“Accordingly, Ibn Wadih Ya’qubi, who flourished fifty years after Sulaiman, says at the end of his geography, Kitab al-Buldan, in connection with the description of Sos, a coastal town of Morocco, that there was a mosque called Bahlol on the bank, and in front of the mosque, the sea brings forth those rope-fastened ships, which are built in Obulla(Persian Gulf) and in which they voyage to China”

Pertama petikan daripada kitab Allama Sayyid Sulaiman an-Nadwi ini menjelaskan bahawa kapal-kapal dari tradisi Teluk Parsi dan Lautan Hindi telah sampai ke pesisir Atlantik Afrika Timur dan kedua ia diketahui telah berlayar sehingga ke China.

Kemudian petikan sebelum itu daripada Sulaiman al-Mahiri menyebut mengenai teori mengelilingi Afrika kerana ada sejenis papan yang hanya dibuat di Laut Timur dapat sampai ke pesisir Syam dihanyutkan arus. Hal tersebut disokong oleh pengetahuan geografi maritim Abu Raihan al-Biruni yang menyatakan laut Cina itu bersambung dengan Laut Atlantik dan pelayaran merentasinya adalah tidak mustahil.

Berbalik kepada kapal Basrah(Ubollah Baru) yang ditemui di Atlantik, kita perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa antara perintis kepada pelayaran laut lepas Teluk Parsi dibuat oleh kaum Asia Tenggara yang dibawa masuk ke Mesopotamia bermula sejak zaman Bani Sasan, apabila Islam tiba mereka ditempatkan oleh Saidina Umar pada sebuah kuarters di Basrah dan seterusnya berkhidmat sebagai angkatan laut khulafa ar-Rasyidin sehingga ke dalam zaman Bani Umayyah di mana berlaku ekspedisi serangan ke atas Sindh dan pelayaran mencapai ke Sailan(Sri Lanka).

Akibat sifat militan dan revolusioner, mereka ini kerap dipindahkan oleh autoriti ke perbatasan dan pesisiran Syam seperti Kaisariyah dan Asqalan. Kita tidak pasti bagaimana teknologi navigasi mereka masuk secara terperinci ke Mediterranean tetapi di samping teknologi kaum Qibti-Romawi yang masyhur di Mediterranean, kapal-kapal Lautan Hindi yang dipanggil ‘xebec’ di Barat sebenarnya berasal daripada istilah zabaj atau Sayabijah yang merujuk kepada rumpun Melayu Srivijaya yang aktif dalam pelayaran.

Bentuk kapal mereka inilah yang kemudian sampai ke Andalusia, berkembang di Konstantinopel, ditiru oleh pemerintah Kristian Reconquista seterusnya masyhur pada era Pelayaran Gemilang Portugis dan Sepanyol sebelum dikembangkan oleh Belanda, Perancis dan Inggeris.

Petikan daripada Ibn Dahyah menyebut bahawa sekitar kurun-kurun awal pendudukan Islam di Maghrib pelayaran menggunakan kapal-kapal Lautan Hindi ini dilakukan oleh beberapa keluarga yang terkenal berani dan gagah merentas Atlantik mencari pulau-pulau eksotik dan berharga seperti keluarga ‘Maghruriyyin’ dan ‘Mughtariyyin”.

Dalam tahun 900an Shaykh Muhammad Ibn Abi Khayr, anak kepada gabenor Halab(Aleppo) menulis dan menyatakan bahawa pada zamannya pelayar Arab di Mediterranean telah mula menggunakan peta bintang dan kompas yang dipelajari daripada pelayar Arab Lautan Hindi. Khabarnya bahawa kemahiran tersebut diperoleh sementelah mereka ke China.

Kita umum maklum bahawa pelayaran China hanya bermula pada zaman Dinasti Tang yang itupun dicedok daripada satu keluarga pelayar dari Campa yang dipanggil orang ‘Kunlun’. Model mereka yang terkenal menghasilkan kapal jong China yang masyhur sehingga ke hari ini berasal daripada nama manjungan atau jong-jong Alam Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nabil Nadri atau nama penanya Tuan Merbok merupakan pencinta sejarah, arkeologi dan budaya. Penulisannya yang banyak datang dalam bentuk artikel atau posting ringkas menyentuh pelbagai subjek menarik terutamanya berkaitan Alam Melayu dan Dunia Islam. Pencarian nasab dan salasilah diri menjadi obsesi yang mewarnai aktiviti beliau kebelakangan ini disamping usaha beliau menjejak ratusan artifak Batu Aceh yang terdapat di Tanah Melayu. Nabil Nadri merupakan graduan Sarjana Muda dari Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2014-2016) dan kini sedang dalam peringkat melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sejarah di universiti yang sama

Leave A Reply