Semasa perkembangan ilmu sains dan astronomi di dunia Islam, balai cerap  yang pertama Empayar Uthmaniyah dibina pada abad ke-16 dan dirobohkan tidak lama kemudian.

Empayar Uthmaniyah pernah melahirkan ramai saintis yang menerokai bidang Astronomi. Ali Kuşçu adalah ahli astronomi pertama yang mengasingkan ilmu astronomi dengan agama dan dia orang pertama yang mempersoalkan teori Aristotle tentang bumi sebagai pusat alam semesta.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Namun, meskipun kajiannya sangat teliti memandangkan ketika itu adalah awal abad ke-15, tapi dia masih tak setanding dengan pencapaian Taqi ad-Din.

Di sepanjang sejarah, ada banyak kisah telah dikaitkan dengan balai cerap dan pengasasnya, Taqi al-Din, tetapi kebenaran agak tersembunyi di antara garis legenda dan kisah-kisah ini.

Terdapat dua lagenda yang sering kali dipetik sebagai contoh setiap kali sejarah kemerosotan Uthmaniyah dibincangkan. Yang pertama ialah ketibaan teknologi percetakan yang terlewat di dunia Uthmaniyah, dan yang kedua ialah kemus.nahan balai cerap astronomi.

Seorang ilmuan bernama Taqi al-Din mengasaskan balai cerap pertama dalam sejarah Uthmaniyah di Istanbul pada tahun 1577. Bagaimanapun, golongan agamawan yang mendominasi masyarakat dan negara melalui pengaruh sheikh-ul Islam ketika itu memus.nahkan balai cerap itu kerana mereka menganggap ia bertentangan dengan agama.

Pertama, secara teknikalnya balai cerap yang diasaskan Taqi al-Din bukanlah balai cerap pertama di Empayar Uthmaniyah. Sejak zaman dahulu lagi balai cerap atau institusi seperti “muvakkithane,” tempat di mana waktu solat dikira menggunakan kaedah astronomi, telah wujud di madrasah Islam dan masjid-masjid besar.

Ini kerana masa adalah keperluan penting dalam semua amalan dan kewajiban agama dalam Islam. Perlu faham, masa amat penting bagi memastikan amal ibadat seseorang itu sah.

Dengan itu, di dunia Islam, ahli astronomi (munajjim dalam bahasa Uthmaniyah) sentiasa dilatih. Dan balai cerap Taqi al-Din adalah bebas daripada pengaruh madrasah dan ia ditubuhkan dengan tujuan khusus.

Isu kedua ialah Taqi al-Din sendiri adalah seorang Muslim yang warak. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Ma’ruf dan dia berasal dari Damsyik. Beliau dikenali sebagai Takiyuddin al-Rashid. Bapanya seorang qadi.

Gambaran kerja-kerja pencerapan di balai cerap.

Beliau belajar di madrasah dan menjadi qadi di Mesir. Pada tahun 1570, Taqi al-Din datang ke Istanbul bersama keluarganya, di mana dia bertemu dengan ulama terkenal pada zaman itu. Beliau kemudiannya ditugaskan sebagai “munajjimbashi” (ketua ahli astronomi).

Taqi al-Din menarik perhatian Sheikh ul-Islam Hoca Sadeddin Efendi, mentor agama sultan Uthmaniyyah. Dengan dorongannya, beliau mengasaskan sebuah balai cerap untuk menyelesaikan beberapa masalah dalam astronomi.

Sultan Murad III menyediakan sokongan kewangan untuk membina dan menampung kos operasi balai cerap. Taqi al-Din tak perlu mengeluarkan satu sen pun. Beberapa bahan untuk menyiapkan balai cerap dibawa masuk dari Mesir.

Lakaran semula model jam astronomi Taqi al-Din.

Sultan menerima dan menunaikan apa sahaja yang diminta oleh Taqi al-Din.  Semua butiran ini boleh dirujuk dalam banyak catatan bersejarah arkib Uthmaniyah, memandangkan Sultan Murad III amat memandang serius usaha merekod segala perkembangan teknologi semasa pemerintahannya.

Akhirnya, balai cerap dibuka dengan nama Dar al-Rasid al-Jadid di lereng bukit Tophane pada tahun 1577.  Sebelum itu, Taqi al-Din menjalankan pencerapan di Menara Galata, dan juga mengasaskan perpustakaan yang terdiri daripada kitab-kitab ilmu astronomi  di balai cerap.

Taqi al-Din mempelbagaikan instrumen astronomi yang terdapat di balai cerap pada masa itu dan juga mencipta beberapa yang baru. Kakitangannya terdiri daripada 16 orang;  termasuk lapan pencerap, empat kerani dan empat petugas am.

Pada tahun-tahun tersebut, mereka berpeluang mencerap komet yang melintasi langit ibu kota. Sesetengah sejarawan moden yang tak mengetahui butiran ini, menganggap balai cerap itu ditubuhkan untuk tujuan astrologi;  namun anggapan itu salah.

Manuskrip puisi Parsi Ala al-din Mansur, Shahinshahnama, memberi penerangan tentang kes ini.  Karya beliau menyebut tentang pertemuan antara sultan dan Taqi al-Din. Sultan bertanya kepadanya tentang pencerapan dan Taqi al-Din berkata:

“Terdapat perkara yang meragukan dalam Zij (carta astronomi) Ulugh Beg. Dengan bantuan pencerap, carta itu kini telah diperbetulkan.” 

Apa yang dikatakan oleh Taqi al-Din bermakna tujuan penubuhan balai cerap itu adalah untuk memperbetulkan carta astronomi yang disediakan oleh ahli astronomi Turkmen terkenal Ulugh Beg, yang hidup pada abad ke-15.

Jadi, kenapa balai cerap ditutup? Dikatakan, Qadizade Ahmad Shams al-Din Efendi yang merupakan Sheikh ul-Islam Uthmaniyah ketika itu menulis surat kepada sultan.  Dia memberitahu tentang gosip yang mengatakan balai cerap itu membawa bala dan wa.bak berpenya.kit tercetus akibat balai cerap itu.

Tak dinafikan, mungkin Taqi al-Din juga melakukan kesilapan kerana menunjukkan dirinya seolah-olah memiliki kepercayaan astrologi atau pseudo-sains.

Gambaran komet besar yang dicerap pada tahun 1577.

Semasa peristiwa Komet Besar 1577, dia memberitahu sultan bahawa dia meramalkan komet itu sebagai petanda negara akan memasuki era kesejahteraan, dan ia menandakan Uthmaniyah akan berjaya menak.luki Parsi. Tujuannya mungkin hendak menggembirakan hati sultan.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, banyak wilayah-wilayah Uthmaniyah dilanda wa.bak penya.kit, manakala Parsi menggunakan taktik bumi hangus dalam pe.rang yang mengakibatkan kegagalan Uthmaniyah menak.luki Parsi.

Teori konspirasi turut tersebar menyatakan ben.cana berlaku di setiap kawasan di mana kerja pencerapan dijalankan. Ini menyebabkan Taqi al-Din seolah-olah mendalangi agenda tertentu yang berkait rapat dengan konspirasi akhir zaman.

Sultan Murad III

Akhirnya ini membuka ruang untuk golongan agamawan yang berpengaruh menyingkirkan Taqi al-Din, pada tahun 1580, sultan menutup balai cerap.

Selanjutnya, Laksamana Kılıç Ali Pasha memus.nahkan bangunan itu melalui bedilan meriam. Kisah-kisah ini dicatatkan oleh Atâî, yang terkenal dengan manuskrip biografi tentang para sarjana Uthmaniyah.

Beberapa petunjuk mengenai kejadian itu juga boleh ditemui di dalam kitab Shahinshahnama. Taqi al-Din memohon kepada sultan, “Musuh [pihak yang mensabotaj mereka] sedang mati kerana kesedihan. Tuanku boleh memerintahkan untuk menghentikan [menutup] balai cerap, agar menjadi pengajaran kepada orang-orang yang busuk hati dan dengki.” 

Dalam erti kata lain, balai cerap itu telah pun mencapai matlamatnya dan tak perlu lagi menjadi punca yang akan meningkatkan ketegangan antara golongan agamawan dengan golongan ilmuan.

Instrumen paralaktik Taqi al-Din.

Difahamkan, Taqi al-Din adalah seorang yang unik. Dia boleh bergaul baik dengan negarawan penting, tapi tak dapat menjalin hubungan yang baik dengan pegawai rendah.

Dia mungkin berhadapan dengan mereka yang rasa iri hati dan berdendam. Ahli sejarah Ali Gallipoli juga menggambarkan Taqi al-Din sebagai seorang yang sukar untuk bergaul dalam kitab Kunh al-Ahbar.

Sultan Murad III telah memberikan peluang yang sewajarnya telah dimanfaatkan oleh Taqi al-Din. Memandangkan baginda sendiri perlu menaikkan imej di mata kuasa dunia lain melalui perkembangan ilmu astrologi.

Walaupun hujah keagamaan dan kesilapan Taqi al-Din membuat ramalan yang salah menjadi punca ia dimusnahkan, tetapi ia sebenarnya berpunca daripada masalah politik. Namun, mu.suh politik Taqi al-Din memanfaatkan pandangan teori konspirasi pada waktu itu untuk menyingkirkan Taqi al-Din.

Terdapat laporan oleh wazir Sinan Pasha kepada Sultan Murad III yang membincangkan bagaimana Sultan dan wazir cuba membawa Taqi al-Din lari daripada golongan agamawan kerana mereka cuba mengheret Taqi al-Din ke mahkamah atas tuduhan melakukan perbuatan bida’ah.

Apabila kejadian negatif lain seperti wa.bak berjangkit muncul, Taqi-al Din memahami situasi itu, meminta sultan menutup balai cerap dan mengundurkan diri. Namun, dia meneruskan pengajiannya. Taqi al-Din meninggal dunia pada tahun 1585, pada usia 60 tahun dan dikebumikan di Makam Yahya Efendi Istanbul.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Astronomi adalah cabang sains yang diterima di kalangan ulama Islam Empayar Uthmaniyah dan lain-lain, namun ia tak boleh disamakan dengan astrologi, bidang yang dianggap sebagai pseudo-sains dan ramalan di mana ia masih tak boleh diterima pada pandangan ulama ketika itu..

Ringkasan:

  • Balai cerap yang diasaskan oleh Taqi al-Din bukanlah balai cerap pertama, tetapi merupakan balai cerap pertama yang bebas daripada pengaruh madrasah dan masjid.
  • Balai cerap itu ditubuhkan dengan tujuan tertentu. Apabila ia mencapai objektifnya, ia ditutup. Namun ia mungkin boleh diteruskan sekiranya tidak ditentang dan disabotaj oleh teori konspirasi dan agamawan.
  • Adakah balai cerap itu diasaskan untuk tujuan astrologi? Tidak. Ia bertujuan untuk membangunkan dan memperbetulkan kesilapan carta astronomi hasil kerja ahli astronomi Turkmen terkenal, Ulugh Beg.
  • Kesilapan Taqi al-Din adalah dia menggunakan praktikal cara astrologi atau ramalan apabila sultan meminta pandangannya tentang Komet Besar 1577, dan ramalan beliau tidak tepat malahan berakhir dengan ben.cana.
  • Adakah ini pengakhiran kajian pencerapan dan astronomi di Empayar Uthmaniyah? Mungkin, tapi tradisi penyelidikan masih rancak ketika berada di kemuncak asas sains dalam masyarakat Islam yang tinggi seperti Uthmaniyah. Tidak sepatutnya meletakkan kewajipan kerajaan untuk meneruskan usaha realpolitik kepada alim ulama.

Sumbangan Taqi al-Din kepada kemajuan astronomi diiktiraf di seluruh dunia. Pada masa itu, hanya balai cerap Tcyho Brahe di Denmark saja yang mempunyai kelengkapan yang sempurna sama seperti Taqi al-Din.

Walau bagaimanapun, Taqi al-Din mempunyai bilangan instrumen yang lebih tinggi dan jamnya lebih tepat berbanding yang Brahe miliki, yang bermaksud pencerapan mereka lebih tepat.

Contoh rekabentuk jam astronomi Taqi al-Din.

Kitab beliau, al-Turuq al-Saniyya yang berkaitan mengenai mesin automatik adalah kitab yang pertama dalam bidangnya. Taqi al-Din menulis satu buku dalam bidang perubatan-zoologi, tiga buku tentang fizik-mekanik, lima tentang matematik dan 20 tentang astronomi, yang kebanyakannya masih belum diterokai.

Karya beliau tentang graviti spesifik material dan prinsip hidrostatik Archimedes juga menarik perhatian para sarjana moden.

Kebanyakan teks sejarah moden sangat menekankan kisah penutupan balai cerap Taqi al-Din ini kerana ia merupakan salah satu faktor awal yang menyebabkan Empayar Uthmaniyah mengalami fasa kemerosotan hingga digelar sebagai “negara orang sakit Eropah.”

RUJUKAN:

Ihsanoglu, Ekmeleddin (2004). Science, Technology, and Learning in the Ottoman Empire. Burlington, VT: Ashgate Publishing Company.

Avner, Ben-Zaken (2004). The Heavens of the Sky and the Heavens of the Heart: The Ottoman Cultural Context for the Introduction of Post-Copernican Astronomy. The British Journal for the History of Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply