Dalam sejarah Cina, direkodkan bahawa Dinasti Song Utara (960-1127M) berp3rang selama 200 tahun dengan Dinasti Liao dan Dinasti Jin, yang pada masa itu masing-masing diperintah oleh bangsa minoriti dari Wilayah-Wilayah Utara Cina, iaitu Khitan dan Jurchen. Dataran Utara Cina merupakan tanah rata yang terbentang luas, tanpa gunung-ganang mahupun sungai yang boleh digunakan untuk membantu dalam mempertahankan diri daripada s3rangan pihak di utara. Maka bagaimana, Dinasti Song yang lebih lemah berupaya untuk bertahan buat tempoh masa yang panjang?

LALUAN-LALUAN P3RANG PURBA YONGQING

Pada musim panas tahun 1948, kampung Yongqing, wilayah Hebei mengalami bencana banjir besar yang membadai pantas ke seluruh pekan. Penduduk tempatan bergegas melarikan diri ke tempat yang selamat sejurus mendengar bunyi bising. Namun, haluan banjir tiba-tiba saja berubah dan tidak lama kemudian, paras air banjir surut dengan banyak. Beberapa tempoh kemudian, di bahagian barat laut pekan, penduduk tempatan mendapati bahawa air banjir itu pada hakikatnya dialihkan haluannya oleh laluan bawah tanah.

‘Sungai Kuning Melepasi Laluannya’ oleh Ma Yuan

Pada tahun 1951, sebuah rumah yang terletak kira-kira 2.5 km dari pekan Yongqing tiba-tiba sahaja runtuh dan mendedahkan sebuah gua bawah tanah yang berkeluasan sekitar 150 meter persegi. Di dalam gua itu terdapat berdozen-dozen pintu kecil, yang setiap satunya membawa kepada sebuah laluan. Di dalamnya terdapat pondok-pondok kecil, lengkap dengan lilin-lilin yang telah separuh terbakar dan lampu-lampu di atas katil-katil batu yang boleh dihangatkan.

Selepas melakukan penyelidikan lanjut, pakar mendapati bahawa laluan-laluan p3rang purba terbentang di seluruh Wilayah Yongqing, meliputi kawasan yang luasnya kira-kira 300 km persegi.

SIAPAKAH YANG MEMBINA LALUAN-LALUAN P3RANG PURBA INI DAN BILAKAH IA DIBINA?

Pakar mendapati bahawa laluan-laluan p3rang purba Yongqing ini dibina secara meluas. Pada hakikatnya, ia merupakan sebuah binaan berskala besar yang digunakan untuk menempatkan tentera pada waktu-waktu p3rang. Struktur gua-guanya sangat rumit namun sempurna, dengan dilengkapi fasiliti ketenteraan seperti laluan keluar yang palsu, pintu keluar dan gerbang-gerbang berkunci. Fasiliti petempatan tentera juga turut ditemui; misalnya lubang-lubang pengudaraan, lampu-lampu diri dan katil-katil batu yang boleh dihangatkan.

‘Batu-batu biru’ yang digunakan untuk membina laluan-laluan ini bersaiz 30x16x8 cm kubik. Batu jenis ini dihasilkan daripada tanah bakar yang dipanaskan pada suhu yang tinggi sekaligus menjadikannya sangat padat dan kuat. Pengunaan fasiliti-fasiliti sebegini mengisyaratkan wujudnya sebuah rangkaian bawah tanah yang terancang rapi dan maju.

Patung ketenteraan, Dinasti Song Utara, kurun ke-11

Penyelidikan lanjut mendedahkan bahawa batu-batu biru yang ditemui di Wilayah Yongqing ini sama seperti batu yang ditemui di laluan-laluan bawah tanah di Qigang, Wilayang Xiong dari zaman Dinasti Song. Penghasilan dan penyelenggaraan rangkaian bawah tanah yang sebesar ini memerlukan bekalan batu ini dalam jumlah yang besar. Dipercayai bahawa laluan-laluan p3rang purba ini dibina sebagai sebahagian daripada projek berskala negara dan ia pembinaannya diselia pada peringkat negara oleh pemerintah pada waktu itu.

LALUAN-LALUAN INI TERBENTANG SEJAUH 16000 KM PERSEGI

Pakar telah melakukan penggalian ke atas laluan-laluan p3rang yang sama di Yongqing, wilayah Xiong dan Bazhou. Laluan-laluan p3rang purba ini terbentang sejauh kira-kira 65 km dari timur ke barat, dan 25 km dari utara ke selatan, yang secara keseluruhannya meliputi kawasan seluas 1600 km persegi. Ketika sempadan barat antara Dinasti Song dan Dinasti Liao berada di sejauh wilayah Rongcheng dan Xushui, pakar memperkirakan bahawa terdapat banyak laluan p3rang purba di kawasan itu. Ukuran jauh laluan-laluan p3rang purba ini dari Yongqing ke wilayah timur masih belum diketahui.

Tiada siapa tahu seberapa jauh laluan-laluan p3rang purba ini terbentang ke timur dari Yongqing

MENYEMBUNYIKAN TENTERA DI DALAM LALUAN-LALUAN P3RANG PURBA DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA

Dalam banyak-banyak legenda yang ada berkenaan rangkaian bawah tanah ini, terdapat satu legenda yang menyatakan bahawa laluan-laluan p3rang purba ini dibina oleh Panglima Yang dan keluarganya; sebuah keluarga yang melahirkan tiga orang panglima hebat dalam tiga generasi. Legenda lain pula menyatakan bahawa Panglima Yang Liulang menggunakan laluan-laluan bawah tanah ini untuk mempertahankan sempadan. Pada masa itu (960-1127M), tentera-tentera Dinasti Liao mengawal wilayah utara Yongqing dengan ketat. Dicatatkan bahawa Yang Liulang membina laluan-laluan ini untuk menyembunyikan pasukan tentera di bawah tanah. Dengan demikian, mereka dapat segera mempertahankan diri tatkala menghadapi s3rangan yang dilancarkan oleh pasukan tentera Liao.

‘Empat Panglima Zhongxing’ oleh pelukis Dinasti Song Selatan, Liu Songnian (1174-1224)

Pakar berpendapat bahawa laluan-laluan bawah tanah ini berkemungkinan digunakan sebagai markas untuk melancarkan s3rangan semasa meletusnya p3rang di zaman Cina purba. Sebagai maksud pertahanan, merentas tahun, pihak pemerintah membina tembok-tembok besar di kawasan pergunungan atau kawasan yang berhampiran denan sungai dan tasik dengan tujuan untuk menghalang kemaraan pasukan tentera berkuda musuh.

Namun di dataran terbuka, di mana sukar untuk memanfaatkan permukaan bumi bagi maksud pertahanan, kewujudan terowong bawah tanah dapat membolehkan tentera-tentera bergerak di bawah tanah tanpa dilihat oleh musuh. Laluan-laluan p3rang purba menjadi suatu sistem pertahanan yang masyhur lantaran kelebihan yang ia berikan, sama ada semasa mempertahankan diri mahupun melancarkan s3rangan. Justeru, ia digelari sebagai ‘Tembok Besar bawah tanah’.

TERJEMAHAN:

Epoch Times. (29 Mac 2018). Hidden For a Thousand Years – China’s “Underground Great Wall”. Ancient Origins https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/hidden-thousand-years-chinas-underground-great-wall-009814?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.