Bagi sesetengah orang, minum teh cendawan dilihat dapat membantu kesihatan mereka. Tetapi tiada siapa menyangka kerana minuman ini juga, ia dapat membantu merealisasikan impian ramai orang termasuk Elon Musk untuk membina koloni di planet Marikh!

Pakar-pakar mikrobiologi percaya kunci pembinaan koloni Marikh tersimpan dalam kandungan mikrofilem yis dan bakteria yang menapai gula bagi menghasilkan asid glukonik dan asid asetik bersama pelbagai enzim dan molekul kecil lain. Tetapi jika ia dapat dikawal dan diubahsuai menerusi alat DNA khas, ia mampu menghasilkan selulosa sebagai asas bahan binaan koloni Marikh.

Potensi bahan dalam teh cendawan ini sudah cukup untuk mendorong saintis menghantar biofilem teh yang dikeringkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 2014. Tujuannya ialah melihat kesan mikrograviti terhadap biofilem berkenaan.

Biofilem teh cendawan didedahkan kepada komposisi dan tekanan atmosfera sama seperti di Marikh. Sumber: Agensi Angkasa Lepas Eropah.

Sesetengah bahan biofilem diletakkan di bawah atmosfera persis Marikh selama 18 bulan sambil didedahkan kepada radiasi angkasa lepas di luar ISS. Setelah itu, biofilem akan dibawa pulang ke bumi dan terus diusahakan selama dua tahun lagi. Kesemua hasil kajian ini diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Microbiology.

Mungkin ada menyangka ia tak berhasil seperti teh tawar. Tetapi sebaliknya, salah satu mikrob dalam biofilem iaitu bakteria Komagataeibacter oboediens mampu menghasilkan selulosa – komponen utama dinding sel tumbuhan dan kebanyakan fiber kapas yang ada hari ini.

Tidak seperti bakteria dan mikrob lain yang mati akibat radiasi angkasa lepas dan atmosfera karbon dioksida yang tulen, bakteria Komagataeibacter dapat bertahan dengan semua situasi yang dinyatakan. Setelah ia dibawa pulang ke bumi, bakteria ini dapat menghasilkan selulosa tanpa sebarang perubahan profil genetik. Oleh sebab itu, bakteria ini merupakan calon terbaik untuk menghasilkan selulosa diperlukan untuk koloni di Marikh.

Jadi, mengapa bahan ini amat berguna sebagai bahan pembinaan koloni Marikh? Pensyarah biokejuruteraan dari Imperial College London, Tom Ellis percaya ia disebabkan keupayaannya menghasilkan pelbagai bahan berbeza. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan kos penghantaran misi ke sana kerana berat bahan yang dihantar ringan.

Penghantaran objek ke angkasa lepas memakan kos yang mahal bagi setiap agensi angkasa lepas.

Ada kata mustahillah. Takkanlah agensi-agensi angkasa lepas macam NASA lokek bab kos untuk hantar barang ke angkasa lepas termasuk Marikh. Tetapi hakikatnya, kos penghantaran sangat mahal dengan satu kilogram objek dikenakan caj penghantaran £10,000 (RM53,980). Dengan menghantar objek ringan seperti selulosa ke angkasa lepas, ia memberi kelegaan pada kantung duit agensi-agensi ini.

Tetapi ini bukan satu-satunya cara teh cendawan digunakan dengan cara pelik oleh agensi-agensi angkasa lepas. Tujuh tahun sebelumnya, mereka meletakkan biofilem bakteria dan yis di luar ISS bukan sekadar menguji ketahanan ia hidup di angkasa lepas. Tetapi pada masa sama, berharap dapat menyerap mana-mana bakteria yang terapung di angkasa lepas sebagai bukti wujudnya kehidupan di luar bumi – ringkasnya makhluk asing!

Namun begitu, masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu menurut Ellis. Pertama, bagaimana ia disimpan dalam kapal angkasa lepas untuk misi Marikh. Kedua, bagaimana dan di mana ia dipulihkan semula bagi membolehkan selulosa dihasilkan untuk keperluan misi. Tambah Ellis lagi, jika ia sudah diubahsuai secara genetik agar beradaptasi dengan mana-mana situasi termasuk planet asing, maka itu satu berita baik.

Kajian 2014 turut mendedahkan satu bahaya yang bakal dihadapi angkasawan yang menyertai mana-mana misi penjelajahan angkasa lepas: bakteria yang mampu bertahan dengan asakan antibiotik. Ini selepas gen yang menolak antibiotik dalam bakteria yang didedahkan kepada radiasi angkasa lepas bertambah selepas eksperimen.

Ini menjadikan mana-mana misi selepas ini termasuk koloni di Marikh amat mencabar. Tetapi prospek melihat Marikh dihuni oleh geng hipster sememangnya satu peluang yang tidak patut dilepaskan begitu saja.

RUJUKAN

Meager, D. (2016, 31 Mei). This Tea Could Help Humans Conquer Mars. Vice.

Luntz, S. (2022, 8 Jun). Is Kombucha The Secret To Colonizing Mars?. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply