Ahli-ahli arkeologi di Oman menemukan sebuah tapak Zaman Gangsa dan Zaman Besi yang cukup penting semasa melakukan kerja-kerja awal dalam Projek Jalan Berkembar- Sinaw-Mahut (pada Februari 2014). Hasil-hasil awal penerokaan yang dilakukan telah mendedahkan sejumlah barangan purba yang usianya menjangkau 2300 tahun dan lebih. Barangan tersebut mempunyai kaitan dengan tamadun Majan yang agung, sebuah tamadun yang kali pertama disebutkan di dalam teks-teks kuneiform Sumeria sebagai sumber tembaga dan batu diorit yang penting buat Mesopotamia.

Sepasukan penyelidik dari Kementerian Warisan dan Budaya mula menjalankan kerja-kerja ekskavasi di tapak arkeologi yang terletak di Bildat Al-Ayoon itu demi memelihara sekitar 250 buah kubur sebelum melanjutkan kerja-kerja pembinaan jalan. Ahli-ahli arkeologi menemukan sejumlah artifak, termasuklah tembaga dan barang perhiasan yang bertarikh sekitar Zaman Besi hingga ke pertengahan Zaman Gangsa bagi tamadun Majan, yang kadangkala disebut sebagai tamadun Magan.

Tablet-tablet Sumeria yang menyebutkan tentang tamadun Magan sebagai sumber yang membekalkan tembaga dan dipercayai secara meluas bahawa Magan ini terletak di Oman moden dan mungkin meliputi sebahagian Iran. Catatan-catatan perdagangan dari tamadun Lembah Indus, Sumeria dan Assyria kesemuanya menyebutkan tentang pelabuhan Magan dan menyifatkan kejayaan ekonomi yang mereka kecapi sebagai sumbangan yang antara lain adalah daripada Magan, yang dirujuk dalam teks-teks purba sebagai ‘Gunung Tembaga’.

Sememangnya bukti dari penggalian yang dilakukan berhampiran Sohar di Oman mendapati bahawa lombong tembaga dan kilang peleburan dibangunkan dengan cukup maju pada tahun 2000SM. Pada hari ini, terdapat sebanyak 150 buah tapak tembaga purba ditemui di seluruh Oman.

Pelbagai komoditi berharga yang lain di Mesopotamia turut datang dari Magan. Antara lain termasuklah kayu dan batu. Tukang-tukang kayu dari Magan juga pernah disebutkan secara spesifik di dalam inskripsi-inskripsi Sumeria tahun 2050SM.

Isolasi relatif dari tamadun Magan berlanjutan sehingga milenium pertama apabila tapak-tapak arkeologi yang digali menunjukkan petanda bahawa Oman telah pun berhubung dengan empayar Assyria dan Arya. Tamadun Arya dipercayai memperbaharui hubungan perdagangan dengan Oman yang berfungsi sebagai rangkaian yang membawa masuk kayu, tembaga dan rempah-ratus.

Penyelidikan yang lebih mendalam di semenanjung Oman telah menemukan sejumlah tapak arkeologi milik tamadun Magan. Akan tetapi, maklumat berkenaan zaman yang penting dalam sejarah Oman ini masih lagi tidak banyak. Ahli-ahli arkeologi masih belum mengetahui sama ada terdapat sebarang barangan tembaga di tapak arkeologi Bildat Al-Ayoon ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, diharapkan supaya penemuan yang dilakukan ini dapat mencerahkan lagi kefahaman tentang tamadun Magan yang masih serba sedikit setakat ini, sebuah tamadun yang memainkan peranan yang cukup penting buat Mesopotamia dan sejarah Oman.

DITERJEMAHKAN DARI:

April Holloway. (13 Februari 2014). Ancient artefacts found in Oman are linked to great Majan civilisation. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/ancient-artefacts-found-oman-are-linked-great-majan-civilisation-001337


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.