Sesetengah orang yang bertatu mungkin percaya bahawa tak mungkin dengan tatu berbentuk hati atau imej karakter kartun pada mana-mana bahagian badan mereka tak akan dilihat sebagai berkait dengan organisasi jena.yah memandangkan kebanyakan orang percaya bahawa bertatu adalah perkara biasa terutamanya di Jepun, tapi mereka silap.
Jika anda adalah warga asing, memiliki tatu dan berkunjung ke negara Jepun untuk menghadiri suatu majlis seperti kejohanan sukan Piala Dunia contohnya, anda mungkin akan dinasihatkan untuk tidak mendedahkan tatu anda untuk mengelak dari menyinggung perasaan sesetengah orang di negara itu.
Ini kerana tatu sering dihubungkait dengan kumpulan jena.yah seperti mafia yang dipanggil yakuza – yang telah beroperasi di Jepun selama ratusan tahun. Sesetengah orang melihat mereka sebagai penjena.yah yang perlu wujud dan ada orang lain melihat mereka sebagai satu budaya yang harus pupus.
Organisasi-organisasi Yakuza terbabit dalam pelbagai kegiatan jena.yah seperti pelacuran, perjudian terancang, penyeludupan da.dah, dan pemer.asan. Mereka berkembang daripada gerakan bawah tanah seperti penjaja jalanan dan penjudi yang mula menyatukan diri mereka dan merasakan bahawa mereka adalah penjaga tradisi kebanggaan Jepun yang silam.
Ironinya, walaupun mereka gemar memer.as ug.ut ahli politik, ahli perniagaan dan syarikat-syarikat besar, sebenarnya berdasarkan tradisi dan undang-undang Yakuza yang sebenar dan masih dipraktikkan di kalangan beberapa pemimpin Yakuza yang veteran, mereka sangat menentang beberapa perkara yang sinonim dengan Yakuza seperti pengedaran da.dah.
Mereka akan sentiasa mempunyai alasan untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu atau tidak melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Perkara paling utama yang perlu dihadamkan sebelum kita menilai kumpulan jena.yah yakuza tertentu ialah, menilai Yakuza tidaklah sehitam dan putih seperti yang sentiasa kita sangkakan.
Ada banyak sisi yang sangat kelabu di mana mereka akan melakukan perkara yang baik, seperti selepas tsunami mereka adalah bantuan pertama tiba di tempat kejadian. Tetapi pada masa yang sama mereka akan terlibat dalam perkara keji. Ini yang menyebabkan yakuza sukar untuk dibuang sepenuhnya dalam masyarakat.
Tatu dalam kelas masyarakat Yakuza adalah penting, tapi tatu tak pernah berfungsi sebagai satu jenis penanda untuk menandakan seseorang itu adalah anggota daripada kumpulan tertentu, budaya bertatu di kalangan mafia atau Yakuza Jepun tak sama seperti kongsi gelap di Hong Kong atau kumpulan jena.yah di Amerika Tengah dan Utara.
Sebaliknya, tatu anggota Yakuza adalah gambaran yang bersifat sangat peribadi tentang babak-babak dari kehidupan anggota yakuza, atau sesuatu yang penting secara simbolik kepada diri mereka sendiri yang bertujuan untuk menunjukkan kepada orang sifat yang dimiliki dirinya sendiri.
Ia boleh meliputi hampir seluruh badan, dari belakang ke punggung dan bahagian atas kaki, serta lengan – walau bagaimanapun disebabkan stigma terhadap tatu dalam masyarakat Jepun, ia seringkali tak dicacah di bahagian bawah lengan dan tulang kering.
Seorang anggota Yakuza mungkin pernah menghadapi kehidupan yang sukar kemudian berjaya mengatasi kesukaran tersebut. Jadi dia mencacah tatu berbentuk ikan koi yang berenang ke hulu, yang menggambarkan kehendak meneruskan hidup yang kuat dan kuasa untuk mengatasi sesuatu. Ia adalah satu bentuk simbolisme.
Anggota Yakuza gemar bertemu di rumah mandian awam kerana di rumah mandian awam mereka tak akan memakai sebarang pakaian, inj bermakna jika kumpulan saingan yang bertemu antara satu sama lain boleh menilai dan mengetahui dengan siapa mereka berurusan melalui seni tatu pada badan masing-masing.
Manakala, antara sebab-sebab yang lain kenapa mereka gemar bertemu di rumah mandian adalah kerana ia bagi menjamin keselamatan kerana memandangkan semua orang yang bertemu di rumah mandian awam akan berbog.el, ia bermakna mereka tidak membawa sebarang senj.ata.
Sebenarnya tatu bukan ditentukan oleh mana-mana anggota Yakuza yang sudah berstatus veteran, sebaliknya pakar pembuat tatu sendiri yang biasanya akan nemutuskan sama ada seseorang itu cukup baik atau tidak untuk mempunyai tatu.
Jika pakar pembuat tatu memutuskan bahawa seseorang itu layak, ia akan menjadi satu proses yang boleh mengambil masa sehingga setahun untuk disiapkan dalam sesi mingguan dengan kos yang boleh mencecah sehingga RM50,000. Itu sebenarnya salah satu cara hidup Yakuza yang akan menarik ahli yang lebih muda.
Anak-anak muda, yang berumur belasan tahun sangat mudah terpengaruh, ramai remaja jalanan di Jepun yang terpengaruh dengan gaya hidup Yakuza, kerana mereka kelihatan seperti penjena.yah “smooth cri.minal” (Seseorang yang melakukan jena.yah kemudian menjauhi tempat kejadian tanpa perlu berbangga-bangga tentangnya).
Dan memiliki tatu jelas sekali menjadi antara senarai keinginan mereka. Dan pada masa itulah Yakuza akan berkata ‘Baiklah, kami akan membayar ini untuk kamu, dan kamu boleh membuat tatu”. Dan begitulah antara cara seseorang akan terjebak sebagai anggota Yakuza.
Tatu mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan menelan belanja yang tinggi kerana tradisi tatu di Jepun masih lagi dilakukan secara tradisional tanpa peralatan elektrik, dengan perantisan yang mampu bertahan beberapa dekad.
Mereka menggunakan sebatang kayu halus dengan empat jarum di bahagian atas dan menekannya secara manual, dengan tangan, kira-kira dua cacahan sesaat. Dan mereka mengubah sudut bergantung kepada jumlah lemak di kawasan badan.
Mereka menanda tatu mereka, tetapi masih ditanda dengan nama pembuat tatu mereka, jadi kelangsungan tradisi lama ini diteruskan seperti itu.
Lazimnya, anggota Yakuza akan sentiasa menyembunyikan tatu mereka di khalayak ramai kerana mereka sangat sedar bahawa tatu pada zaman moden ini adalah sesuatu yang akan membuat orang ramai tidak selesa.
Kecuali jika anda adalah orang barat yang berjalan di khalayak ramai dengan lengan yang dipenuhi tatu, ia tidak akan menimbulkan sebarang isu selagi anda mematuhi peraturan di rumah mandian umum yang popular di seluruh negara Jepun.
Dan mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa sebenarnya anggota Yakuza seringkali tak dibenarkan masuk ke dalam rumah mandian kerana tatu mereka?
Dari segi sejarahnya, pemilik rumah mandian awam biasanya tidak berani nak mengatakan seperti “kami tidak membenarkan penjena.yah yakuza mengadakan mesyuarat di sini, nanti akan menyebabkan pelanggan lain lari”.
Jadi mereka mengambil pendekatan halus dengan berkata melalui cara yang sangat tersirat tapi lebih sopan, “kami tidak membenarkan orang bertatu masuk ke sini”, kerana secara tradisinya sejak beratus tahun yang lalu, hanya penjena.yah atau anggota Yakuza saja yang mempunyai tatu.
Seni tatu mempunyai sejarah yang panjang dan kaya di Jepun. Hari ini, tatu sering menerima stigma yang negatif, dikaitkan dengan jena.yah dan anggota Yakuza.
Kerana sejak zaman Edo (1603-1868), penjena.yah telah dicacah dengan tatu untuk tujuan supaya memudahkan mereka dikenal pasti dan menghu.kum mereka. Walaupun amalan undang-undang ini telah diharamkan semasa zaman Meiji, namun stigma itu kekal hingga ke hari ini.
Tatu zaman Edo adalah tradisi penandaan yang kuat, seorang pembu.nuh mempunyai tatu di kepala, manakala pencuri mungkin memiliki tatu di lengan. Tradisi ini, irezumi kei, atau hu.kuman tatu, menggantikan hu.kuman pan.cung atau mana-mana pemotongan anggota badan yang dianggap ke.jam.
Walau bagaimanapun, tatu di kepala juga beroperasi pada sistem tiga cacahan, setiap satu jena.yah yang dilakukan akan dihu.kum dengan satu cacahan simbol karakter Cina (大), selepas itu adalah kematian.
Setiap wilayah mempunyai simbol tersendiri yang mewakili sifat jena.yah dan lokasi, membolehkan pihak berkuasa untuk segera mengenal pasti butiran perbuatan yang dilakukan. Di Hiroshima, penjena.yah ditatu dengan simbol anjing, di Chikuzen, tatu berbentuk garisan, di Takayama, tatu berbentuk titik, dan di Hizen, tatu berbentuk salib.
Walaupun persepsi hari ini mengenai tatu di Jepun mungkin berakar umbi dalam sejarah 5000 tahun ini, kumpulan jena.yah terancang kontemporari seperti Yakuza meneruskan amalan tatu, mengekalkan perkaitannya dengan jena.yah. Ini malah telah membawa kepada salah tanggapan bahawa tatu di Jepun adalah haram, bagaimanapun, undang-undang yang melarang tatu telah dimansuhkan pada tahun 1872.
Hari ini, Jepun mungkin sudah mula memasuki zaman kejatuhan era Yakuza, memandangkan banyak dasar-dasar terkini kerajaan Jepun yang sudah mula menekan anggota Yakuza secara halus, mereka tak boleh menyewa rumah, mereka tak boleh membuat pinjaman, atau tak dibenarkan keluar dari negara.
Dasar-dasar ini menunjukkan penurunan statistik keanggotaan Yakuza, jelas menunjukkan anak muda hari ini sudah tidak berminat atau tak berani lagi hendak menyertai kumpulan Yakuza mahu pun memiliki tatu kerana tak mahu menyusahkan diri sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih