Semua orang tahu tentang tempura. Ia termasuk tiga makanan utama Jepun bersama ramen dan sushi. Tapi, tahukah anda yang sebenarnya tempura ini bukanlah makanan asli Jepun?

Ya, ia sebenarnya asli dari Jepun itu meskipun hari ini ia sangat popular di Jepun. Sekitar abad ke-16, pada era Muromachi, mubaligh Kristian dari Portugis tiba di Jepun. Dan, para mubaligh inilah dikatakan telah memperkenalkan kaedah menggoreng makanan dengan mencelupnya dalam adunan tepung.

Perkataan tempura itu sendiri dikatakan berasal daripada tradisi para mubaligh berkenaan yang makan makanan laut, atau dalam bahasa Latinnya disebut sebagai ‘ad tempora cuaresmae.’ Malah, ada juga catatan yang menyebut perkataan tempura berasal daripada bahasa Portugis, iaitu tempero (barang dapur).

Jika diikutkan dari segi sejarah, sejak zaman sebelum era Edo lagi, orang di Jepun sudah membuat gorengan daripada adunan ikan yang dilumatkan bersama tepung. Dan tempura ini adalah satu bentuk gorengan baharu untuk makanan laut dan sayur-sayuran.

Adunan tepung untuk tempura ini dikenali sebagai koromo, dan ia diumpamakan seperti ‘baju’ yang membungkus bahan makanan. Biasanya, adunan ini adalah campuran tepung gandum berprotein rendah (yang disejukkan dahulu), telur (yang dipukul) dan air batu. Jika tempura dibuat di rumah, ia turut dicampur dengan soda bikarbonat dan bahan penaik yang lain.

Pada sekitar abad ke-17, apabila tempura masuk ke Kyoto dan Osaka (wilayah dikenali sebagai ‘Kamigata’), adunan ini dipanggil sebagai tsukeage. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran sebagai bahan utama, yang ada kaitannya dengan agama Buddha yang melarang sumber makanan daging.

Pada zaman Edo, tempura menjadi makanan rakyat yang dijual di kaki lima dengan harga berpatutan. Disebabkan tempura digoreng dengan minyak yang banyak, maka, ia sangat sesuai untuk jualan di kaki lima. Ketika itu, bahan utamanya adalah makanan laut kerana mudah didapati dan minyak bijan digunakan untuk menghilangkan bau hanyir makanan laut.

Pada hari ini, penyediaan tempura dibuat tanpa sempadan cara ia dihidangkan bergantung pada pendekatan dan idea pemilik restoran dan cef. Setelah berkembang menjadi seperti hari ini daripada teknik yang dibawa ke Jepun dari Barat, tempura terus popular di Jepun dan luar negara kerana kreativiti daripada orang Jepun dalam menghasilkannya.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.