk tempatan tidak hanya kesal, tetapi juga takut akan prospek tahanan per4ng N4zi di bandar mereka. Bekas tahanan per4ng masih ingat bagaimana orang Amerika memerhatikan wajah mereka sambil “mencari tanduk,” mereka menjangkan ancaman moral askar Jerman itu bahkan boleh dilihat dalam bentuk fizikal.
Orang Amerika yang berkumpul untuk melihat tahanan ketika mereka dibawa ke seluruh negara juga mengharapkan dapat melihat rupa ‘bangsa terulung’ yang mereka gambarkan umpama superhero, berambut per4ng, berotot, dan memiliki ciri-ciri yang menakutkan untuk seorang lelaki yang digambarkan Hitler sebagai “bangsa induk.” Namun mereka kecewa kerana bagi mereka, tahanan per4ng Jerman ini rupa-rupanya tiada beza pun dengan pemuda-pemuda Texas yang lain.
Rasa kebencian mereka berlalu dengan cepat apabila pemerintah persekutuan memutuskan, pada tahun 1943, adalah selamat untuk membenarkan tahanan N4zi bekerja. Para pegusaha pertanian mengadu bahawa mereka tidak mampu mencari pekerja untuk mengusahakan ladang mereka. Sebilangan besar lelaki dikerah untuk menyertai per4ng dan bagi mereka yang ditinggalkan pula, industri yang berkaitan dengan per4ng membayar upah yang jauh lebih baik daripada sektor pertanian.
Para petani sangat lega apabila mereka dapat mengupah para tahanan N4zi untuk kerja-kerja seperti mencangkul dan memetik kapas. Dalam beberapa perkembangan lain, tembok yang memisahkan penduduk tempatan dan tahanan mula dibuka apabila tahanan Jerman dibenarkan bekerja.
Ada petani yang mengajak mereka ke rumah untuk makan tengah hari dan menghadiahkan mereka dengan hadiah kecil seperti gula-gula dan rokok. “Mereka hanyalah sekumpulan pemuda yang baik-baik,” kenang seorang penduduk Texas.
Pegawai Amerika kecewa dengan ketidakmampuan mereka untuk menghentikan rakyat mereka sendiri dari berkawan dengan musuh setelah tembok antara tahanan dan penduduk kota ‘diruntuhkan (secara kiasan).
Kaum wanita biasa berkumpul di pagar berantai untuk mengintai tahanan per4ng bermain bola sepak. Orang ramai berkumpul di stesen kereta api ketika pengangkutan tahanan dijadualkan tiba, berharap dapat melihat para tahanan walaupun sekelip mata.
Edouard Patte, seorang perwakilan Switzerland dari YMCA Antarabangsa yang bekerja sebagai pemerhati Palang Merah, menyimpulkan, “sukar untuk membayangkan bahawa pemuda berambut per4ng yang baik dengan pipi kemerahan ini telah menjadi tenter4 musuh dan pembvnuh kej4m beberapa ketika yang lalu.”
Tahanan per4ng N4zi juga mendapat rakan-rakan di tempat yang tak disangka-sangka itu, kerana sambil mereka bekerja bersama-sama dengan orang Afrika-Amerika, mereka akan berbual lama di bawah terik matahari. Kaum kulit hitam itu sangat menyedari bahawa orang kulit putih Amerika melayan tahanan N4zi jauh lebih baik berbanding orang kulit hitam yang sekian lama berkhidmat untuk Amerika Syarikat.
Orang Afrika-Amerika menyambut ketibaan tahanan N4zi ketika mereka dibawa dengan kereta Pullman ke kem mereka. Tahanan N4zi juga dibenarkan makan di kantin yang dikhaskan untuk orang kulit putih sahaja. Di kem, mereka ditugaskan untuk melayani tahanan N4zi termasuk menyembur dengan sabun pencuci kuman.
Rasa iri hati itu semakin menyakitkan kerana tenter4 Afrika-Amerika sebenarnya pernah bertempvr dengan penuh semangat semasa Per4ng Dunia II di unit-unit kaum kulit hitam seperti pengendali-pengendali pesawat dari kaum Tuskegee yang terkenal itu.
Namun, pada tahap individu, mereka boleh bergaul rapat dengan orang Jerman. Dan orang Jerman juga turut menyukai mereka, sebahagiannya berpunca kerana tenter4 Afrika-Amerika pernah melindungi mereka dari sekumpulan orang awam yang cuba membvnuh tahanan per4ng dari Jerman.
Apa yang menariknya, jika diihat dari sifat diskrlmin4si perkauman yang terang-terangan diamalkan parti N4zi terhadap kaum Yahudi, sesetengah tenter4 Jerman sendiri juga memberikan reaksi terkejut dengan layanan yang buruk orang kulit putih Amerika terhadap rakan-rakan pekerja ladang mereka yang berkulit hitam.
Seorang askar Jerman yang merupakan petani dalam kehidupan awamnya, menyatakan bahawa orang Afrika-Amerika perlu memetik dua hingga tiga kali ganda lebih banyak kapas yang diperlukan.
Pada waktu itu, Huntsville sedang menjalankan program pendidikan semula untuk tahanan Jerman, dan situasi yang dihadapi orang Afrika-Amerika membuat orang Jerman merasa curiga terhadap negara yang terkenal dengan julukan sebagai “ tanah kebebasan” itu.
Menurut sejarawan Matthias Reiss, “mereka diajar apa itu makna ‘demokrasi’ sementara di selatan negara itu tidak ada warga kulit hitam yang berani berjalan bersebelahan dengan orang kulit putih Amerika.”
Sebagai sebahagkan dari program pendidikan semula, para tahanan N4zi juga ditayangkan filem-filem propaganda yang menunjukkan tenter4 Bersekutu membebaskan kem konsentrasi. Gerhard Hennes, salah seorang tahanan mendakwa dia melihat rakaman timbunan m4y4t dalam keadaan tel4njang, tahanan Yahudi yang mati kebuluran, tanah perkuburan yang besar.
Dia juga melihat ketuhar di mana puluhan ribu m4y4t telah dib4kar disitu. Mereka menonton dalam diam sambil berfikir, mereka menyangkakan mereka berjuang untuk bangsa dan negara tetapi tidak percaya tentang apa yang telah pemimpin mereka lakukan terhadap orang Yahudi, gipsi, tahanan per4ng dan ramai lagi bangsa yang dianggap lebih rendah atau boleh dihapvskan begitu sahaja.
Sukar untuk mereka percaya apa yang dipertontonkan kepada mereka, dan ramai juga yang menolak untuk menerima kebenaran dari apa yang mereka lihat. Bekas tahanan, Herman Daumling teringat ketika dia menonton filem itu sambil menafikan, “Tidak ada sesiapa yang sanggup melakukan pebuatan itu.”
Walaupun fakta tentang kem konsentrasi adalah rahsia yang telah terbuka, tetapi tenter4 Jerman mendakwa bahawa tidak ramai yang tahu mengenai penghapvsan etnik yang meragut nyawa 6 juta orang Yahudi dan 5 juta bangsa yang lain yang dianggap tidak diinginkan oleh N4zi.
Setelah mendengar laporan berita dari radio Amerika, barulah akhirnya sedikit sebanyak berjaya meyakinkan Daumling bahawa filem-filem itu bukan propaganda yang palsu, tetapi hakikat yang tidak terpuji, namun, dirinya dianggap sebagai terkecuali. Kurang dari separuh tahanan Jerman mula percaya bahawa Holoc4ust adalah kejadian sebenar pada saat berakhirnya per4ng, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Ribuan bekas tahanan dari Jerman kembali semula ke Amerika Syarikat selepas per4ng, termasuk Hennes. Sejarawan Arnold Krammer menganggarkan kira-kira 8,000 POW memutuskan untuk kembali ke A.S.
Mereka biasanya mengahwini wanita Amerika dan kebanyakannya ditaja oleh penduduk tempatan untuk memenuhi syarat menjadi warganegara, termasuklah bekas petani yang pernah bekerja untuk ladang mereka.
Bekas tahanan yang tidak berhijrah ke Amerika Syarikat ramai yang tetap berkunjung ke Texas untuk mengadakan ‘reunion’ dengan rakan-rakan petani yang pernah bekerja bersama mereka. Mereka menganggap sepanjang tempoh mereka sebagai tahanan per4ng di Texas sebagai ‘saat terhebat’ dalam hidup mereka.
RUJUKAN:
Copeland, Susan, (2011). Foreign Pris0ners of W4r, The New Georgia Encyclopedia.
George G. Lewis; John Mehwa (1982). History of Pris0ner of W4r Utilization by the United States 4rmy 1776-1945. Center of Milit4ry History, United States 4,rmy.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih