Tun Razak merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Di kolej elit tersebut, semua pelajarnya berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah bila makan, tidur, belajar semua dalam bahasa Inggeris.

Ada segelintir yang menganggap bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa para dewa. Mereka menganggap bahawa surat khabar Bahasa Melayu akan menjatuhkan mutu dan darjah diri mereka kerana Bahasa Melayu ni bukan bahasa pengetahuan yang boleh menghidupkan pemikiran bernas kan? Bahasa yang tak ada kelas kononnya.

Semangat nasionalisme yang tebal dalam diri Tun Razak ketika itu menyebabkan beliau tidak senang hati dengan perangai yang ditunjukkan oleh segelintir “anglophile” tersebut. Beliau lantas menegur mereka dalam karangannya. Beliau menyeru pelajar Melayu berpendidikan Inggeris seperti berikut:

‘Berjinak-jinak dengan persuratan Melayu, bahasa perantaraan terbesar umat Melayu Raya. Dengan membacha-nya sahaja, lain daripada tuan menolong perusahaan kerana kebajikan ramai, maka adalah tuan sentiasa berhubong fikiran atau perasaan dengan kaum tuan yang ramai.’

Tun Razak juga menambah, kalaulah orang putih yang mana bahasanya kita bangga-banggakan itu pun mempelajari persuratan Melayu lama bahkan menjadi lebih pandai dan mahir daripada kita, mengapa kita tidak endahkan persuratan Bahasa Melayu kita?

Lihatlah nama seperti Maxwell, Shellbear, Wilkinson dan ramai lagi yang merupakan pakar dalam persuratan Melayu lama. Beliau juga merayu agar belia berpendidikan Inggeris untuk menterjemahkan karya Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.

Namun,sebagai bangsa yang bangga dengan kegiatan maritimnya, yang bangga dengan Pelabuhan Melaka yang mempunyai lebih 80 bahasa yang dituturkan. Kita seharusnya berusaha untuk menguasai sebanyak mungkin bahasa yang terdapat di dalam dunia.

Lihat sahaja Tun Razak yang mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik malah mampu mempelajari bahasa Jepun melalui ruangan surat khabar Malai Sinpo ketika era penjajahan jepun mengambil alih.

Kalau anda merupakan seorang yang mencintai Bahasa Melayu, sudah tentu anda membaca Hikayat Hang Tuah bukan? Nah ini sebahagian petikan daripada Hikayat Hang Tuah untuk renungan kita bersama

‘Kalakian, setelah habislah rata diketahuinya DUA BELAS BAHASA itu, maka Hang Tuah pun pulanglah ke rumahnya bersama-sama dengan ibu bapanya mencari makan sehari-hari

RUJUKAN:Nik Anuar Nik Mahmud.2011 (cetakan kedua).Biografi Tun Abdul Razak, Negarawan dan PatriotKasim Ahmad. Dewan Bahasa dan Pustaka 2008 (cetakan kedua) Hikayat Hang Tuah.

Artikel dikirimkan oleh Hang Nudin untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.