Zaman kegemilangan Rom dulu mengimarahkan prinsip keagamaan dewa-dewi. Sepanjang zaman ini, Rom meni.ndas semua penganut agama Kristian. Pengaruh Rom telah mempengaruhi fikiran segelintir di Jerusalem untuk mengkhia.nati Nabi Isa (as).
Jadi buat satu masa yang agak lama, Rom akan kekal dibawah naungan dewa-dewi ini. Salah satu dewi menaungi Rom adalah Vesta, yang menguasai unsur rumahtangga dan keluarga.
Vesta dilahirkan daripada rahim dewi Ops, yang berkahwin dengan abangnya iaitu dewa Saturn. Bermakna Vesta merupakan adik bongsu penghulu dewa Jupiter (setaraf dengan Zeus).
Walaupun dewa-dewi lain semua bernaf.sµ kuat, Vesta menyantuni adab da.ra teru.na. Sebelum meninggalkan ala mini, Vesta menghidupkan api suci di kuilnya. Api ini wajib dijaga supaya tidak padam.
Andainya terjadi juga, pelitanya tidak boleh dinyala daripada api lain… maksudnya cµcµh mancis atau obor. Satu-satunya cara untuk menghidupkan api Vesta adalah dengan izin dewa Sol. Maksudnya api pelita ini sendiri bersifat da.ra.
Dan biarawati-biarawati kuil ini (digelar Vestal Vir.gins) perlu menggunakan sebuah kanta pada Matahari. Kanta ini perlu dihala pada Pelita Vesta supaya api hidup semula (melengkapi hukum mereka iaitu izin Sol).
Semua rakyat Rom amat menghargai hasil kerja Vestal Vir.gins ini. Api Vesta ini dipercayai melindungi Empayar Rom.
Tanpanya, maka keselamatan Rom sendiri akan tergµgat. Jadi Vestal Vir.gins adalah satu jawatan yang penting, dipilih melalui sebuah dewan latihan intensif. Sebelum diangkat menjadi Vestal Vir.gins, semua calon dikehendaki mengangkat sumpah untuk kekal da.ra selama 30 tahun (Shelton, 2013).
Tiada siapa boleh berkahwin, berhubung dan melahirkan anak. Sesiapa yang berani melang.gar sumpah ini akan dijatuhi hµkµman terlalu gila… iaitu imm.urement (Dunn, 2019).
Mengenali Hµkµman Tidak Berperik.e.manusiaan Ini
Rom bukan satu-satunya empayar yang menggunakan hµkµman immu.rement. Banyak pihak lain turut menjatuhi hµkµman ini kepada pesal.ah-pes.alah tertentu.
Dari segi istilah, immu.rement berasal daripada bahasa Yunani iaitu “in” dan “murus” yang bermaksud “dalam dinding”. Kalau tengok kata kerjanya, “immur.are” menyebabkan seseorang dikunci dalam dinding. Konsep dinding usah difaham “dinding batu”. Konsep ini jauh lebih za.lim daripada kµrµng dalam bilik.
Asalkan terper.angkap saja, biar pesa.lah duduk dalam keadaan sempit dan ma.ti dalam keadaan tersik.sa. Memang ada yang dikµrµng dalam bilik… dan ada yang dikeb.µmikan hidup-hidup dalam sebuah keranda.
Ada banyak variasi. Tetapi motifnya sama: bµnµh dengan cara cuci tangan. Akhirnya pelaku boleh kata, “bukan aku yang bµnµh! Dia ma.ti lem.as… atau ma.ti kelaparan dan kehausan.” Memang senang menyembunyikan tangan selepas kaca pec.ah berderai.
Selain Rom
Pelaksanaannya yang cukup memuaskan hati pelaku mungkin menjadi pendorong untuk empayar lain. Pada tahun 1658, India mempunyai sebuah empayar dibawah Shah Jahan. Namun baginda semakin µzµr – dan ada persengketaan besar dalam kalangan anaknya… demi harta dan kuasa.
Aurangzeb merupakan putera ketiga dan pemenang dalam game of thrones ini. Abangnya Shah Shuja terpaksa melarikan diri daripada India untuk berteduh di Arakan.
Kalau ikut rancangan Shah Shuja, Arakan hanyalah tempat persinggahan. Baginda akan berangkat ke Mekah sebelum berlabuh buat kali terakhir sama ada di Parsi atau Konstantinopel yang sudah berada dalam tangan Uthmaniyah. Lagipun Raja Sanda Thudhamma di Arakan ada berjanji untuk memberikan kapal. Shuja berteduh di Arakan selama lapan bulan, kerana angin monsun.
Thudhamma pula enggan memenuhi janji… sekarang tuntut untuk berkahwin dengan anak perempuan Shuja pula.
Apabila ditolak, Thudhamma murka dan suruh semua pelarian India keluar dalam masa tiga hari. Angkara musim monsun, Shuja tidak boleh ke mana-mana. Lalu baginda mengambil ris.iko besar… iaitu cuba menggulingkan Thudhamma.
Gagal, baginda cuba melarikan diri – tetapi ditangkap dan dijatuhi hµkµman bµnµh. Thudhamma meram.pas semua puteri India yang berteduh di Arakan… tetapi baginda hanya berkahwin dengan puteri sulung sahaja.
Setahun kemudian, Thudhamma takut anak-anak Shuja semua bangkit memberon.tak. Lalu baginda meman.cµng semua putera Shuja. Manakala puteri-puteri Shuja dijatuhi hµkµman im.mure.ment dalam kamar – dan dibiar ma.ti kelaparan.
Isterinya sendiri (puteri sulung Shuja) yang sedang hamil turut ma.ti dalam kamar tersebut. Apabila berita ini sampai ke Delhi, semua marah. Aurangzeb sendiri murka dan mengisytiharkan per.ang sampai Chittagong jatuh – dan Sanda Thudhamma mang.kat pada tahun 1684 selepas peper.angan ini.
RUJUKAN:
Dunn, G.D. (2019). Journal of the Australian Early Medieval Association. The Australian Early Medieval Association. Halaman 108.
Shelton, J. (2013). The Women of Pliny’s Letters. Routledge. Halaman 310.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih