Pada tahun 2001, Taliban yang ketika itu memerintah Afghanistan mencetuskan kemarahan masyarakat dunia terutama komuniti arkeologi dengan meletupkan dua patung Buddha lama di Bamiyan. Ini disusuli pemusnahan patung-patung yang diukir pada kawasan tebing tinggi wilayah itu selama tiga minggu. Kini, ironinya, mereka kini menjadi pelindung tapak tersebut selepas kembali berkuasa di Afghanistan pada Ogos lepas.
Ironi tersebut sudah pasti tidak akan hilang dalam fikiran Perdana Menteri baru negara itu, Mohammad Hassan Akhund. Menurut sejarawan Ali A Olomi, Akhund merupakan dalang di sebalik operasi pemusnahan tersebut. Bagi Saifurrahman Mohammedi, walaupun tidak menyatakannya secara terbuka, riak wajahnya sudah cukup untuk menggambarkan operasi tersebut sesuatu yang memalukan kepada Afghanistan.
Bila ditanya oleh wartawan tentang perkara tersebut, pegawai hal ehwal kebudayaan Bamiyan itu melihat operasi tersebut pasti dilaksanakan atas alasan yang kukuh. Tetapi perkara tersebut sudah berlalu. Kini, ini menjadi tanggungjawab mereka untuk memelihara khazanah sejarah Afghanistan yang tidak ternilai itu.
Bekas pegawai tempatan dan UNESCO yang pernah berpangkalan di situ memberitahu banyak artifak tidak ternilai dicuri atau dirosakkan dari gudang-gudang simpanan selepas Taliban mengambil alih kerajaan. Mohammedi mengesahkan perkara itu tetapi menegaskan ia berlaku sebelum pengambilalihan dibuat.
Siasatan sedang dijalankan dan pihak berkuasa berusaha mendapatkan semula artifak-artifak berkenaan. Mohammedi turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai UNESCO yang melarikan diri ke luar negara selepas Afghanistan jatuh ke tangan Taliban. Tambahnya, mereka akan diberi jaminan keselamatan untuk meneruskan tugas di negara itu sebagai usaha menarik mereka kembali ke Afghanistan.
Bamiyan merupakan sebuah lembah yang terletak di tengah-tengah kawasan pergunungan Hindu Kush dan merupakan titik paling barat untuk aktiviti penyebaran agama Buddha dari tempat kelahirannya di India. Disebabkan kawasan ini terletak di Laluan Sutera, pengaruh budaya luar seperti Turki, Yunani, Parsi dan China sudah pasti ada di kawasan sekitar dan menanti masa untuk ditemui.
Dua patung Buddha itu terselamat dari pelbagai konflik yang pernah membelenggu Afghanistan. Ini termasuk kempen ketenteraan oleh Maharaja Mughal, Aurangzeb pada abad ke-17 dan bedilan meriam Raja Nader Shah dari Parsi. Tetapi semua itu berubah menerusi kempen pemusnahan yang digerakkan Taliban pada 2001.
Kini, komuniti arkeologi meragui sama ada dua buah patung tersebut dapat dibina atau tidak. Berikutan tindakan semberono yang dibuat pada 2001, Taliban berdepan kesukaran menyakinkan komuniti arkeologi bahawa mereka bersedia melindungi tapak-tapak bersejarah negara itu. Satu faktor yang akan mendorong mereka berbuat demikian ialah faktor kewangan.
Selepas rizab wang Afghanistan dibekukan oleh negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat, Taliban sudah pasti akan menimbang semua solusi untuk menjana pendapatan negara. Dan ketua delegasi arkeologi Perancis ke Afghanistan, Philippe Marquis percaya mereka akan melakukannya sekiranya ia dapat menjamin pendapatan berterusan dalam kantung kewangan negara.
Sebagai manifestasi komitmen mereka melindungi khazanah sejarah Afghanistan, kerja-kerja menyiapkan muzium dan pusat kebudayaan Bamiyan tidak diganggu. Projek yang menelan belanja AS$20 juta itu dijangka akan dirasmikan sekitar bulan ini.
Bagi Philippe Delanghe, ketua program kebudayaan UNESCO di Kabul yang kini berada di Perancis, mereka bakal mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Dan setakat ini, pentadbiran baru Afghanistan bersedia mengalu-alukan kehadiran mereka dan menjamin keselamatan mereka. Tetapi hanya masa bakal menentukan sama ada komitmen mereka benar-benar kukuh atau tidak.
RUJUKAN
AFP. (2021, 8 Oktober). Taliban now guard site of Bamiyan Buddhas they destroyed. Free Malaysia Today.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih