Kita semua sedia maklum bahaya merokok kepada kesihatan. Kita tahu ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser paru-paru, asma, kanser mulut, ulser, penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Dan bagi wanita mengandung, jika mereka merokok boleh meningkatkan peluang keguguran dan bayi yang lahir mengalami masalah pernafasan sejak lahir. Tetapi tidak ramai tahu pada 1930-an dan 1940-an, doktor dijadikan sebagai sebahagian dari kempen pengiklanan syarikat tembakau untuk memasarkan rokok mereka.
Mungkin bagi kita, ini sesuatu yang menakutkan tetapi pada tahun 1930-an hingga 1950-an, belum ada bukti mencukupi yang menunjukkan merokok mengancam kesihatan. Menurut Profesor Martha Gardner dari Kolej Farmasi dan Sains Kesihatan Massachusetts, kesedaran orang ramai berkenaan penyakit kanser paru-paru semakin meningkat pada tahun 190-an. Ini berikutan kadar kematian membabitkan kanser paru-paru meningkat pada dekad berkenaan. Gardner menambah, “Mereka sedar statistik ini dan bimbang akan perkara itu tetapi tidak tahu kaitannya dengan rokok.”
Benar, rokok boleh membuatkan perokok batuk dan kegatalan pada tekak. Tetapi bagi syarikat tembakau, keadaan itu dimanipulasi mereka sebaik-baiknya. Mereka berlumba-lumba memasarkan produk mereka kepada orang ramai dengan menyatakan produk rokok mereka lebih baik daripada rokok pesaing mereka. Dan syarikat tembakau tidak segan silu menipu pelanggan mereka dengan menyatakan masalah kesihatan mereka berpunca daripada produk rokok pesaing mereka. Ini dibuktikan menerusi iklan rokok Lucky Strikes yang mula diterbitkan pada tahun 1930. Iklan tersebut mendakwa lebih 20,000 doktor menyatakan rokok Lucky Strike kurang gatal kepada tekak.
Untuk mendapatkan bilangan berkenaan, Lucky Strike menghantar karton rokok kepada para doktor terlibat dan bertanya sama ada rokok mereka kurang gatal pada tekak atau tidak. Lucky Strikes turut mendakwa ‘ramai orang baik’ mencuba rokok ini dan mendapati ianya baik. Soalan bias sebegini menyebabkan para doktor yang menerima karton rokok Luckies ini memberi respon positif terhadap soalan mereka. Bagi Lucky Strikes pula, jawapan yang diberi menunjukkan rokok mereka amat baik pada tekak pengguna.
Tujuh tahun selepas itu, Philip Morris membuat satu kajian saintifik membabitkan rokok mereka. Berdasarkan iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Saturday Evening Post, mereka mendakwa perokok yang menggunakan Philip Morris tidak merasa tekak gatal dan dan menjadikan tekak mereka lebih baik. Tetapi tidak ramai tahu, doktor-doktor yang menyatakan ‘fakta’ ini sebenarnya ditaja oleh syarikat berkenaan. Sepanjang tahun 1940-an, mereka terus mengiklankan ‘kajian’ sebegini untuk menyakinkan orang ramai bahawa produk mereka bukan saja tidak merbahaya tetapi baik untuk kesihatan.
Bagi pemilik rokok jenama Camel iaitu R.J Reynolds Tobacco Company, mereka bertindak menubuhkan divisyen perhubungan perubatan dan mengiklankan produk mereka dalam jurnal-jurnal perubatan. Mereka turut meniru kempen Philip Morris dengan slogan ‘Lebih ramai doktor menghisap rokok Camel berbanding rokok jenama-jenama lain’ pada tahun 1946. Untuk mendapatkan hasil sebegini, mereka memberi karton rokok Camel percuma kepada doktor sebelum bertanya apa jenama rokok yang mereka hisap.
Namun bagi syarikat tembakau, nasib mereka berubah menjelang pertengahan 1950-an. Selepas pendedahan ‘produk’ mereka itu merupakan punca kepada kanser paru-paru, mereka terpaksa mengubah taktik. Menurut Gardner, mereka cuba mempromosikan idea bahawa mereka tidak tahu produk mereka itu boleh menjejaskan kesihatan pengguna. Pada tahun 1954, syarikat-syarikat tembakau menegeluarkan satu kenyataan bersama bertajuk ‘A Frank Statement to Cigarette Smokers’ menunjukkan kaitan merokok dengan penyakit merbahaya memang mengejutkan tetapi tidak bersifat konklusif. Ini mendorong mereka membentuk satu jawatankuasa kajian dan penyelidikan untuk menyiasat isu tersebut.
Jika anda rasa ini mengejutkan, anda belum tengok jenis-jenis iklan yang digunakan mereka pada tahun 1930-an, 1940-an dan 1950-an:
1. Bayi
2. Tokoh terkenal seperti Naib Presiden Amerika Syarikat semasa era Herbert Hoover dan bintang filem Cleopatra, Claudette Colbert.
- Santa Claus.
SUMBER
- Little, Becky. (2018). History.com. When Cigarette Companies Used Doctors to Push Smoking. https://www.history.com/news/cigarette-ads-doctors-smoking-endorsement
- Elliot, Stuart. (2008). New York Times. When Doctors, and Even Santa, Endorsed Tobacco. https://www.nytimes.com/2008/10/07/business/media/07adco.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih