Beberapa minggu lepas, negara dikejutkan dengan satu penemuan menarik membabitkan fosil tu.la.ng dan ten.gko.rak manusia di Bukit Keteri, Perlis. Usia fosil-fosil ini dianggarkan sekitar 5,000 hingga 10,000 tahun. Selain fosil-fosil ini, pakar-pakar dari Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan bantuan kerajaan negeri Perlis dan Persatuan Pendaki Negeri Perlis turut menemui lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.

Rajah 1: Contoh lukisan gua yang ditemui di Gua Semadong. Sumber: Aizat Sharif/NSTP

Penemuan-penemuan ini merupakan penemuan arkeologi signifikan terbaru negeri itu. Sebelum ini, Perlis turut merekodkan penemuan fosil batang kayu berusia 280 juta tahun di Bukit Chondong, Kangar pada 2015. Selain itu, pakar-pakar arkeologi turut dua penemuan fosil cengkerang laut (saccostrea cucculata) berusia 7,000 tahun pada 1998.

Kedua-dua fosil ini ditemui di tempat berbeza. Satu dijumpai di Gua Bukit Kubu, Kuala Perlis dengan satu lagi fosil ditemui di Kampung Binjai di Utan Aji. Dan siapa sangka, negara turut mempunyai fosil mamot berupa fosil gigi. Fosil gigi mamot ini djumpai di Kampung Kok Kelang pada tahun sama.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Penemuan fosil rangka manusia di Bukit Keteri dan lukisan dinding gua di Gua Semadong sememangnya mengujakan komuniti arkeologi tempatan. Menurut Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Mohd Azmi Mohd Yusof, Perlis yang kaya dengan formasi batu kapur menjanjikan pelbagai artifak menarik. Dan ini amat membantu dalam menghasilkan dan menyusun mengikut kronologi sejarah.

Misalnya, penemuan pelbagai artifak sekitar kawasan formasi batu kapur Perlis menunjukkan ia telah diduduki antara 5,000 hingga 10,000 tahun yang lalu. Selain rangka manusia, terdapat gambaran  lukisan gua menggambarkan haiwan seperti mawas, ular, lembu dan gajah serta gambaran manusia. Kebanyakan lukisan ini dibuat pada zaman proto sejarah.

Rajah 2: Rangka manusia yang ditemui di Bukit Keteri pada Oktober lepas. Sumber: Aizat Sharif/NSTP

Andaian ini dibuat berdasarkan perbandingan awal penemuan terbaru dengan penemuan arkeologi sebelumnya di Perlis. Ini termasuk gua di kawasan Bukit Chuping, Bukit Tegun Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul yang digunakan sebagai tapak pengebumian masyarakat Neolitik. Ini berdasarkan penemuan artifak yang selalunya dikaitkan dengan perkuburan masyarakat itu.

Tambah Mohd Azmi lagi, penemuan kalam semah atau ‘votive tablet’ di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang yang mempunyai imej Avaloketisvara dan Bodhisattva serta teks suci Buddha menunjukkan kepentingan Perlis kepada perkembangan proto sejarah di negara ini.

Analisis artifak mendapati Perlis merupakan laluan perdagangan dan jalan utama digunakan masyarakat pra-sejarah. Masyarakat ini kemudiannya berevolusi dan berkembang daripada sudut sosio-budaya, ekonomi, sains dan teknologi ketika zaman proto sejarah. Tambah beliau lagi, penemuan seperti alat batu ‘sumatralith’ juga membuktikan wujudnya kebudayaan Hoa Binh di Perlis.

Selain itu, terdapat banyak bukti masyarakat mengamalkan kebudayaan zaman Neolitik juga banyak ditemui di gua di sekitar Perlis. Antara artifak yang dijumpai pengkaji arkeologi seperti tembikar tanah,beliung, kapak batu bergilap dan gelang batu.

Selain rangka manusia, pasukan pengkaji JWN turut menemui beberapa tu.la.ng yang tidak dikenalpasti jenisnya. Mereka berspekulasi tu.la.ng-tu.la.ng ini merupakan tu.la.ng haiwan yang ditanam bersama dengan si ma.ti. Justeru, analisis sedang dijalankan bagi mengenalpasti haiwan yang ditanam dalam kubur-kubur ini.

Berikutan penemuan fosil cangkerang laut di beberapa kawasan di Perlis, ia memberi petunjuk kepada diet orang-orang era Epi Paleolitik. Ini berdasarkan penemuan kulit siput jenis broatia costula dan broatia spinosa yang terdiri daripada pelbagai saiz. Siput sungai ini berkemungkinan dijadikan sebagai sumber makanan utama mereka pada ketika itu. Ini selain daripada haiwan buruan dan aktiviti pemungutan hasil hutan yang dibuat masyarakat pra-sejarah.

Ketika ini, JWN sedang sibuk mewartakan kawasan-kawasan ini agar dapat dipulihara. Dari situ, ia berpotensi sebagai tarikan baru pelancongan di negeri Perlis. Tambah Mohd Azmi, sekiranya pewartaan tidak berdepan sebarang bantahan, maka ia akan dilaksanakan dengan segera. Ini bagi membolehkan kawasan-kawasan ini dilindungi daripada aktiviti tidak bertanggungjawab seperti pence.ro.bohan dan vandalisme.

Rajah 3: Pewartaan kawasan-kawasan arkeologi perlu dilakukan segera bagi melindungi nilai sejarah yang terlalu bernilai harganya kepada negara. Sumber: Aizat Sharif/NSTP

Dan bagi memastikan mereka tidak tertinggal sebarang artifak di kawasan formasi batu kapur Perlis, JWN bersedia mengadakan kerjasama dengan pelbagai institusi termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dua institusi ini berpengalaman mengendalikan kerja-kerja arkeologi dan boleh menyusun maklumat yang ditemui mengikut kronologi sejarah dengan tepat.

RUJUKAN

Sharif, A. (2021, 14 Oktober). Ten.gko.rak manusia berusia 10,000 tahun ditemui di Bukit Keteri, Perlis. Berita Harian.

Sharif, A. (2021, 1 November). Perlis ‘bumi’ prasejarah. Berita Harian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.