Tahukah anda, setahun sebelum Tariq Bin Ziyad mendarat bersama bala tentera pimpinan beliau di Gibraltar, sudah ada sepasukan tentera Islam yang terlebih dulu menjejakkan kaki di Sepanyol!
Kisahnya begini, pada tahun 710 Masihi, seorang panglima tentera Islam bernama Tarif ibn Malik yang berkhidmat di bawah Tariq ibn Ziyad, telah diamanahkan dengan satu tugasan penting.
Beliau diarahkan untuk lakukan serangan cubaan di pesisir selatan Semenanjung Iberia. Misi ini bertujuan untuk menilai kesesuaian kawasan tersebut sebagai pintu masuk bagi serangan lebih besar yang bakal dilancarkan.
Maka pada bulan Julai 710, Tarif ibn Malik bersama 300 infantri dan 100 kavalri Berber menyeberangi Selat Gibraltar menggunakan empat kapal. Kapal-kapal ini mungkin merupakan pamphyloi (kapal pengangkut tentera) atau tarida (kapal serbaguna yang lebih sesuai untuk membawa kuda).
Usai mendarat di Kota Tarifa (nama kota diberi sempena nama Tarif ibn Malik), tentera Islam mula bergerak sejauh 18 batu melalui kawasan berbukit ke sebuah kota kubu yang dikenali sebagai Algeciras. Sebenarnya kelancaran pasukan pimpinan Tarif sedikit sebanyak dibantu oleh Count Julian.
Kejap, siapa pula Count Julian?
Count Julian ialah seorang penguasa Kristian tempatan dari Ceuta. Beliau tidak berpuas hati dengan penguasa Visigoth pada ketika itu, iaitu Raja Roderick. Oleh demikian, beliau berhasrat untuk gulingkan Roderick dengan memohon bantuan daripada pihak Islam.
Maka dengan bantuan Julian, pasukan Tarif berjaya melancarkan serangan di kawasan yang tidak dijaga dengan rapi di Andalusia. Mereka berjaya membawa pulang rampasan perang dan tawanan tanpa mengalami kerugian yang besar.
Kejayaan ini memberikan keyakinan kepada Tariq dan Gabenor Maghribi iaitu Musa Ibn Nusayr bahawa penaklukan Sepanyol boleh dijayakan dengan mudah. Maka pada 711, Tarif ibn Malik kemudiannya menyertai Tariq ibn Ziyad dalam penaklukan besar-besaran ke atas Sepanyol. Mereka bersama-sama berhadapan dengan Raja Roderic dalam Pertempuran Guadalete.
Dalam pertempuran ini, tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq dan dibantu oleh Tarif ibn Malik berjaya menewaskan tentera Visigoth. Kejayaan ini lantas membuka jalan kepada dominasi Islam ke atas Sepanyol buat tahun-tahun mendatang.
Penaklukan ini bukan sahaja membawa perubahan besar kepada sejarah Sepanyol tetapi juga kepada sejarah dunia Islam. Demikianlah, barangkali tanpa kejayaan Tarif Ibn Malik, dominasi Islam ke atas Sepanyol mungkin tidak berlaku.
Oleh: Fakhry Harraz
Kalau nak tahu lebih banyak tentang sejarah Andalusia & Eropah, sini saya cadangkan buku KITAB TAMADUN EROPAH. https://s.shopee.com.my/2q9gfQYOob

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply