Ahli-ahli arkeologi di Britain telah melakukan satu penemuan yang sangat jarang, namun sangat signifikan. Mereka berhasil menjumpai sebiji telur yang masih lengkap, berusia kira-kira 1700 tahun dan berasal dari zaman pemerintahan Empayar Rom. Ia merupakan satu-satunya telur sempurna dari era tersebut yang pernah ditemui di Kepulauan British. Penemuan jarang ini dianggap penting memandangkan ia memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang kepercayaan dan amalan ritual masyarakat Rom-Britain.

Penemuan ini dilakukan oleh Oxford Archaeology yang menjalankan penyelidikan di tapak pembangunan perumahan dan komuniti Berryfields yang terletak berhampiran Aylesbury, Buckinghamshire. Penyelidikan tersebut telah dijalankan selama sembilan tahun. Di tapak ini, mereka menemui sebuah “petempatan Zaman Besi pertengahan dan kawasan pertanian terpencil yang diperkirakan oleh ahli-ahli arkeologis sebagai petempatan Fleet Marston”, menurut Oxford Archaeology. Tapak ini terletak berhampiran sebuah jalan raya besar dan suatu masa dahulu, ia merupakan sebuah pusat perdagangan, pentadbiran dan pertanian yang penting.

TELUR DITEMUI DI SEBUAH BANDAR ROM

Sepanjang bertahun-tahun lamanya melakukan penyelidikan, para arkeologis berhasil menemukan banyak artifak yang mengagumkan, yang usianya menjangkau kurun pertama hingga kurun ke-4 Masehi, tempoh di mana tapak tersebut mula ditinggalkan. Antara barangan yang ditemui ini termasuklah syiling, tembikar dan barangan logam. Daily Mail melaporkan bahawa kesemua barangan ini memberikan maklumat yang lebih mendalam berkenaan “petempatan Fleet Marston yang sebelum ini hanya difahami menerusi penemuan tidak sengaja”.

Ahli-ahli arkeologi yang menjalankan penyelidikan di kawasan ini, yang agak berlopak dengan air, bertembung dengan sejumlah mendapan di sebuah lubang atau tapak yang diekskavasi. Barangan di sini kebanyakannya bersifat organik, justeru banyak yang telah hancur seiring peredaran masa. Antara barangan yang ditemui itu termasuklah kasut-kasut kulit, barangan kayu dan bakul rotan yang mungkin pernah digunakan untuk mengisi roti.

Tinggalan sebatang pokok dan timbunan kayu dari sebuah jambatan turut ditemui di sana. Edward Biddulph dari Oxford Archaeology menyatakan bahawa ‘lubang atau tapak arkeologi tersebut berkeadaan berlecak dan hal ini membantu dalam memelihara kebanyakan artifak organik yang tersembunyi di dalamnya,” lapor BBC.

Telur-telur ini ditemui di sebuah tapak Rom yang digenangi air

Antara barangan organik yang ditemui adalah empat biji telur, yang dimaklumkan ia adalah telur ayam. Kesemua telur ini ditemui dalam keadaan sempurna. Namun, ketika ia dipindahkan, tiga daripadanya telah pecah memandangkan keadaannya yang sangat rapuh. Telur-telur yang pecah itu mengeluarkan bau yang sangat busuk. Keadaan ini tidaklah menghairankan memandangkan usianya yang sudah terlalu tua.

TELUR-TELUR AYAM DARI ZAMAN EMPAYAR ROM

Namun, salah satu telur itu berjaya dipindahkan dengan selamat setelah diusahakan dengan penuh teliti dan cermat. Telur-telur ini dianggap penting memandangkan ia adalah satu-satunya kumpulan telur yang ditemui, sebelum ini di Britain, terutamanya dari tapak-tapak era Rom.

Ahli-ahli arkeologi berusaha untuk mengelak dari merosakkan telur ketika kerja-kerja pemindahan

TELUR PURBA DI PERIGI HAJAT ERA ROM

Ahli-ahli arkelogi berupaya menemukan satu-satunya telur ayam yang berkeadaan sempurna dari zaman Rom-Britain. Menemukan telur lengkap dari zaman lalu merupakan suatu perkara yang sanat sukar. Justeru, penemuan telur berusia 1700 tahun ini sangat mengagumkan. BBC melaporkan bahawa Biddulph menyatakan bahawa penemuan telur sempurna dan barangan organik lain itu sebagai sesuatu ‘yang menjangkaui jangkaan’.

Untuk memahami mengapa telur-telur ini dan juga barangan lain boleh berada begitu sahaja di tanah (tanpa disimpan dengan baik), kita terlebih dahulu perlu memahami di kawasan mana ia ditemui. Tapak tersebut diyakini pada suatu masa dahulu merupakan sebuah lubang yang dipenuhi air, yang mungkin memiliki fungsi yang sama seperti perigi hajat, di mana orang ramai akan mencampakkan barangan ke dalam lubang tersebut untuk memanjatkan hajat ataupun doa. Sebuah cermin Rom dan beberapa buah periuk turut ditemui di lokasi itu, bersama barangan organik lain.

Terdapat juga kemungkinan bahawa telur-telur dan bakul rotan yang ditemui itu merupakan makanan sembah korban yang diberikan kepada si mati, yang mungkin diutarakan sesudah selesainya upacara pengebumian. Perbuatan ini merupakan satu kelaziman dalam adat pengebumian di era klasik. Telur adalah satu simbolik yang tinggi, di mana masyarakat purba dan “dalam masyarakat Rom sendiri, telur dipercayai sebagai simbol kesuburan dan kelahiran semula”, menurut Daily Mail.

Tinggalan bakul oak dan willow turut ditemui di tapak sama di mana telur itu ditemui

Kerja-kerja ekskavasi ini didanai oleh syarikat pembinaan Berryfield Consortium. Galian tersebut selesai dilakukan pada tahun 2016 dan sepanjang tiga tahun yang lalu, para penyelidik melakukan penganalisaan ke atas sejumlah penemuan secara teliti dan cermat. Sebuah monograf yang “merincikan hasil-hasil kerja lapangan dan analisis bagi sejumlah besar artifak dan bukti lapangan,” telah pun disiarkan pada tahun ini, lapor Oxford Archaeology.Telur-telur ini dikaitkan secara khusus dengan Dewa Mercury dari Rom, dan Mithra dari Parsi. Telur-telur ini berkemungkinan diletakkan di dalam lubang berair tersebut untuk mendapatkan bantuan daripada salah satu dewa itu.

TERJEMAHAN:

Ed Whelan. (6 Disember 2019). 1700-year-old Intact Egg Found at Roman Site. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/roman-era-egg-0012961


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.