Jika kita berada dalam tamadun Maya, berkemungkinan kepingan coklat jenama Hershey yang kita miliki sama nilanya dengan emas. Kajian terbaru menunjukkan bahawa coklat menjadi bentuk mata wang yang orang Maya banggakan – dan kehilangan makanan istimewa ini telah memainkan peranan dalam keruntuhan tamadun yang mewah ini.
“Tidak ada kesilapan dalam kajian ini”, kata David Freidel, ahli antropologi dan pakar sejarah kaum Maya dari Washington University di St. Louis, Missouri. Menurut beliau, coklat adalah makanan berprestij dan ia dijadikan sebagai mata wang.
Tamadun purba biasanya tidak menggunakan mata wang sebagai wang pertukaran, namun mereka mengamalkan sistem barter iaitu pertukaran barang yang mempunyai sama nilai. Dalam kes tamadun Maya ini, sistem barter diamalkan seperti tembakau, padi, dan pakaian. Penjajah Sepanyol yangb tiba pada abad ke-16 Masihi pula dikatakan menggunakan bijiran koko sebagai mata wang untuk membayar pekerja orang asal., tapi kesashihannya tidak pasti adakah bijiran koko sejenis mata wang sebelum kedatangan mereka.
Untuk mengesahkan kajian ini, Joanne Baron, ahli arkeologi bersama Bard Early College Network (rangkaian yang fokuskan kepada pembelajaran tahap kolej kepada pelajar sekolah tinggi) menganalisis hasil lukis orang Maya. Beliau fokuskan kajian terdahulu yang diterbitkasn dan hasil lukis Maya di fasa klasik (sekitar tahun 250 ke 900) yang bertempat di tanah rendah orang Maya yang kini menjadi negara Mexico. Artifak tersebut – termasuk mural, lukisan seramik, dan ukiran – menunjukkan terdapat pertukaran di pasar dan pemberian hadiah kepada para raja Maya.
Coklat tidak dinyatakan dalam ukiran terawal dari penemuan Baron, tetapi ia menjadi kegunaan lazim pada abad ke-8 Masihi. Pada abad tersebut barulah orang Maya gunakannya sebagai mata wang – item yang digunakan meluas untuk membeli barangan dan membayar servis daripada sistem barter. Orang Maya biasanya gunakan koko sebagai minuman panas yang dimasak stim dalam cawan tanah liat.
Penerangan terawal tentang penggunaan coklat dicatat pada abad pertengahan ke-7 Masihi. Dalam lukisan mural dalam pyramid yang berkemungkinan adalah pasar utama berdekatan sempadan Guatemala, seorang wanita menawarkan semangkuk yang kelihatan sebagai coklat panas sebagai pertukaran kepada doh yang dia peroleh untuk membuat resepi tamales. Menurut Baron, lukisan ini menunjukkan walaupun coklat juga dijadikan sebagai pertukaran barter, ia tidak dijadikan sebagai bentuk mata wang.
Kemudian beberapa bukti baru menunjukkan coklat perlahan-lahan menjadi sebagai mata wang – dalam bentuk tapai dan bijiran koko kering. Baron dokumentasikan sekitar 180 lukisan seramik dan mural dari 691 hingga 900 Masihi, menunjukkan bahan mentah ini dihantar kepada ketua Maya sebagai hadiah penghargaan, ataupun cukai. Dalam laporan Economic Anthropology, barangaqn seperti tembakau dan bijiran padi digunakan sebagai hadiah penghargaan, tetapi barangan yang menonjol dalam setiap lukisan adalah pakaian tenunan dan beg yangt berisi bijiran koko kering.
Baron percaya bahawa fakta yang menunjukkan raja orang Maya mengumpul koko dan pakaian tenunan berupa cukai adalah sejenis mata wang ketika itu. Menurutnya, koko lebih banyak disimpan oleh raja melebihi apa yang kerabat diraja jamah. Koko tersebut digunakan untuk membayar pekerja istana atau membeli barangan di pasar.
Menurut Freidel, koko menjadi makanan kesukaan orang Maya namun nilainya lebih mahal dari bijiran padi kerana pokok koko biasanya hadapi kegagalan dalam pertumbuhan dan tidak tumbuh subur di kawasan berdekatan kota Maya. Sesetengah ahli akademik percaya bahawa kebuluran adalah penyebab kepada keruntuhan tamadun Maya era klasik. Baron mengesyaki bahawa gangguan bekala koko oleh masalah politik mungkin membawa kepada keruntuhan ekonomi Maya.
Freidel menyatakan, kebangkitan penerangan artistic terhadap koko tidak menunjukkan bahawa kepentingan koko sebagai mata wang. Beliau mempersoalkan: Adakah dengan perbanyakkan mural dan lukisan berkenaan koko, ia menjadi penting atau sekadar penambahan ilmu saja? Beliau sendiri mengaku yang beliau meragui kehilangan sumber koko adalah menyebab keruntuhan tamadun. Bijiran koko bukan saja satu-satunya baranganh yang berpontensi sebagai mata wang. Kain tenunan, bijiran padi, dan sejenis batuan kecil hijau juga berperanan sebagai mata wang. Mustahil kekurangan dan kehilangan sesuatu barangan membawa keruntuhan tamadunj, tegas Freidel.
TERJEMAHAN DAN OLAHAN:
The Maya Civilization used Chocolate as Money. https://www.sciencemag.org/news/2018/06/maya-civilization-used-chocolate-money
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih