Saya yakin tentu ramai di antara kita masih tertanya tanya bagaimana corak atau pun taktik perang angkatan laut dunia Melayu di zaman silam. Tentu kita mengambarkan ia beroperasi secara tidak sistematik dan caca marba.

Berikut adalah gambaran serangan armada laut Aceh ketika menyerang angkatan Portugis di Melaka pada abad ke 17.

Pada awal era perang pada abad ke 16, kebanyakan armada laut dunia Melayu bersais besar (seperti saiz kelas frigat zaman sekarang) ada yang sebesar saiz 1000 tan. Dengan saiz itu ia membataskan pergerakan dan dengan mudah menjadi sasaran musuh. Setelah itu Aceh mula membina kapal armada perang yang lebih kecil sehingga ada yang bersaiz 250 tan (seperti kapal perang bersaiz kovert sekarang) Dengan sais yang lebih kecil maka ia berupaya bergerak lebih pantas dan lancar ,dan ini memberikan kelebihan dalam aspek serangan dan kepungan.

Bukan sahaja armada perang Melayu mengalami evolusi dari segi saiz, malah mereka juga memiliki kemahiran dari segi taktikal. Sila lihat gambar di bawah bagaimana taktikal perang yang digunakan oleh angkatan Aceh ketika itu.

1-.5 buah kapal perang (di bahagian atas ) bertindak sebagai cut off untuk menghalang armada Portugis melepaskan diri.

2- Beberapa buah kapal lagi bertindak menembak dan menyerang armada Portugis dari sebelah kanan.

3-Berpuluh-puluh kapal kecil lain pula berada dalam posisi mengepung armada Portugis dari semua arah.

Jelas kelihatan, ia tidak jauh bezanya dari taktik perang moden hari ini. Contohnya taktik perang darat ATM juga memiliki unsur yang sama ia itu “Ricky” (1st cut off), “Killing squad (tengah) bertindak sebagai penyerang utama (pemusnah), dan 2nd cut off yang bertindak sebagai elemen kepungan sehingga grombolan musuh tidak berupaya meloloskan diri. Matlamatnya adalah “total clear up” sambil squad kecil lain membuat kepungan total .

Selain dari itu kapal kapal kecil pula dilengkapi dengan pendayung di kedua sisi. Fungsinya ialah apabila ketiadaan angin maka kapal tersebut masih boleh digerakkan merapati armada musuh dan melanggar kapal musuh dan seterusnya tentera Melayu akan menaiki kapal musuh untuk serangan “close combat”.

Jadi sudah jelas sekali, armada perang laut alam Melayu semenjak zaman silam memang telah mahir dari segi strategi dan taktikal.

~Mohd Salleh Marzukhi~


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply