Sejak Teleskop Angkasa Lepas James Webb (JWST) kendalian NASA menunjukkan pelbagai imej alam semesta yang disiarkan pada 12 Julai lepas, ia menimbulkan minat yang tinggi dalam kalangan orang ramai. Yalah, siapa tak teruja lihat semua imej bintang dan galaksi nun jauh di sana yang lebih terperinci. Dan ada melihat ini sebagai kunci mengesan kehidupan di planet lain selain bumi – senang cerita, makhluk asing!

Usaha mengesan kehidupan lain di luar bumi sudah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu. Salah satu usaha pencarian yang paling terkenal ialah aktiviti pengesanan frekuensi radio yang dibuat Institut Pencarian Makhluk Asing Bijak (SETI) sejak tahun 90-an. Selain SETI, negara-negara lain seperti Rusia, China, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat turut membuat pencarian sama melalui agensi-agensi angkasa lepas masing-masing. Tetapi sehingga hari ini, usaha pencarian masih belum membuahkan hasil.

Tetapi sebelum kita teruskan, apa kata korang dapatkan Genesis? Dalam buku ini, macam-macam kami cerita tentang pelbagai rahsia alam semesta dari lubang hitam hinggalah sifat ruang-masa . Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Genesis-i.238336777.8105952908

Pengkaji astronomi tahu hidupan di luar bumi mungkin wujud dengan syarat kelibat air dikesan di planet-planet asing ini. Antara tempat yang dicanang berpotensi mempunyai hidupan ialah Marikh (penemuan akuifer-akuifer di sub-permukaan planet berkenaan), bulan planet Musytari, Europa (wujudnya kerak air-ais yang membentuk lautan di situ) dan Uranus (bulan-bulannya berpotensi ada lautan seperti Europa).

Berdasarkan pengiraan yang dibuat para saintis, di galaksi Bima Sakti saja, terdapat lebih 300 juta buah planet yang boleh didiami oleh hidupan. Dan sesetengah planet ini tidak jauh dari kedudukan bumi – lebih tepat dipisahkan sekitar 30 tahun cahaya.

Namun begitu, pencarian sebegini bukan sesuatu yang mudah. Kalau kerja ini senang, tak ada keperluan dengar teori-teori merepek Ancient Aliens. Pertama, planet-planet yang cuba dicapai mempunyai jarak yang boleh mencecah ratusan atau ribuan tahun cahaya. Kedua, nak ambil sampel fizikal, ia memakan masa yang lama melalui prob disebabkan faktor jarak antara bumi dengan planet-planet yang disasarkan.

Satu perkara yang dicari saintis menerusi JWTS ialah interaksi antara cahaya dengan atmosfera atau permukaan planet asing. Mereka percaya sekiranya berlaku perubahan pada atmosfera atau permukaan planet sedemikian akibat kemunculan hidupan, perubahan tersebut dapat dikesan menerusi satu perkara yang dipanggil petunjuk biologi (biosignature). Dan kaedah ini dibuat berdasarkan sejarah bumi itu sendiri.

Untuk tempoh separuh pertama kewujudannya, bumi mempunyai atmosfera tanpa oksigen walaupun menjadi tuan rumah kepada hidupan sel tunggal. Tetapi semua itu berubah kira-kira 2.4 bilion tahun lalu selepas keluarga alga berevolusi dari segi cara menghasilkan oksigen. Proses fotosintesis alga-alga ini menghasilkan oksigen bebas – oksigen yang tidak terikat secara kimia dengan elemen-elemen lain. Sejak itulah, atmosfera bumi yang kaya dengan oksigen menghasilkan petunjuk biologi yang dapat dilihat pada cahaya yang menembusinya.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tetapi nak mengesan perubahan pada cahaya akibat petunjuk sebegini memerlukan teleskop yang berkuasa tinggi. Ketika ini, satu-satunya teleskop berkuasa tinggi yang wujud ialah JWST. JWST pernah diuji untuk melihat sama ada wujud hidupan di sebuah planet di luar sistem suria kita, WASP-96b.

Walaupun planet ini dikesan mempunyai air dan awam, tetapi disebabkan saiznya yang besar dan panas menjadikan peluang nak jumpa hidupan di situ kosong. Usaha sebegini kelihatan sia-sia tetapi ia menunjukkan potensi JWST untuk mengesan petunjuk kimia pada jarak yang jauh dari bumi. Saintis kini berharap hidupan dapat ditemui di planet TRAPPIST-1e yang terletak kira-kira 39 tahun cahaya dari bumi. Ia bakal menjadi fokus JWST untuk bulan-bulan berikutnya.

Tapi nak harap JWST saja, memang tak acilah, Sebabnya, ia tak direka khusus untuk mengesan oksigen yang tidak terikat, salah satu ciri utama dalam mencari hidupan di luar bumi. Hal ini diharap dapat diatasi dengan pembinaan beberapa teleskop berkuasa tinggi seperti Teleskop 30 Meter dan Teleskop Gergasi Magellen. Teleskop-teleskop ini direka khas bagi mengesan petunjuk biologi dan ini diharap dapat membantu para saintis mengesan apa yang dianggap mustahil selama ini.

Dalam kesibukan memburu petunjuk sebegini, saintis perlu ingat kebanyakan gas yang dihasilkan oleh hidupan boleh saja terhasil secara bukan biologi. Misalnya, lembu bukan satu-satunya pencetus pelepasan gas metana. Gunung berapi juga boleh menjadi sumber gas metana yang jauh lebih kuat. Justeru, dengan mengenali perbezaan sebegini, ia amat membantu mencari planet-planet yang berpotensi sebagai tempat wujudnya hidupan di luar bumi.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Zimmer, C. (2022, 12 Julai). Webb Telescope Will Look for Signs of Life Way Out There. New York Times.

Impey, C. dan Apai, D. (2022, 15 Julai). The Webb Telescope Just Proved It Can Detect Signs of Life in Alien Atmospheres. ScienceAlert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply