Memandangkan kami ada sentuh tentang anime bukan hanya untuk kanak-kanak, jadi saya nukilkan artikel ini, khas untuk peminat anime dalam kalangan admin-admin The Patriots sendiri dan juga pengikut kami.

Fullmetal Alchemist Brotherhood (FMAB), antara anime yang sangat epik dalam kalangan komuniti peminat anime. Masakan tidak kerana rating FMAB adalah antara yang tertinggi dalam kalangan komuniti anime! Muzik yang power, animasi yang cantik (kudos to Bones) dan plot yang bagus, semua itu adalah resepi bagi cerita yang menarik. Namun, ramai yang tak tahu anime ini padat dengan falsafah-falsafah yang berat seperti falsafah Nietzsche, Descartes dan Plato. Ada sebab kenapa penulis dan pelukis FMAB, Hiromu Arakawa ambil masa selama 7 tahun untuk buat masterpiece ini.

Anime ini berkenaan pengembaraan adik-beradik Elric, Edward (Ed) dan Alphonse (Al) dalam mencari jalan untuk kembalikan tubuh mereka dan konspirasi poltik yang ditemukan oleh mereka.

TEMA 1: Ubermensch, manusia super.

Dalam falsafah Nietzsche, beliau telah memperkenalkan watak Zarathusta ( Thus Spoke Zarathusta) yang merupakan seorang pendeta/nabi. Kalau anda ada ikut penulisan saya sebelum ni, saya ada terangkan tentang kelas Moraliti Hamba dan Moraliti Tuan. Moraliti Hamba ialah herd morality, mereka yang memilih untuk menjadi pasif tanpa berfikir secara rasional berkenaan impaknya terhadap moraliti. Conformist. Moraliti hamba ialah mereka yang cuba memberi makna tentang kehidupan, mencipta nilai murni dan membawa peradaban manusia ke arah yang lebih baik. Non–conformist. Zarathusta membicarakan tentang Tuhan itu sudah mati. Sekiranya Tuhan sudah mati, maka moraliti apakah yang patut kita ikut? Itulah persoalan Zarathusta. Mereka yang memilih untuk bermoraliti Tuan inilah Ubermensch.

Dalam dunia FMAB, salah seorang daripada golongan Ubermensch itu ialah Father, watak antagonis utama. Father, secara literalnya, cuba untuk menjadi Tuhan. Asalnya Father ini hanyalah entiti lemah, namun menjadi lebih kuat setelah menyerap lebih 500,000 roh manusia sebagai Philosopher’s Stone. Hal ini secara tak langsung menjadikan Father sebagai makhluk kekal abadi. Dalam usaha untuk menjadi Tuhan, Father telah membuang segala sifat dan kehendak manusia dalam dirinya, melahirkan Homonculus, dan juga menjadi Ubermensch
dengan mencipta nilai moraliti yang baru.

Selain daripada Father ialah Ed. Ed asalnya ialah kanak-kanak yang naïf (lemah) dan disebabkan kenaifannya, jasad dia dan Al menjadi mangsa. Dalam pengembaraannya, Ed melihat bermacam tragedi dan kebahagian dan daripada ini moraliti Ed dicipta. Berlainan dengan Father, Ed memilih untuk menolong manusia sekaligus menjadikan Ed seorang Ubermensch yang sebenar. Antara tugas Ubermensch menurut Zarathusta ialah untuk menolong manusia ke arah yang lebih baik. Di akhir cerita, Ed dengan bantuan orang ramai berjaya kalahkan Father yang sudah berjaya bersatu dengan Tuhan.

Nota kaki:

– Zarathusta dalam falsafah Nietzsche bukanlah Zarathusta dalam agama Majusi.

– Antara Ubermensch yang diiktiraf oleh Nietsche ialah Nabi Muhammad disebabkan budaya Islam yang tinggi dan juga usaha Nabi dalam melawan kezaliman orang Arab zaman tu. Selain itu ialah Gautama Buddha dan Nabi Isa.

TEMA 2: Dualiti jasad-minda dan keabadian roh.

Menurut ahli falsafah Rene Descartes, jasad dan minda ialah dua entiti yang berbeza. Descartes berpendapat bahawa minda mampu hidup di luar jasad dan badan tak mampu berfikir. Jasad dan minda bersifat antagonistik terhadap masing-masing tapi mampu bekerjasama.

Tema ini kita dapat lihat apabila roh Al dijasadkan kepada baju besi setelah badannya hancur diambil Kebenaran. Sama juga seperti kes Ling dimana badannya menjadi jasad kepada roh Ling dan roh Greed. Greed pada asalnya mempunyai jasad namun telah dihancurkan oleh Fuhrer Bradley/Wrath sampai jadi Philosopher’s Stone ( roh Greed). Ini bermakna, roh itu abadi tapi bukan bagi jasad.

Tema ini mengingatkan saya tentang presentation RKA saya di UIA, berkenaan pengklonan manusia. Sahabat saya bertanya, sekiranya manusia berjaya diklonkan, adakah klon itu mempunyai personaliti yang sama seperti yang original? Jawapannya ialah tidak. Roh dan jasad itu berlainan. Memandangkan roh itu tunggal, unik dan abadi, maka personaliti klon itu akan jadi berbeza, sekalipun jasadnya 100% sama. Jasad akan hancur dan dibangkitkan kembali pada Hari Kiamat, tapi roh akan tetap menjadi unik dan abadi. Yang akan ditanya nanti bukanlah jasad, tapi roh di Hari Kiamat kelak.

TEMA 3: Kebenaran,Moraliti dan Keadilan Mutlak.

Kebenaran, atau Tuhan dalam dunia FMAB berfungsi untuk menjadi regulator kepada alkimia dan “ Equivalent Exchange”. Sekiranya ada makhluk yang cuba melakukan Transmutasi Manusia, makhluk ini akan dibawa ke pengadilan Kebenaran dan posesi paling berharga bagi makhluk itu akan dirampas. Father menganggap perkara ini ironik kerana Kebenaran memberikan pembalasan yang dahsyat kepada mereka yang melanggar prinsip Equivalent Exchange. Misalnya, tubuh dan roh Al dirampas kerana cuba untuk hidupkan ibunya, Izumi Curtis hilang rahim kerana cuba utuk hidupkan anaknya dan Father hilang kewujudan dirinya sebab cuba menjadi Tuhan.

Ironi ini sebenarnya bermaksud konsep kebenaran mutlak. Minda manusia ini mempunyai batas. Kita selama-lamanya takkan mampu untuk memahami kebenaran mutlak dan sekaligus moraliti mutlak. Ini bermakna, kita takkan mampu untuk memahami moraliti mutlak kepunyaan Tuhan, dan moraliti Tuhan ialah keadilan mutlak. Disebabkan itulah tindak tanduk Kebenaran FMAB ini ironik atas sebab kegagalan manusia dalam memikirkan dan ,memahami zat Tuhan.

TEMA 4: The Meaning of Life and Existentialism.

*Untuk segmen ini, saya akan berbahasa Inggeris. Payah nak diterjemah secara literal.

Izumi Curtis once asked the young Ed and Al about an existentialist question. What is the value of life? Both of them famously said: Life is valuable enough.

Life is painful, but if we managed to endure and endeavor against it, then we will realize how bountiful Life is. Ed, Al et al struggled against all the odds that can be fatal to them until they achieved their ultimate goal(s). They braved themselves against Death, meaning that they completely understood the meaning of Life. The meaning of Life depends on how meaningful Death is to us. Hence, only those who are near to Death are the closest to the meaning of Life. At the end of the day, as Death creeps in, we will realize that life is indeed valuable and meaningful enough.

TEMA 5: Perulangan Abadi, Eternal Recurrence.

*Tema ni sebenarnya berkait dengan Tema 4, tapi saya bezakan untuk senang baca.

Kembali kepada Nietzsche, beliau pernah bertanya: Apa yang anda akan buat kalau hidup ini akan berulang selama-lamanya? Adakah anda akan gembira atau sedih? Apakah yang akan anda lakukan kalau memang hidup ini sentiasa berulang? Maksud saya tentang perulangan ini ialah apabila kita mati, kita akan dihidupkan dengan setting yang sama seperti dulu. Sekiranya anda mati dengan sejarah hidup yang menyedihkan, maka pada kehidupan seterusnya anda akan dihidupkan dengan setting yang buat sejarah hidup anda sedih.

Menurut Arthur Schopenhauer, hidup sengsara dalam kitaran abadi ialah benda yang paling menyeksakan. Oleh itu, Nietzsche mengatakan bahawa sekiranya hidup kita menyedihkan, maka kita wajib memberi makna kepada kehidupan. Apabila kita hidup kembali, kita perlu tingkatkan lagi kualiti kehidupan kita.

Perkara ini dapat diperhatikan dalam watak Hohenheim, ayah Ed dan Al, asal Father dicipta dan seperti Father, Hohenheim juga memiliki lebih 500,000 nyawa manusia terkandung dalam jasadnya. Pada asalnya, Hohenheim menyumpah takdir dirinya sebab terpaksa hidup kekal abadi dengan kesengsaraan roh-roh yang mendiami tubuhnya.

Selepas beberapa abad, Hohenheim bertemu dengan seorang wanita yang mengajarnya unutk kekal positif dalam kehidupan. Wanita itu kemudiannya menjadi isterinya dan melahirkan Ed-Al. Bermula daripada sinilah Hohenheim bertekad untuk memberi makna pada hidupnya yang sentiasa berulang dan kekal abadi. Hasilnya, Hohenheim dengan bantuan roh-roh yang sebelum ini sengsara dalam kehidupan yang berulang, bekerjasama dalam mengalahkan Father. Akibatnya, Father gagal menjadi bersatu dengan Tuhan dengan sempurna. Hohenheim akhirnya mati dengan bahagia di hadapan kubur isterinya setelah berjaya memberi makna terhadap kehidupannya. Hohenheim mati kerana cas dan roh Philosopher’s Stone dia hanya tinggal satu, rohnya sendiri.

Tamat sudah analisis saya berkenaan anime Fullmetal Alchemist:Brotherhood. Kalau ikutkan saya masih tak puas hati lagi sebab banyak sangat elemen falsafah FMAB, jadi saya berhenti takat sini sahaja. Until next time!

Sumber:

1) Nietszche: A Complete Introduction, by Dr Joy Jackson

2) On the Genealogy of Morals and Ecce Homo, by Friedrich Nietzsche, trans. By Walter Kauffman

3) Beyond Good and Evil, by Friedrich Nietzsche, trans. By R.J. Hollingdale

4) Great Dialogues of Plato, trans. By W.H.D Rouse.

5) Power, by Bertrand Russell.

6) http://fma.wikia.com/wiki/Fullmetal_Alchemist:_Brotherhood

7) http://reasonandmeaning.com/…/james-rachels-on-what-makea-…/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply