Hari ni muncul virus baru iaitu Coronavirus Challenge (dia seorang ja yang buat challenge ni). Ciapan video seorang perempuan menjilat tandas duduk. Caption pada videonya itu menyuruh pekerja pembersihan pesawat melakukan pembersihan dengan betul.
Logiknya, tandas bersih, orang lain boleh jilat sama
Entah apa bangang yang merasuknya hingga melakukan sebegitu.
Tandas ni adalah satu tempat yang tidak mungkin bebas dari bakteria dan kuman. Setiap inci tandas dipenuhi dengan bakteria dan kuman, cuma yang membezakan ialah membawa mudarat atau tidak. Kuman ini juga mempunyai cara tertentu untuk menyerap masuk ke dalam tubuh manusia.
Antara bakteria berbahaya yang terdapat pada tandas ialah:
- Coli
Bakteria E. coli ini terkandung dalam najis manusia dan haiwan. Ia boleh menyebabkan cirit-birit, hingga paling kritikal menyebabkan jangkitan saluran kencing, penyakit pernafasan dan pneumonia, dan penyakit lain.
- Shigella
Shigellosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sekumpulan bakteria yang dikenali sebagai Shigella. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti Shigella mengalami cirit-birit, demam, dan kekejangan perut bermula satu atau dua hari selepas mereka terdedah kepada bakteria.
- Staphylococcus aureus
Bakteria ini tidak berbahaya pada asalnya dan berada ditubuh manusia iaitu hidung. Akan tetapi, sekiranya bakteria ini memasuki saluran darah, ianya boleh menyebabkan pneumonia, Endocarditis (jangkitan pada saluran jantung), hingga menyebabkan kegagalan jantung mengepam darah dan Osteomyelitis (jangkitan pada tulang).
- Salmonella
Bakteria ini boleh menyebabkan salmonellosis. Antara simptom jangkitan ialah cirit birit, demam dan kekejangan perut. Bakteria ini juga terkandung dalam najis manusia dan binatang.
Ini cuma beberapa contoh bakteria yang terdapat pada tandas. Ada beratus lagi senarai bakteria yang terdapat pada tandas, berbahaya dan tidak berbahaya.
Dalam satu kajian mikrobiologi oleh Jack Gilbert, manusia membawa dan meninggalkan 50 ribu sel bakteria setiap kali mereka masuk ke dalam tandas. Dalam satu jurnal berkaitan,92 peratus bahagian tandas mengandungi bakteria.
Anda takut nak masuk tandas selepas baca artikel ni? Jangan risau.
Kajian sama menunjukkan bakteria itu tidak membawa bahaya selagi tiada pendedahan secara terus terhadap manusia. Bakteria dalam tandas juga tidak tahan lama diluar tubuh dan pendedahan oksigen, ianya akan musnah secara semulajadi. Ada bakteria yang mampu tahan lama tetapi tidak berjangkit melalui serapan kulit.
Pastikan anda basuh tangan selepas keluar daripada tandas. Ini untuk memastikan tangan anda yang tercemar digunakan untuk makan seterusnya membawa masuk bakteria ke dalam tubuh. Tutup luka pada tubuh sebelum memasuki tandas dan cuci bahagian luka terbuka dengan dettol kalau terkena kotoran semasa dalam tandas.
Entah apa perangai manusia hingga sanggup jilat tandas. Aku rasa kalau orang Malaysia buat lagi power kot. Sebab tandas kat negara kita kebanyakan tandas cangkung, lebih umphhhh. Haha.
Pendek kata, tandas tu memang kotor. Dicuci bagaimana sekali tetapi ada sisa najis. Janganlah diikut-ikut perangai macam ni.
RUJUKAN:
- Andrea Gowney (2017) GERM ALERT This is how many germs are lurking in YOUR bathroom, and you’ll be horrified at the dirtiest spot, The Sun UK. https://www.thesun.co.uk/living/3272186/this-is-how-many-germs-are-lurking-in-your-bathroom-and-youll-be-horrified-at-the-dirtiest-spot/
- Gerba, C. P., Wallis, C., & Melnick, J. L. (1975). Microbiological hazards of household toilets: droplet production and the fate of residual organisms. Applied microbiology, 30(2), 229–237.
- Taylor TA, Unakal CG. Staphylococcus Aureus. [Updated 2019 Mar 27]. In: StatPearls
[Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2020 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK441868/ - F. Mendes And D. J. Lynch (1975) A bacteriological survey of washrooms and toilets, Research and Development Division, Rentokil Ltd, East Grinstead, Sussex
- Joseph Castro (2013) 11 Surprising Facts About the Immune System
https://www.livescience.com/40712-immune-system-surprising-facts.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih