Pasal dah kantoi bawa ajaran sesat, lebih 50 orang pengikut Si Hulk nak lari ke New Zealand. Apa yang kelakar, kehidupan diorang yang dah berjaya lari ke sana bukanlah semuanya mewah. Ada yang kerja jual air, petik buah dan minta sedekah.

Suhaini Muhammad suruh semua pengikutnya taqiyyah.

Ok, taqiyyah ini apa?

Kelompok Syiah ada mengamalkan prinsip al-Taqiyyah ( التقية ) iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin dilakukan. Sebab inilah mereka mampu bertahan beberapa dekad walaupun diburu oleh penguasa tempatan.

Kalau kita lihat dalam sejarah Islam, puak Syiah memang selalu mencari-cari kesempatan untuk mengambil alih pemerintahan negara. Cukuplah dengan membaca sejarah kejatuhan kota Baghdad ketika diserang oleh bala tentera Hulagu Khan. Siapa lagi yang membocorkan rahsia kepada musuh Islam kalau bukan menteri Syiah.

Apa yang kita nak kata di sini, kalau Syiah berbahaya, pengikut Si Hulk juga berbahaya. Mereka dah pandai taqiyyah. Malahan diajar oleh pimpinan untuk berpura-pura. Tindakan ini mereka ambil untuk mengelakkan pihak berkuasa menghidu kegiatan mereka.

Tapi, ada cara nak tahu siapa pengikut Si Hulk.

Berhati-hati dengan sesiapa yang banyak simpan stok botol Si Hulk kat rumah. Kilang-kilang diorang kat Malaysia dah tutup dan dipindahkan ke New Zealand. Jadi, orang yang masih simpan stok botol Si Hulk tu dapat dari mana? Kita tak tuduh direct. Hanya minta berhati-hati.

Ajaran yang suruh pengikut taqiyyah ni memang nampak sangat sesat. Nampak sangat yang Si Hulk dah membelakangi majlis agama dan para mufti kita yang alim belaka. Jangan kita tertipu dengan taqiyyah dan kepala mereka yang bermuka dua.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply