Bulan Julai 2022 ini adalah bulan yang penuh bersejarah dalam dunia penerokaan angkasa lepas. Ini kerana Teleskop Angkasa James Webb (JWST) telah berjaya merakam menangkap beberapa keping gambar entiti angkasa yang begitu indah sehingga merasa kedilnya kita jika berbanding dengan alam semesta. Mari kita imbas kembali gambar-gambar yang telah JWST tangkap. Gambar pertama ialah gambar timbunan galaksi dan bintang sejauh 13 billion tahun cahaya.

Gambar seterusnya ialah gambar Carina Nebula yang terletak 8,500 tahun cahaya dari Bumi. Rupanya seperti pergunungan dan lembah angkasa ini mempunyai begitu banyak bintang yang sedang dicipta.

Carina Nebula.

Seterusnya ialah data yang JWST telah korek dari atmosfera planet bernama WASP-96b. Teleskop ini berjaya menemui kandungan air dalam atmosfera tersebut. Gambar seterusnya ialah gambar bintang mati di Lingkaran Selatan (Southern Ring). Gambar terakhir ialah gambar galaksi bernama Stephan’s Quintet. Galaksi Stephan Quintet ialah gugusan lima galaksi sejauh 300 juta tahun cahaya. Galaksi ini ditemui oleh seorang sarjana Perancis bernama Édouard Stephan pada tahun 1877. Sejak JWST tangkap gambar galaksi ini, terdapat dua buah galaksi bertembung.

Galaksi Stephan’s Quintet.

Seminggu selepas JWST mengambil kesemua gambar, teleskop ini telah menemui galaksi yang usianya jauh melebihi 13.5 billion tahun. Ini bermakna pihak NASA menemui galaksi tertua dalam alam semesta! Galaksi tertua ini dipanggil dengan nama GLASS-z13, galaksi yang terbentuk pada 300 juta tahun lalu selepas peristiwa Bing Bang. Menurut pengkaji bernama Rohan Naidu dari Havard Center of Astrophysics, galaksi GLASS-z13 adalah objek paling jauh yang pernah JWST temui. Kalau dibandingkan dengan Big Bang, galaksi ini bercerita banyak tentang asal-usul alam semesta kita.

Galaksi ini dikesan oleh kamera pemerhatian inframerah utama bernama NIRcam dan antara data terawal yang kamera ini hasilkan. Apabila kamera tersebut merakam galaksi GLASS-z13, bentuk bebola merah dengan bahagian tengah berwarna putih terhasil. Penemuan oleh kumpulan Rohan Naidu bersama 25 orang ahli astronomi ini kemudian diterbitkan dalam bentuk jurnal.

Inilah galaksi GLASS-z13, galaksi tertua Yang berjaya JWST rakamkan. (Sumber: Ancient Origins)

Selain kumpulan Rohan, kumpulan ahli astronomi lain yang diketuai oleh Marco Castellano mengkaji data yang sama berkenaan penemuan tersebut dan keputusannya adalah sama seperti laporan yang Rohan nyatakan. Selepas penemuan galaksi GLASS-z13, kumpulan Rohan meneruskan kajian terhadap data tangkapan kamera inframerah dari JWST bagi mencari objek-objek angkasa yang teramat jauh Dari Bumi. Buat masa ini kumpulan Rohan menemui galaksi kedua iaitu GLASS-z11, namun beliau harus meneliti lagi akan kewujudan galaksi yang mereka temui.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dan pada masa yang sama, kumpulan Rohan meminta bantuan dari pihak pengurusan JWST untuk peroleh data spectroscopy, iaitu data berkenaan kandungan dalam cahaya yang telah JWST rakamkan. Dengan terciptanya JWST, teleskop angkasa inilah paling canggih yang pernah saintis ciptakan. Para saintis dunia percaya bahawa teleskop ini membantu mereka meneroka lagi kemisterian alam semesta yang di luar jangkaan kita.


Buku-buku best-seller kami kini ada dalam bahasa Inggeris! Kami gandingkan sekali dengan diskaun untik dinikmati kalian. Boleh beli melalui Shopee:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Ahmed, Issam. 21 July 2022. The James Webb Space Telescope May Have Already Found The Oldest Galaxy Ever Seen. Science Alert.

O’Callaghan, Jonathan. 20 July 2022. JWST has found the oldest galaxy we have ever seen in the universe. New Scientist.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply