Sekiranya tercetusnya wabak Zombie, tentu anda telah mula merancang untuk menyelamatkan diri. Sekiranya anda dipengaruhi oleh filem, tentu ada mempunyai kecenderungan untuk berlindung di pasaraya dalam usaha untuk berlindung daripada serangan zombie.

Pasaraya biasanya lengkap dengan pelbagai keperluan yang kita perlukan. Makanan, pakaian, tandas serta peralatan-peralatan yang sesuai untuk membunuh zombie. Tambah lagi, pada saat-saat inilah anda mampu merasai guna barang-barang dan makan makanan yang mahal-mahal dengan percuma.

Pada tahun 2015, sebuah pasukan statistik dari Cornell University telah membentuk sebuah model bagi menggambarkan bagaimana wabak zombie merebak ke seluruh U.S. bagi memahami penyebaran wabak tersebut. Menurut mereka, tempat yang paling selamat untuk berlindung adalah di kawasan yang kurang penduduknya – Pergunungan Northern Rocky di sekitar Montana atau Kanada berkemungkinan tempat yang paling  terbaik untuk bersembunyi.

Wabak zombie mengambil masa sekitar sebulan untuk merebak pada skala yang besar di seluruh New York. Maka, dalam tempoh tersebut, anda mempunyai masa yang cukup untuk merancang perjalanan anda untuk menyelamatkan diri.

Menurut mereka, berdasarkan dinamik penyakit zombie tersebut, wabak zombie akan lebih perlahan penularannya apabila zombie mula menceroboh kawasan yang sikit populasinya kerana mereka tiada manusia untuk digigit.

Kawasan yang padat dengan penduduk seperti bandar kota adalah tempat yang paling cepat runtuh dilanda wabak zombie. Model tersebut meramalkan, wabak zombie mengambil masa hanya seminggu untuk menular di kawasan yang tinggi populasinya dan mengambil masa sebulan untuk menular ke pergunungan utara.

Anda kena pertimbangkan juga jenis-jenis zombie yang dihadapi. Tidak semua zombie itu sama. Ada yang mampu berlari dengan laju dan ada yang hanya mampu bergerak dengan perlahan. Ada yang mempunyai kemampuan memanjat, ada yang tidak dan sebagainya.

Simulasi yang dijalankan mengambil kira anggaran 300 juta manusia dan setiap orang dianggap sedang berada dalam 1 daripada  4 keadaan, sama ada manusia, dijangkiti, zombie atau zombie mati.

Simulasi ini menjejak penyebaran wabak berdasarkan interaksi rawak antara 300 juta manusia ini. Interaksi tersebut termasuk zombie menggigit manusia ataupun manusia membunuh zombie. Akhirnya, penyelidik dapat menetapkan tempat yang paling lambat untuk wabak ini menular.

Simulasi yang dilakukan ini mungkin nampak kolot tetapi Pentagon dan U.S. Centres for Disesease Control telah menggunakan senario wabak zombie ini sebagai model untuk membantu mereka membangunkan program latihan persediaan menghadapi wabak penyakit.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/there-s-actually-a-safest-hideout-in-a-zombie-apocalypse-according-to-statistics
  2. Alemi, A. A., Bierbaum, M., Myers, C. R., & Sethna, J. P. (2015). You can run, you can hide: The epidemiology and statistical mechanics of zombies. Physical Review E92(5), 052801.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.