Tayangan filem Mat Kilau pada bulan lepas telah membuka lembaran baru untuk industri perfileman Malaysia. Ini kerana ramai yang agak kurang yakin dengan filem berunsurkan sejarah tetapi Mat Kilau buktikan sebaliknya. Setakat hari ini, Mat Kilau telah mengutip RM53 juta lantas menjadi filem terlaris di Malaysia.

Kehadiran filem Mat Kilau ini juga telah menimbulkan reaksi yang bercampur baur. Ada yang kata mereka suka kerana dapat membangkitkan semangat Melayu Islam. Ada juga yang kurang menggemari kerana kelemahan daripada aspek teknikal seperti colour grading. Namun malangnya, ada perang gerila yang memaparkan kebijaksanaan Mat Kilau & the gang tidak ditunjukkan dalam filem tersebut. Punyalah power taktik perang gerila Mat Kilau ni sampai British pun pening kepala memikirnya. Jadi apa Mat Kilau & the gang buat?

Kalau berminat untuk mendalami ilmu alam Melayu, anda dialu-alukan beli buku Lipur Lara Alam Melayu melalui https://shopee.com.my/Lipur-Lara-Alam-Melayu-i.238336777.21315815920

Setelah berjaya menawan balai polis British, Mat Kilau & the gang telah membina kubu di Jeram Ampai bagi melumpuhkan terus pergerakan British. Tidak mahu kalah lagi, British telah bekerjasama dengan Tok Raja Jelai dan merangka strategi berkesan untuk menawan Jeram Ampai dengan mudah.

Jadi plan British adalah dengan meletakkan dua pasukan di bahagian tebing kiri dan tebing kanan. Pasukan tebing kiri akan menyerbu dari depan, sementara pasukan tebing kanan akan menyerang dari belakang kubu Jeram Ampai yang terletak di seberang sungai. Untuk tujuan British telah merekrut 84 anggota polis Sikh dan 72 orang Melayu yang diketuai oleh Kapten Lyons bagi pasukan tebing kiri. Seramai 76 polis Sikh yang diketuai oleh R.W Duff pula akan bergerak sebagai pasukan kanan.

Bagi mengelakkan pergerakan British dikesan oleh Mat Kilau & the gang, dua pasukan itu dipecahkan kepada beberapa pasukan. Kapten Lyons dan Panglima Garang Yusuf telah bergerak ke Jeram Ampai seawal pukul 6.30 pagi. Pasukan Panglima Garang Yusuf telah berpisah dengan pasukan Kapten Lyons untuk menuju ke sungai di sebelah utara Jeram Ampai bagi menghalang geng Mat Kilau larikan diri.

Pasukan R.W Duff pula telah bertolak lambat sedikit bagi membuat serangan gerila terhadap Jeram Ampai dari belakang. Bermakna pasukan Kapten Lyons akan menyerang terus dari depan dan ketika Mat Kilau & the gang leka, pasukan R.W Duff akan menyerang dari belakang. Bila itu sudah terjadi, pasti Mat Kilau & the gang pening kepala dan terus melarikan diri ke tebing sungai di sebelum utara. Sayangnya pasukan Panglima Garang Yusuf telah bersiap sedia di sana. Jadi memang Mat Kilau & the gang akan checkmate.

Gambaran arah serangai British dan kubu Jeram Ampai

Walau bagaimanapun lain pula yang terjadi kerana meriam yang dijangka akan mampu meruntuhkan kubu Jeram Ampai dengan mudah tidak dapat dibawa kerana berat. Tambah malang lagi hanya pasukan Kapten Lyons sahaja yang dapat sampai tepat pada waktunya. Pasukan Panglima Garang Yusuf dan R.W Duff hilang entah kemana.

Sampai sahaja di Jeram Ampai pasukan Kapten Lyons telah ditembak bertubi-tubi oleh Mat Kilau & the gang. Menyedari bahawa lama-kelamaan mereka akan kalah, pasukan kedua telah diminta untuk menyerang dari arah lain. Hasilnya, Mat Kilau & the gang terpaksa mengurangkan tembakan bagi menghalang pasukan kedua Kapten Lyons. Strategi itu berjaya menolak Mat Kilau & the gang ke kubu terakhir yang terletak di tebing sungai.

Menyedari Mat Kilau & the gang seakan-akan sudah kalah, pasukan Kapten Lyons telah melancarkan tembakan membuta tuli. Tapi Mat Kilau & the gang bijak kerana mereka menggunakan kelebihan tebing sungai yang tinggi untuk melarikan diri. Apabila pasukan Kapten Lyons sampai ke tebing sungai, mereka hanya mampu menembak ke arah perahu yang semakin jauh.

Biarpun begitu, British akhirnya menang juga apabila berjaya menawan Jeram Ampai. Jadi British mula memasuki kubu Jeram Ampai dan apa yang ditemui sangat mengejutkan mereka. Sejumlah 10 pucuk senapang 4500 peluru telah ditemui lantas membuatkan British tertanya-tanya bagaimanakah Mat Kilau & the gang boleh mahir gunakan senapang.

Setelah barulah pasukan Panglima Garang Yusuf datang berkawal di sebelah utara Jeram Ampai. Manakala pasukan R.W Duff hanya sampai pada waktu petang kerana tersesat angkara pengikut Tok Raja Jelai. Katanya, pengikut Tok Raja Jelai sengaja menyesatkan pasukan R.W Duff kerana tidak mahu bertempur dengan Mat Kilau & the gang.

Menariknya tentang serangan ini adalah kelicikan Mat Kilau & the gang mengatasi tentera British yang lebih moden. Sebenarnya Tok Gajah dan Tok Bahaman tiada pun di Jeram Ampai ketika British datang menyerang. Hanya Mat Kilau, Awang Nong dan Teh Ibrahim sahaja yang menggerakkan pasukan menghadapi British.

Apa yang paling pelik sekali adalah Mat Kilau & the gang tidak melarikan diri ke sebelah utara Jeram Ampai seperti sudah mengetahui pasukan Panglima Garang Yusuf ada di sana. Ditambah lagi, pasukan R.W Duff yang sengaja disesatkan sehingga tidak dapat menyekat Mat Kilau & the gang dari belakang.

Jadi walaupun British menang tetapi dari segi mental mereka kalah sebab telah dibodoh-bodohkan oleh orang Melayu. Mungkin British beranggapan pasukan Panglima Garang Yusuf, Mat Kilau & the gang dan Tok Raja Jelai telah merancang untuk memperbodohkan mereka. Apa-apapun kasihan kepada British kerana seringkali mendabik dada kononnya membawa beban orang putih. Padahal dengan orang kampung pun kena lipak.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

J.Chandran. (1972). Jatuhnya kubu Jeram Ampai pada 1894: Suatu peristiwa penting dalam sejarah Pahang. Persatuan Sejarah Pahang. Dipetik daripada https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3586/1/MIH_1972_Dec_04.pdf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply