Manusia dan haiwan boleh dibezakan melalui akal. Walaupun kadangkala manusia buat benda lagi terkutuk, akal mendorong penghujahan jelas tentang nilai intelektual. Kebodohan manusia bersifat individu, yang boleh menjadi berjemaah jika semua naik bangang. Haiwan pula tidak layak digelar bodoh, kerana aras kecekapan mereka adalah berdasarkan fitrah. Misalnya beruk mampu panjat pokok, jauh lebih baik berbanding manusia. Bukan takat memanjat saja mereka serba boleh. Sisi sains mendedahkan mereka tidak perlu akal untuk pandai menggunakan peralatan untuk tujuan hidup.
Ambil contoh cimpanzi misalnya. Sekumpulan pengkaji memerhati keluarga cimpanzi yang asyik menghisap ranting kayu. Pada mulanya, mereka tidak menyangka apa-apa. Tetapi mereka mula tertarik kerana cimpanzi-cimpanzi ini mesti celupkan ranting dalam air dulu. Rupa-rupanya ranting tersebut berfungsi macam straw untuk dihisap kemudian waktu ketika dahaga tanpa perlu menghampiri air (Gill, 2017).
Cimpanzi juga pandai guna ranting untuk mengeluarkan madu daripada sarang lebah – sesuatu yang dipelajari secara fitrah, kerana semua dalam kalangan spesis cimpanzi terbukti mampu (Bessa, et al., 2021). Ini beza antara akal dan fitrah. Manusia misalnya tidak pandai menggerudi dinding tanpa belajar asas.
Dinding bata bersimen perlu guna mata batu. Orang baru mula boleh silap guna mata logam. Cimpanzi pula sudah tahu untuk guna ranting… takkan sesekali mereka guna kulit durian. Malah kalangan cimpanzi betina didapati lebih aktif menggunakan alat, berbanding jantan (Gruber, et al., 2010).
Selain cimpanzi, orangutan juga terbukti menggunakan alat. Malah orangutan adalah haiwan paling cerdik dalam kalangan primat. Mereka mengambil ranting dan daun untuk mencipta alat menggaru, mengelap, menyerap, mengipas dan meηukμl. Dahan sebesar 30 sentimeter panjang akan dipαtαhkan. Habis buang semua ranting, baru mereka akan cυcυk masuk dalam lubang pokok untuk mengeluarkan anai-anai.
Ada gambar pernah tular menunjukkan seekor orangutan cuba cυcυk ikan guna dahan. Gambar ini didapati benar, berlaku di Pulau Kaja selepas seekor orangutan jantan melihat cara manusia tangkap ikan. Usahanya gagal tetapi kemampuan untuk berfikir secara asas membolehkan orangutan tersebut cari ikan lagi mudah… dan ia mencυcυk ikan-ikan yang sudah terperangkap dalam pukat dipasang. Asal berjaya saja, ia sudah tahu tujuan pukat. Nampak saja pukat, ia tahu pasti ada ikan.
Pemerhatian ini mendedahkan bahawa orangutan mampu berfikir, barangkali cimpanzi pun boleh cuma belum terbukti secara tuntas. Orangutan mampu belajar sesuatu mengikut konsep “monkey see, monkey do”. Ia perlu tengok dulu. Dan saintis pernah cuba menguji jauh mana ia boleh belajar. Pertama sekali, orangutan meluangkan masa sepenuhnya di atas pokok… jarang sekali kakinya menyentuh tanah apatah lagi batu.
Jadi orangutan patutnya tidak pandai guna tυkυl batu. Apabila saintis Jerman tunjuk cara menυkυl guna batu, orangutan yang diuji mampu buat. Malah ada yang mampu memotoηg guna batu. Tetapi kemahiran mereka terikat pada batu-batu yang digunakan saja. Mereka tidak pandai guna batu lain, seolah-olah macam mereka nampak “batu ni untuk tυkυl, batu tu untuk potoηg, batu lain pula batu” (Marshall, 2022).
Penemuan ini membuktikan batasan kemampuan orangutan, yang tidak dianugerahkan akal untuk memproses suatu ilmu secara kritis. Orangutan boleh dilatih, tetapi takkan mampu diharap. Padahal boleh saja orangutan cari jalan pasangkan batu pada ranting untuk senangkan kerja hariannya. Pada dasarnya, kemahiran kalangan beruk ini menunjukkan suatu kiasan.
Manusia boleh panjat pokok dan hidup macam mereka secara minimum. Dan mereka juga boleh belajar dan hidup macam manusia secara minimum. Paras minimum ini sajalah dikongsi antara keluarga sapiens dan keluarga primat.
Kami mempunyai banyak buku – fiksyen dan bukan fiksyen – yang tersedia untuk dinikmati kalian. Buku-buku kami boleh dibeli di https://shopee.com.my/thepatriotsasia
RUJUKAN:
Bessa, J., et al. (2021, Mac 26). First evidence of Chimpanzee Extractive Tool Use in Cantanhez, Guinea-Bissau: Cross-Community Variation in Honey Dipping. Front Ecol. Evol.
Gill, V. (2017, Januari 10). Primate tool-use: Chimpanzees make drinking sticks. BBC.
Gruber, T., et al. (2010). A comparison of bonobo and chimpanzee tool use: evidence for a female bias in the Pan lineage. Animal Behavior. 80 (6): 1023-1033.
Marshall, M. (2022, Februari 16). Orangutans can learn how to use stone tools as (ditapiskan) and (ditapiskan). NewScientist.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih