Kebiasaannya, sebut saja kam.ika.ze, ramai tahu ini taktik terdesak Jepun semasa Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII). Menerusi taktik berkenaan, juruterbang akan cuba mengambil nyawanya sendiri sambil memus.na.hkan mana-mana aset ten.te.ra Bersekutu sama ada kapal pe.ra.ng, kapal pengangkut pesawat atau pesawat penge.b.om. Tetapi tidak ramai tahu, Jerman juga melakukan perkara sama pada hari-hari terakhir WWII.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Selepas Amerika Syarikat menyertai usaha pe.ra.ng pihak Bersekutu pasca-Pearl Harbor, antara aset yang digerakkan ke Jerman ialah pesawat-pesawat penge.b.om. Dan kemus.na.han yang ditinggalkan mereka amat dahsyat seperti disaksikan penduduk Dresden pada Februari 1945 dan penduduk Hamburg pada 1943. Amat jelas bagi Ten.te.ra Udara Jerman (Luftwaffe) ketika itu, pesawat-pesawat ini merupakan an.ca.man terbesar kepada ruang udara Jerman.

Luftwaffe sudah menggunakan pelbagai cara untuk menghalang kempen penge.bo.man besar-besaran pihak Bersekutu dari me.ri.am anti-pesawat hinggalah unit udara mereka tetapi tidak berhasil. Walaupun berdepan masalah kekurangan bekalan bahan api dan juruterbang terlatih, Luftwaffe masih berupaya menghantar misi sekali-sekala untuk mengganggu misi penge.bo.man pihak Bersekutu terutama pada bulan terakhir WWII. Bagaimanapun, kebiasaannya, semua pesawat ini dite.mb.ak jatuh oleh pesawat-pesawat pengiring misi berkenaan.

Terdesak, Jerman akhirnya berpaling kepada teknik sekutu mereka di sebelah timur iaitu ka.mi.ka.ze. Caranya mudah, semua kelengkapan dalam pesawat dibuang termasuk se.nj.ata untuk mengurangkan berat. Dari situ, juruterbang akan terbang menjunam ke arah sasaran dan melanggar pesawat yang disasarkan dengan kipas pesawat dijadikan sebagai ger.ga.ji sebagai alat pemo.to.ng pesawat musuh sebelum melarikan diri. Ini didedahkan oleh Adrian Weir dalam bukunya, The Last Flight of Luftwaffe.

Mungkin ada merasakan teknik sebegini sebagai tidak masuk akal dan gi.la. Tetapi semasa WWII, teknik melanggar pesawat bukan sesuatu yang baru dan dilakukan baik pihak Jerman mahupun pihak Bersekutu seperti Kesatuan Soviet. Penulis tidak terkejut idea ini timbul dalam kalangan pemimpin Luftwaffe selepas melihat banyak pesawat mereka menjadi mangsa pihak Soviet semasa hari-hari awal Operasi Barbarossa.

Begitupun, prospek juruterbang ini terselamat daripada teknik sebegini amat tipis. Pertama, kebanyakan juruterbang yang dipilih dari Sonderkommando Elbe merupakan juruterbang berpengalaman dan terlatih. Kedua, pesawat yang digunakan iaitu Me-109 dan Me-262 tidak mempunyai kerusi lenting yang membolehkan mereka keluar dengan pantas, apatah lagi dalam pesawat yang rosak. Ketiga, prospek terselamat daripada semua ini amat nipis.

Di sebalik semua itu, pihak Jerman melihat ini sebagai satu usaha yang berbaloi. Ia diharap dapat menghentikan seketika kempen penge.bo.man AS selepas melihat pesawat-pesawat mereka menjadi mangsa am.uk.an juruterbang-juruterbang Luftwaffe.

Teori tersebut diuji pada 7 April 1945. Dalam buku tersebut, Weir menceritakan 200 juruterbang Luftwaffe diarah terbang ke udara dengan pantas. Rancangan mereka mudah, unit-unit konvensional mereka mensasarkan pesawat-pesawat penge.b.om dan unit-unit Me-262 mengganggu pesawat-pesawat pengiring AS. Dengan gangguan dari semua arah, juruterbang Sonderkommando Elbe boleh mensasarkan mana-mana pesawat dengan bebas tanpa sebarang an.ca.man.

Walaupun 120 pesawat saja yang berupaya melanggar pesawat-pesawat pihak Bersekutu, kesan taktik ini amat menakutkan krew misi penge.bo.man. Weir menambah krew misi menggambarkan se.ra.ngan tersebut sebagai bunyi yang kuat disusuli dengan bunyi kipas berpusing bak ger.ga.ji yang memo.to.ng bahagian pesawat mereka. Dan yang ajaibnya, juruterbang Jerman yang menye.ra.ng mereka terselamat daripada perbuatannya itu.

Bagaimanapun, pada akhirnya, taktik tersebut dianggap tidak menjadi. Pada hari itu, 47 pesawat Sonderkommando Elbe menjadi mangsa pesawat-pesawat pengiring dengan pesawat-pesawat penge.b.om berjaya menjatuhkan enam buah pesawat. Bagi Luftwaffe pula, 13 pesawat penge.b.om AS menjadi mangsa mereka tetapi itu masih tidak mencukupi.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Pada akhirnya, teater WWII di Eropah berakhir dengan Jerman menyerah kalah pada Mei 1945 dengan Jepun menyusul beberapa bulan kemudian. Pada Weir, teknik ka.mi.ka.ze bukan saja satu idea yang tidak munasabah dan terdesak. Malah, ia sebenarnya memperlihatkan kegagalan perancangan pe.ra.ng yang baik di pihak Jerman termasuk dari segi kempen udaranya.

RUJUKAN:

Peck, M. (2021). Like Imperial Japan, CENSORED Germany Also Had Ka.mi.ka.ze Pilots. National Interest.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.