Sejak beberapa hari lepas, pengguna internet tidak henti berbicara tentang pertukaran nama Facebook kepada Meta dan idea dunia meta yang dibawa Mark Zuckerberg. Tetapi di China, Tencent sedang bersiap sedia untuk merealisasikan impian sama.

Tencent merupakan pencipta platform permainan Roblox yang membenarkan penggunanya mencipta dunia maya. Ketika ini, Tencent sibuk merekrut pembangun-pembangun permainan bagi menghasilkan permainan baru yang bersifat futuristik dan boleh dirasai pemain. Malah, Tencent juga telah mendaftar beberapa cap dagang yang ada kaitan dengan dunia meta untuk aplikasi sosial dan muzik di China.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Dari satu segi, Tencent sebenarnya berada pada kedudukan terbaik untuk merealisasikan dunia meta persis Ready Player One. Selain mempunyai kedudukan kukuh dalam laman media sosial, syarikat merupakan teras kepada empayar perniagaan yang luas.

Bagi memberi pemahaman kepada para pembaca tentang kelebihan Tencent, lihat naratif ini. Anda bina avatar 3D di aplikasi chat QQ dan menggunakannya untuk panggilan secara langsung dengan rakan-rakan sekerja di Tencent Meeting.

Selepas bekerja, avatar anda pergi ke permainan PUBG Mobile dan memenangi tiket konsert maya di Kugou Music. Kemudian, anda perasan tarikh konsert bercanggah dengan jadual temujanji anda. Lantas, anda menjual tiket tersebut di WeChat di mana pertukarannya ialah menukar gaya potongan rambut avatar anda. Semua ini boleh berlaku kerana Tencent mengawal semua aset diperlukan untuk dunia meta.

Begitupun, Tencent perlu menyelesaikan beberapa isu sebelum idea dunia meta mereka dapat direalisasikan. Pertama, platform Roblox China tidak dapat diintegrasikan operasi dengan platform globalnya. Tetapi itu boleh diselesaikan dengan membentuk lubang pada dunia meta bagi menyambung kedua-dua platform.

Bagi Facebook pula, mereka pasti akan berdepan masalah sama seperti Tencent. Jika Zuckerberg mahukan dunia metanya menjadi realiti, langkah sama perlu diambil. Caranya ialah dengan mengambil firma tempatan untuk mengisi kelompangan berbentuk China itu pada dunia meta yang dibangunkan.

Kedua dan paling penting, sanggupkah China memberi lampu hijau kepada usaha ini? Usah terkejut, jawapannya adalah ya. Ini berdasarkan satu kajian yang dibuat institut pemikir kerajaan yang menggesa idea dunia meta diselidik atas alasan isu keselamatan negara.

Dalam kertas sama, institut tersebut menggesa China bersedia menetapkan standard etika dan teknologi untuk dunia meta. Ini termasuk bersedia dengan cabaran pelaburan wang haram dan perlindungan hak intelek. Jika ini direalisasikan, Tencent pasti akan dijulang sebagai contoh terbaik sektor teknologi China.

Tetapi pada akhirnya, dunia meta bukan berkisar kepada satu syarikat atau satu negara semata-mata. Dunia meta ialah dunia di mana realiti dan dunia digital bergabung dengan mendapat sokongan pembangun-pembangun dan entiti-entiti perniagaan. Tidak kira siapa membinanya, usaha untuk merealisasikannya masih lagi memakan masa.

RUJUKAN

Huang, Z. (2021, 2 November). In the Metaverse, It Could Be Meta vs. Tencent. Bloomberg.

Sumber gambar: Qilai Shen/Bloomberg


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.